Tuesday, November 4, 2014

RG2014... Fw: JOKOWI MAAFKAN INDIVIDU YANG MENGHINANYA ....

 



 

JOKOWI MAAFKAN INDIVIDU YANG MENGHINANYA ....

omakkau.blogspot

JAKARTA - INDONESIA. Presiden Indonesia, Joko Widodo @ Jokowi  berkata dia telah memaafkan perbuatan seorang pemuda yang menghinanya di laman sosial.

Muhammad Arsyad, 24, ditahan pihak berkuasa selepas memuat naik gambar lucah superimpose presiden berkenaan di Facebooknya, Julai lalu.

Joko atau mesra dengan panggilan Jokowi turut meminta polis supaya menangguhkan penahanan penjual sate dari Kramat Jati itu.

Jokowi memberi jaminan tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan ibu-bapa pemuda berkenaan di Istana Presiden di ibu negara, semalam lapor Jakarta Post.

Arsyad bakal dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan melanggar Undang-undang Pornografi.

Dia melakukan kesalahan itu ketika Jokowi masih memegang jawatan sebagai Gabenor Jakarta.


ULASAN OMAK KAU:-

Soalan cepumas mas bernilai RM3.2 billion ... apakah Azmin Ali yang akui secara terbuka mau ikut cara dan contoh Jokowi tadbir negara Indonesia, akan ikut jejak langkah yang serupa???? .. Tidak berdendam kesumat ... pancung dan cantas para anggota parti yang tidak memberikan sokongan kepada beliau semasa pemilihan parti baru-baru ini .. mengamalkan kroninisma dan memberi keutamaan kepada para penyokong tegarnya sahaja tanpa diambil segi nilai kemampuan melaksanakan tugas dan amanah.

Apakah Azmin "Jokowi" Ali mampu lakukannya??????

Lakukan sesuatu yang menyakinkan .. sehingga itu jangan nak berbicara beri tahu satu dunia mau ikut jejak langkah gaya pentadbiran Presiden Jokowi kalau sekadar buat terjahan tempat pelupusan sampah, panjat lori sampah, terjun longkang tersumbat, kayuh basikal dengan YB Eli jadi pembonceng, megecat rumah pangsa, sembur racun perosak dan terbaru naik bas komuniti.

Perlu ada sikap berjiwa besar terima percanggahan dan perbezaan pandangan dan pendapat .. kutip dan raikannya dengan memberikan penghormatan yang sewajarnya.

Omak akan mengambil sikap dan berpendirian bersangka baik lagi mulia dalam isu ini.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment