Saturday, November 22, 2014

RG2014... Fw: Hebat pemimpin Islam Malaysia!

 



 

Jangan mencabar Tuan Punya Langit !

bloglist-malaysia.blogspot
tokpepijat.blogspot
 

Sepatutnya dua peristiwa tragedi tahun ini dijadikan iktibar.Buat perubahan tanda keinsafan.
Tapi itulah kita! Masih bebal,berdolak dalih dan kluk klek lagi.

Bermula staf yang "berpakaian telanjang", hidangan arak dan terkini harga tiket pun adalah untuk arak yang diminum ataupun tidak diminum.Yang pasti,setiap imam,ulamak,paderi,tok sami,pelajar Azhar,pelajar Madinah,bakal haji terkena "percikan semburan arak MAS".

Samada anda peminum atau tidak,sama sahaja.Kena bayar harga tiket termasuk caj arak.

Agak meragukan jika MAS bermadah,hanya pesawat yang bawa tong arak sahaja dikenakan caj arak.

Sama sahaja! Samada pesawat menuju Jeddah,Madinah,LA,London jika namanya MAS semuanya terpalit arak!

Beriya-iya ketika Hishamudin pangku Menteri Pengangkutan meraihkan pelancong yang mahu togok arak atas pesawat. Soalnya :
1) Adakah pelancong mati kehausan jika tidak togok arak atas pesawat?
2) Adakah pelancong tidak naik MAS jika tiada arak dan MAS akan bangkrap?Rekod MAS rugi bilion RM dalam keadaan arak ribuan tong telah ditogok sejak merdeka.Rugi MAS kerana korupsi.

Cuba lihat pelancong asing dan non muslim bertambah ramai ke Kelantan dalam hal Kelantan haramkan arak,judi dan kelab malam.

Kita melihat Menteri UMNO begitu bebal dan karat untuk haramkan arak dalam MAS kerana samada mereka :
a) kaki arak. 
b) ada hubungan kontrak bekalkan arak dalam MAS.

Barangkali mereka mahu satu lagi tragedi,barulah menyesal dan menangis air mata darah!
 
 

Arak MAS: Hebat pemimpin Islam Malaysia!

kedahlanie.info
NORMAN SHAHID

 
TERKINI, umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan maklumat bahawa setiap harga tiket MAS yang dibayar termasuk di dalamnya caj untuk arak.

Selepas puluhan tahun, syarikat penerbangan milik Malaysia itu beroperasi isu arak masih belum selesai malah terbongkar pula suatu maklumat baru.

Rupa-rupanya, dalam tidak sedar sebahagian penumpang beragama Islam turut mempunyai saham dalam arak MAS. Cuma dari segi hukum agama, penumpang ini terlepas kerana tidak tahu kedudukan sebenar.

Pendedahan yang berlaku baru-baru ini merupakan sesuatu yang besar malah saya mencadangkan kepada mana-mana penumpang yang mahu menggunakan perkhidmatan kapal terbang berhak menuntut supaya caj arak dalam harga tiket mereka dihapuskan – atau penumpang berhak memilih syarikat penerbangan lain jika ada.

Begitulah, selepas 57 tahun merdeka, pemerintah Malaysia yang beragama Islam yang diketuai Umno tidak berupaya menyelesaikan masalah sekecil itu. Tidak malukah mereka yang mendabik dada di peringkat dunia dengan mengatakan bahawa Malaysia ialah negara Islam contoh!

Patutlah apabila ada pihak yang mahu melaksanakan undang-undang jenayah syariah, pemerintah Malaysia yang juga beragama Islam memberikan pelbagai alasan dan dalih untuk menghalangnya – isu arak dalam MAS pun gagal diselesaikan.

Hatta, ada syarikat yang bukan dari negara Islam menjadikan arak sebagai salah satu item yang dilarang dalam pesawat terbangnya!

Pemimpin Malaysia pula sejak dulu memberikan pelbagai alasan untuk terus membenarkan arak ada dalam pesawat MAS. Hebat pemimpin Islam Malaysia! HARAKAHDAILY 21/11/2014

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment