Binatang2 Di Zoo Negara Bermemo Marahkan BN Kaw2!!
telokbakong.blogspot
amenoworld.blogspot.
Ini tak boleh jadi bhai. Kata gajah bernama Rosmah sambil cat2 badannya dengan warna putih. Macam celake aje kan kita semua kena tukar warna demi meraih kasih sayang dari pak2 menteri kita.
Ini semua salah ko la Zahid. Kata gajah bernama Hishammudin pula secara tiba2. Kalau ko tak suruh kita semua undi Barisan Nasional hari tue takdela kita semua terpaksa ubah identiti masing2.
"Tak pasal2 gajah kena menjadi panda. Ini semua petunjuk akhir zaman yang dah tertulis dalam kitab kebinatangan. Kita semua tak ambil iktibar darinya. Freemason itu bahaya korang semua tahu tak?". Sampuk gajah bernama Maslan pula.
Begitula serba sedikit perbualan yang aku dapat dengar dari gajah2 semalaysia yang sedang tekun menukarkan warna badan masing2 kepada warna panda sejurus panda diumumkan menjadi binatang yang paling disayangi oleh Najib Razak and the geng. Bukan hanya gajah bahkan binatang2 lain pun turut sama menukar warna badan masing2 bagi menyerupai panda supaya memudahkan mereka untuk mendapatkan bantuan segera.
Dari zoo negara beritatvsuku melaporkan ;
Siang tadi telah berlakunya satu protes aman di dalam Zoo Negara apabila binatang2 sezoo Malaysia mendapat tahu pasangan panda yang baru tiba dari China menjadi ;
1. Tajuk2 utama di akhbar2 arus perdana negara.
2. Dilayan dengan sangat istimewa yang mana rumah2 panda ini dibina dengan kos sebanyak hampir 25juta.
3. Panda2 ini juga diberikan peruntukkan yang cukup tinggi dari segi penyediaan makanan, penjagaan, kesihatan, keselamatan dan juga habitat (pembiakan).
4. Yang amat menyakitkan ahti mereka ialah selaku binatang tempatan yang memiliki IC binatang sebab dilahirkan di Malaysia merasa terpinggir akibat kerajaan tidak memberikan layanan yang seadilnya kepada haiwan2 tempatan.
Antara masalah yang dihadapi oleh mereka ialah ;
Keadaan zoo yang sangat menyedihkan. Papan tanda buruk. Bangku buruk. Pagar buaya yang agak rendah dan curam yang memungkinkan budak2 jatuh. Persekitaran zoo yang tidak diselenggara dengan baik akibat kekurangan kakitangan dan peruntukkan.
Prasarana zoo yang agar uzur, terbiar tidak up to date.
Tempat makan2 yang mahal.
Tempat makan2 yang sangat pathetic disebabkan tidak terjaga sehingga ianya menjadi sangat tidak cantik untuk dipandang.
Lantai2 pecah yang menyebabkan air bertakung sana sini mencacatkan lagi pemandangan ZOO NEGARA.
Akuarium ikan yang tidak diselenggara dengan baik. Yang kat depan semuanya kosong kosong..
Ada tulisan2 yang sudah pudar warnanya.
Ada kakitangan zoo yang meminta derma di hadapan pintu masuk zoo angkara kekurangan dana dari kerajaan bagi membiayai operasi zoo terutamanya dari segi bab penyediaan makanan untuk binatang2 jagaan mereka.
Keadaan tempat tinggal haiwan2 yang lama tidak berganti.. (kayu, sangkar besi, lantai, mozek, kaca)
Satu memorandum telah dibuat dan ianya bakal dipostkan kepada Putrajaya bagi menyuarakan hak binatang2 lain agar seimbang dengan apa yang diterima oleh panda pendatang. Menurut salah sebinatang wakil kepada pemprotes2 itu mereka menyeru agar kerajaan BN bertindak lebih adil dalam memastikan hak2 binatang lain turut sama terjaga dan tidak sesekali bertindak menaikkan harga tiket masuk ke zoo negara dengan kedatangan pasangan panda ke zoo negara itu. Mereka juga meminta agar Najib lebih berhemah dalam mengagihkan peruntukkan dengan tidak hanya melebihkan kepada pasangan panda semata2 sehingga hak haiwan2 lain terjejas. Jika tuntutan2 ini tidak dipenuhi mereka akan berbinatang2 menuju ke Putrajaya bagi mengadakan protes besar2an kali kedua di sana. Ini adalah amaran dari geng2 haiwan yang tidak takut hujan. Sambung mereka lagi.
Dalam perkembangan yang berkaitan, kami dapati juga semakin ramai manusia mulai bertukar menjadi panda demi mendapatkan perhatian dan layanan istimewa dari pemimpin2 negara.
BN menang, panda senang.
Sekian dari saya yang melaporkan.
Comment
muiz
bn celaka ni import warga china pastu nk salahkn org china ats kebodohn sendri..xckup ke panda betina kt putrajaya yg gian shopping tu
__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment