Sunday, November 2, 2014

RG2014... Fw: Wow!! Adik timb menteri pakai Bently Continental GT laa...

 



 

Wow!! Adik dia pakai Bently Continental GT laa...

bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
 
Menurut seorang sahabat yang kerjanya jual kereta, kereta yang terbabit dalam kemalangan ini ialah sebuah Bently Continental GT 2013.

Harganya ialah dari RM1,350,000 hingga RM1,738,000 sebuah.. hanya orang yang betul-betul kaya saja mampu memilikinya..

Milik siapa kereta ini??.. bacalah...

Berpusing elak lopak air  
Alor Gajah: Adik lelaki kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Rahim Maslan, 42, terselamat selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 202.1, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, kelmarin.  
Dalam kejadian jam 4.30 petang, kereta jenis Bentley dipandu Rahim dipercayai hilang kawalan selepas cuba mengelak lopak air dalam hujan lebat sebelum kenderaan itu berpusing beberapa kali.  
Rahim berkata, dia dalam perjalanan pulang ke Pontian, Johor selepas menghantar abangnya di Putrajaya sebelum terbabit kemalangan.  
"Ketika tiba di tempat kejadian, hujan lebat sebelum saya nampak kenderaan di hadapan cuba mengubah haluan ke kiri lalu saya mengelak ke kanan, tetapi malangnya tanpa disedari terdapat lopak air di hadapan.  
"Saya cuba menekan brek menyebabkan kereta terus berpusing lalu merempuh besi penghadang tengah dan terseret sebelum terhenti melintang di lorong kanan," katanya.  
Menurutnya, dia yang dihimpit beg udara sempat melihat kenderaan dari arah sama cuba mengelak merempuh keretanya sebelum sebuah treler menekan brek kecemasan dan hampir melanggar kenderaannya.  
"Saya lihat bagaimana pemandu treler mengawal kenderaan beratnya dengan memaut stereng ke kiri bagi mengelak merempuh kereta saya dengan menghimpit penghadang kiri hingga kepala treler terlipat dua.  
"Selepas keadaan tenang, saya keluar daripada kereta dan melompat ke kawasan besi penghadang tengah dan berlari beberapa meter ke hadapan lalu terus bersujud kerana terselamat dalam kejadian itu," katanya.  
Katanya, dia bersyukur terselamat biarpun terpaksa meredah hujan lebat di tengah lebuh raya sebelum anggota peronda lebuh raya dan pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian. 
"Saya tidak dapat bayangkan keadaan ketika itu kerana hanya berserah kepada takdir dan saya bersyukur tidak cedera," katanya.  
Sementara itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Asisten Superintendan Jasmani Othman berkata, kemalangan berlaku ketika hujan lebat menyebabkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas.  
"Bagaimanapun, pemandunya sempat keluar dan menyelamatkan diri di bahagian besi penghadang tengah tanpa cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ~ myMetro

Hebatnya adik dia.. umur baru 42 tahun tapi boleh pakai kereta yang harganya lebih dari RM1Juta..

Bussines apa agaknya dia?.. adakah dia peroleh keuntungan dari penjualan pokok-pokok getah yang ditoreh oleh Ahmad Maslan suatu masa dulu?

Atau mungkinkah dia telah menabung dari kecil?
 
 

NASIB BAIK ADIK KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA, DATUK AHMAD MASLAN PANDU KERETA BENTLEY YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN.

omakkau.blogspot


Adik lelaki kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Rahim Maslan, 42, terselamat selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 202.1, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, kereta jenis Bentley dipandu Rahim dipercayai hilang kawalan selepas cuba mengelak lopak air dalam hujan lebat sebelum kenderaan itu berpusing beberapa kali.

Rahim berkata, dia dalam perjalanan pulang ke Pontian, Johor selepas menghantar abangnya di Putrajaya sebelum terbabit kemalangan.

"Ketika tiba di tempat kejadian, hujan lebat sebelum saya nampak kenderaan di hadapan cuba mengubah haluan ke kiri lalu saya mengelak ke kanan, tetapi malangnya tanpa disedari terdapat lopak air di hadapan.

"Saya cuba menekan brek menyebabkan kereta terus berpusing lalu merempuh besi penghadang tengah dan terseret sebelum terhenti melintang di lorong kanan," katanya.

Menurutnya, dia yang dihimpit beg udara sempat melihat kenderaan dari arah sama cuba mengelak merempuh keretanya sebelum sebuah treler menekan brek kecemasan dan hampir melanggar kenderaannya.

"Saya lihat bagaimana pemandu treler mengawal kenderaan beratnya dengan memaut stereng ke kiri bagi mengelak merempuh kereta saya dengan menghimpit penghadang kiri hingga kepala treler terlipat dua.

"Selepas keadaan tenang, saya keluar daripada kereta dan melompat ke kawasan besi penghadang tengah dan berlari beberapa meter ke hadapan lalu terus bersujud kerana terselamat dalam kejadian itu," katanya.

Katanya, dia bersyukur terselamat biarpun terpaksa meredah hujan lebat di tengah lebuh raya sebelum anggota peronda lebuh raya dan pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.

"Saya tidak dapat bayangkan keadaan ketika itu kerana hanya berserah kepada takdir dan saya bersyukur tidak cedera," katanya.

Sementara itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Asisten Superintendan Jasmani Othman berkata, kemalangan berlaku ketika hujan lebat menyebabkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas.

"Bagaimanapun, pemandunya sempat keluar dan menyelamatkan diri di bahagian besi penghadang tengah tanpa cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment