Saturday, November 22, 2014

RG2014... Fw: Cameron Highlands - Sudah terhantuk baru tengadah

 



Cameron Highlands: Sudah terhantuk baru tengadah

kedahlanie.info

Akhirnya Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, muncul di Cameron Highlands untuk mengiringi Sultan Ahmad Shah meninjau kemusnahan akibat banjir lumpur dan tanah runtuh yang berlaku dua minggu lalu.

Ternyata Sultan Pahang amat murka terhadap apa yang berlaku. Baginda menyifatkan penerokaan haram yang dikatakan menjadi punca malapetaka dilakukan oleh samseng sejak zaman British lagi.

Suhu kemurkaan baginda pun meningkat apabila diajukan soalan berhubung "surat kuning" atau dokumen sokongan yang dikatakan dikeluarkan istana Pahang bagi meneroka secara tidak sah tanah keerajaan untuk aktiviti pertanian.

Baginda bukan sahaja menafikan pembabitan istana Pahang malah menitahkan pihak berkuasa tempatan supaya mengadukan kegiatan seumpama itu pada Baginda atau kerajaan negeri.

"Beta tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Kalau beta tahu , beta pukul dia (orang yang menggunakan surat kuning)," titah baginda.
Sultan Ahmad Shah kemudian menyentuh komitmen wakil rakyat, terutama Ahli Parlimen Cameron Highlands, merangkap Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel yang dianggap baginda tidak serius menangani isu itu.

Prestasi Palanivel yang juga Presiden MIC, mengecewakan Baginda Sultan kerana tragedi berkenaan berlaku dua kali dalam tempoh tidak sampai setahun.

"Apa yang telah beliau lakukan? Tiapa apa…rakyat kita menderita secara mental dan fizikal apabila bencana ini berlaku.

"Rakyat telah mengundi dan memilih beliau pada pilihanraya umum lalu, tetapi inikah yang diberikannya kepada rakyat?

"Beritahu beliau supaya buat sesuatu dengan segera. Beta serius mengenai perkara ini.

"Beta rasa malu dengan kejadian ini. Beritahu menteri kamu supaya memberi keutamaan kepada kawasan sendiri terlebih dahulu," titah Baginda ketika melawat Lembah Bertam dan Ringlet yang terjejas dalam tragedi 5 November lalu.

Lima orang terbunuh dan lebih 2000 penduduk di pesisir Sungai Bertam berpindah ke kawasan tinggi. Oktober tahun lalu bencana yang sama menimpa di Cameron Highlands di mana empat orang terbunuh dan lebih 80 rumah rosak.

Sultan Ahmad Shah juga meminta supaya kerajaan Persekutuan segera menghulurkan bantuan bagi mengatasi masalah ini.
Baginda memberitahu wartawan bahawa tahun lalu kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM 40 juta untuk memperdalam dan memperbaiki aliran Sungai Bertam tetapi setakat ini hanya RM2 juta dikeluarkan untuk "tujuan teknikal".

Titah Baginda memang nada raja yang murka. Ia juga menyerlahkan beberapa hakikat dan kemungkinan ada yang tidak kena di sebalik tragedi ini. Antaranya:

1. Masalah penerokaan tanah kerajaan secara haram ini bukan perkara baru. Ia sudah berlaku sejak zaman British lagi.

Ini menimbulkan persoalan mengapa kegiatan curang "menjual" nama Istana Pahang baru timbul setelah berlaku tragedi 5 November?

Sehubungan itu, mengapakah tuduhan penyelewengan dan rasuah oleh kakitangan penguatkuasa tidak ditangani sejak sekian lama?

2. Teguran Baginda Sultan terhadap prestasi Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel amat mengejutkan. Beliau dilihat kurang memberi tumpuan terhadap masalah kesejahteraan rakyat di situ.

Pada 13 November lalu penduduk kawasan tanah tinggi itu menghantar petisyen kepada Palanivel dan Adun Tanah Rata, Leong Ngah Ngah dari DAP menuntut bersemuka dengan mereka bagi berunding cara terbaik mengatasi masalah di situ.

Mereka menolak tindakan wakil-wakil rakyat berkenaan hanya mahu mengutus wakil sahaja untuk berdialog dengan rakyat Cameron Highlands.

Ini menonjolkan persoalan, mengapa G Palanivel tidak mengambil inisiatif susulan untuk mendapatkan peruntukan RM40 juta yang telah diluluskan kerajaan pusat sedangkan beliau adalah ahli kabinet Malaysia?

3. Mengapakah kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Adnan Yaakob sendiri tidak membuat dayausaha yang sama untuk meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mempercepatkan pengagihan peruntukan RM40 juta itu?

Adakah sesuatu yang tidak kena dengan jaringan komunikasi di antara Adnan dan Najib?

Perlu diperkirakan bahawa Najib ialah Ahli Parlimen Pekan, Pahang. Mengapa beliau tidak diperingatkan betapa bahaya dan mengaibkan jika tragedi Oktober 2013 yang menimpa Cameron Highlands berulang walhal peruntukan berkenaan dilihat seolah-olah dilengah-lengahkan pengagihannya?

Atau, adakah tragedi yang menimpa Cameron Highlands ini membuktikan sikap "sudah terhantuk baru hendak tengadah" oleh wakil-wakil rakyat, kerajaan negeri dan kerajaan pusat?

~ AntaraPos

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment