Sunday, May 25, 2014

RG2011... Fw: Pelumba Moto3, Husni Aizat Maut Kemalangan

 



Al-Fatihah: Pelumba Cub Prix Negara, Husni Aizat Terlibat Dalam Kemalangan Dan Meninggal Dunia...


KOTA TINGGI - Pelumba motosikal (Cub Prix) Husni Aizat Abdul Malik, 20, maut selepas terlibat dalam kejadian kemalangan di Jalan Tanjung Buai-Teluk Sengat kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa menunggang motorsikal jenis Modenass Kriss dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya yang terletak di Felda Air Tawar 1.

Menurut abang mangsa, Hilmi Affan, 21, sebelum kejadian mangsa yang juga merupakan anak kedua daripada enam beradik itu bertegas untuk membawa motorsikal terbabit ke rumah sepupu mereka di Pasir Gudang meskipun telah dilarang beberapa kali.

"Kami tidak benarkan dia pergi menaiki motorsikal dan menyuruhnya membawa kereta namun dia tidak mahu dan tetap berkeras hendak membawa motorsikal tersebut," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi tengah hari tadi.

Hilmi berkata, malam sebelum kejadian dia sempat berjumpa dengan adiknya itu di Pasir Gudang namun tidak sempat untuk berborak kerana anaknya tidak sihat.

Bagaimanapun katanya, pagi tadi dia dikejutkan dengan panggilan daripada saudara terdekat yang memberitahu adiknya terlibat dalam kemalangan.

"Dia sebenarnya sedang bercuti daripada menjalani latihan di Sepanyol dan menghabiskan cuti bersama kami di kampung. Saya tidak sangka itu adalah kali terakhir kami berjumpa sebelum dia terlibat dalam kejadian kemalangan tersebut," katanya lagi.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 1.
 
 

Al Fatihah ... Pelumba Moto3, Husni Aizat Maut Kemalangan

telokbakong.blogspot
mimpi-senja.blogspot


Husni Aizat Abdul Malik

JOHOR BAHARU: Pelumba motosikal Moto3 negara, Husni Aizat Abdul Malik, 20, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang bertembung sebuah lori tiga tan di Kota Tinggi pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata dalam insiden di Jalan Tanjung Buai-Teluk Sengat pada 8.30 pagi itu, motosikal Husni terbabas ketika melalui selekoh tajam sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar lori terbabit.

"Motosikal dinaiki Husni sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Gudang menghala ke arah Felda Air Tawar 1," kata ketika dihubungi.

Beliau berkata mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2 namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan manakala pemandu lori berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rahmat berkata ketika kejadian, keadaan cuaca adalah baik namun selekoh di lokasi kejadian tajam dan tidak mempunyai garisan tengah.

Beliau berkata siasatan awal menunjukkan nahas itu berpunca daripada motosikal terbabit.

Husni, dari Felda Air Tawar 1, merupakan bekas pelumba pasukan Touchline SIC-Ajo dan pernah beraksi dalam kejohanan CEV Repsol Moto3 di Sepanyol.

Menurut laporan media, Allahyarham sepatutnya memulakan musim kedua dalam kejohanan di Sepanyol tahun ini namun digugurkan pihak pengurusan pasukan berkenaan Mac lepas.

Husni juga pernah beraksi dalam SIC Ninja 250 R Cup yang menyaksikan Allahyarham mendapat tempat kedua selain Grand Prix Malaysia di bawah tiket 'wild card.'

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment