Saturday, November 22, 2014

RG2014... Fw: Tindakan Kerajaan Kedah seperti menghina Agong

 



Kuin: Tindakan Kerajaan BN Kedah seperti menghina Agong

kedahlanie.info
DATUK MAHFUZ OMAR 

PAS Kedah mempertikaikan sikap Kerajaan Barisan Nasional Kedah yang berterusan menyalahkan Pakatan Rakyat dalam isu pembinaan Kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil.

Yang terbaru, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah mengatakan pembinaan kampus tersebut adalah kesilapan pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Hal ini jelas menampakkan BN menafikan bahawa betapa pentingnya sektor pendidikan untuk pembangunan modal insan dan BN lebih mementingkan soal untung rugi sahaja.

Ironinya, Kerajaan BN di peringkat Persekutuan dalam setiap kali pembentangan Bajet pastinya memberikan peruntukan yang tertinggi dalam sektor pendidikan. Yang terbaru untuk Bajet 2015, sebanyak RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan.

Pelaburan pendidikan adalah bersifat menguntungkan untuk jangka masa panjang, maka atas aspirasi inilah yang membuatkan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah ketika itu sanggup mengambil risiko bersusah payah untuk menaiktaraf kolej universiti tersebut. Dengan pembinaan kampus yang lebih selesa bersesuaian dengan pertambahan jurusan pengajian yang ditawarkan untuk menampung keperluan 7,000 pelajar.

Perbuatan Kerajaan BN Kedah membangkit dan mempersoalkan pembinaan Insaniah ini samalah seperti mempersoal dan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang telah memperkenan dan merasmi pembukaan kampus Insaniah yang menjadi lambang kebanggaan Kedah ini pada 29 Januari 2013.

Bukankah dengan terhasilnya ramai graduan Insaniah dalam pelbagai bidang akan dapat membangunkan lagi modal insan dan sekaligus menjadi penyumbang ke arah pembangunan Kedah sendiri?

Sesungguhnya, pelaburan untuk pembangunan modal insan amatlah tidak ternilai harganya. Amatlah malang apabila pembinaan Insaniah ini dikatakan membazir, sedangkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sanggup berbelanja jutaan ringgit hanya untuk membuat pengubahsuaian kediaman rasmi beliau berserta taman pokok kurma.

Bukankah RM4.3 Juta wang rakyat dibelanjakan untuk kepentingan kecantikan dan kemewahan itu adalah satu pembaziran yang nyata?

PAS Kedah mendesak Kerajaan Barisan Nasional agar mengambil sifat tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan yang telah dipilih rakyat pada PRU13 yang lalu untuk menyelesaikan isu Insaniah ini dengan sebijaknya.

Usah kerana dendam politik sehingga sanggup menggadaikan harapan dan impian sekalian rakyat yang ingin melihat Insaniah terus mekar berkembang ke tahap yang lebih cemerlang. - HARAKAHDAILY 22/11/2014

Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment