Saturday, November 22, 2014

RG2014... Fw: Jangan perbodoh rakyat dengan harga minyak

 



Jangan perbodoh rakyat dengan harga minyak

kedahlanie.info
Oleh AZIZ MUDA

SETIAP kali menaikkan harga minyak, kerajaan Barisan Nasional sering memberikan alasan tindakan yang dilakukan itu kerana kenaikan harga mi nyak dunia. Selain itu, pihak kerajaan juga mengatakan walaupun harganya dinaikkan, tetapi harga minyak di negara kita masih lagi murah berbanding beberapa buah negara lain.
Bandingan harga yang dibuat terutamanya de ngan beberapa buah negara di Asia Tenggara, terutama negara yang tidak mempunyai minyak.

Selain itu, ada juga di antara pemimpin kerajaan memberikan alasan yang amat menyakitkan hati, dengan sanggup memperbodohkan rakyat kononnya harga minyak di negara kita juga masih jauh lebih murah berbanding sesetengah negara pengeluar minyak lain.

Dalam kes kenaikan harga mintak terbaru, petrol RON95 dan diesel naik sebanyak 20 sen bermula 1 Oktober lalu, pemimpin-pemimpin kerajaan BN masih lagi mengulangi kenyataan yang sama dalam usaha mereka untuk mempertahankan tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak berbuat demikian atas alasan rasionalisasi subsidi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara lain mengatakan pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen berkuatkuasa 1 Oktober lalu adalah wajar bagi mengelak berlakunya ketirisan dan penyelewengan bahan subsidi itu.

Menurut beliau, jika subsidi tidak dikurangkan, bahan bakar itu akan berterusan dimanipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan menerusi kegiatan penyeludupan ke luar negara terutamanya di kawasan sempadan.

"Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah? Itu yang orang curi minyak kita. Harihari orang curi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di Abad ke-21, Zaman Digital di Kolej Wadi Sofea di Kota Bharu, Kelantan 2 Oktober lalu.

Minyak di Malaysia termurah di Asia Tenggara

Ketika rakyat Malaysia semakin terhimpit dengan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen itu, Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Ahmad Maslan turut muncul sebagai menteri paling kerap mempertahankan tindakan kerajaan memotong subsidi bahan api itu

Dalam beberapa entri dalam Twitternya yang menggunakan akaun @ahmadmaslan sejak 1 hingga 3 Oktober lalu, beliau antara lain berkata, harga minyak di Malaysia masih kekal rendah di rantau Asia Tenggara.

Malah menurut beliau, Najib merupakan satu-satunya perdana menteri yang menurunkan harga minyak ketika harga di pasaran jatuh pada 2009.

Dakwaan itu dimuat naik dalam laman Twitternya pada 3 Oktober lalu dan disertakan dengan paparan grafik untuk menjelaskan secara terperinci berapa banyak harga minyak meningkat naik pada 1990 hingga 2013.

Tulisan grafik tersebut berbunyi: "Dahulunya minyak murah dan tidak ada banyak kenderaan = RM2 bilion setahun bagi subsidi minyak." Ia kemudian disusuli dengan kenyataan lain yang menjelaskan kini kerajaan membelanjakan RM2 bilion sebulan kerana terlalu banyak kenderaan dan harga minyak pula mahal.

Entri itu diletakkan bersama gambarajah yang menekankan harga minyak pada 1 September 2009 yang jatuh pada RM1.80 seliter. Di sebelah angka itu diletakkan ayat minyak jatuh sebanyak 90 sen.

"Najib merupakan satu-satunya perdana menteri yang menurunkan harga minyak.

Apabila berkaitan de - ngan penurunan, adakah sesiapa tampil berterima kasih kerana beliau berbuat demikian? Ada tak? Atau mereka buat-buat tak ingat?" katanya.

Menurutnya, kenaikan harga petrol RON95 kepada RM2.30 seliter pada 1 Oktober dan diesel kepada RM2.20 seliter dibuat setelah kerajaan memutuskan untuk memotong subsidi minyak yang berjumlah RM21 bilion setahun.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, kerajaan masih memberi subsidi minyak RON95 dan diesel kerana mengikut harga pasaran, RON95 adalah RM2.58 dan diesel RM2.52 seliter.

Turut mempertahankan keputusan itu adalah Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) yang mengatakan kenaikan minyak itu berada di paras paling minima dan kerajaan akan mengumumkan langkah dalam Bajet 2015 untuk menangani impak peningkatan itu.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang turut menulis dalam laman Twitternya dengan menyatakan harga minyak di Malaysia paling rendah di dunia, dengan menekankan kepada petrol RON95 yang dikatakan masih yang termurah di dunia.

10 negara harga petrol termurah di dunia

Ketika para pemimpin BN begitu ghairah memperbodohkan rakyat dengan fakta harga minyak di negara- negara lain sehingga ada yang mengatakan minyak di Malaysia termurah di dunia, rakyat sendiri sudah tahu kedudukan sebenar harga petrol di negara-negara pengeluar minyak sekitar Mei 2011 lalu yang turut diketahui tidak banyak bezanya berbanding harga sekarang.

10 negara harga petrol termurah di dunia adalah pertama Venezuela dengan harga AS$0.05 atau atau RM0.16 sen seliter. Kedua, Turkmenistan dengan harga AS$0.08 atau RM 0.26 sen seliter. Ketiga, Nigeria dengan harga AS$0.10 atau RM0.33 sen seliter. Keempat, Iran dengan harga AS$0.11 atau RM0.36 sen seliter. Kelima, Arab Saudi yang berada di bawah kepimpinan Raja Abdullah dengan harga AS$0.12 atau RM0.39 sen seliter.

Keenam, Libya dengan harga AS$0.14 atau RM0.46 sen seliter. Ketujuh, Kuwait dengan harga AS$0.21 atau RM0.69 sen seliter. Kelapan, Qatar dengan harga AS$0.22 atau RM0.72 sen seliter. Kesembilan, Bahrain dengan harga AS$0.27 atau RM0.89 sen seliter. Kesepuluh, Emiriyah Arab Bersatu dengan harga AS$0.37 atau RM1.22 seliter.

Justeru, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak mulai 1 Oktober lalu pasti dipersoalkan oleh seluruh rakyat negara ini, sedangkan harga minyak mentah dunia terkini mengalami penurunan mencecah AS$90.73 setong.

Malah terbaru, khususnya awal November lalu, penganalisis pasaran minyak mentah dunia menyatakan harga minyak mentah dunia yang berlegar sekitar AS$105 ke AS$108 setong di antara Mei hingga Ogos tahun ini (rujukan harga piawai Brent) tiba-tiba mula jatuh bermula Ogos lalu.

Ia jatuh dari paras AS$105 setong ke AS$85 setong pada awal Oktober dan kekal pada paras itu sehingga kini. Mereka juga meramalkan harga pasaran minyak mentah dunia akan kekal sekitar paras itu bagi tempoh yang lebih lama sehingga ke tahun 2015.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment