Friday, May 23, 2014

RG2011... BP - Malaysia scores a ‘5’… as one of the worst places to work in

 

Salam

[2:85] Kemudian kamu ini,
-1- kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri
-2- dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya;
-3- kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan;
-4- padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka;
-5- sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu.
Sesudah itu maka patutkah kamu :
-1- HANYA BERIMAN kepada sebahagian (dari isi) Kitab
-2- dan MENGINGKARI akan sebahagian ( isi Kitab ) yang lain?
Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu,
-1- selain dari KEHINAAN ketika hidup di DUNIA,
-2- dan pada hari KIAMAT akan ditolak mereka ke dalam AZAB SEKSA yang amat berat.
Dan (ingatlah), Allah TIDAK sekali-kali LALAI akan apa yang kamu lakukan.

WAllahua3lam
Wasalam
Hizamri

Yahoo Groups
Yahoo! Groups offers free mailing lists, photo & file sharing, group calendars and more. Discuss hot topics, share interests, join online communities.
Preview by Yahoo


============================================================


Malaysia scores a '5'… as one of the worst places to work in

Malaysia joins the list of countries deemed the worst places in the world to work in as it does not guarantee workers' rights, according to a survey by the International Trade Union Confederation (ITUC).

In its first-ever Global Rights Index report, compiled from 97 indicators, Malaysia scored 5, joining Cambodia, Bangladesh, China and Nigeria and 19 other countries.

A "1" is given to the best countries and "5" for the worst.

"Countries with the rating of 5 are the worst countries in the world to work in. While the legislation may spell out certain rights, workers have effectively no access to these rights and are, therefore, exposed to autocratic regimes and unfair labour practices," said the report released in Berlin.

Malaysia scores a '5'… as one of the worst places to work in


image
Malaysia scores a '5'… as one of the worst places to wor...
Malaysia joins the list of countries deemed the worst places in the world to work in as it does not guarantee workers' rights, according to a survey by the Internat...
Preview by Yahoo



============================================================


LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012

Berbilion ringgit malaysia telah lesap ataupun ke poket kroni dan patut disebarkan kepada rakyat. Sebahagian dari kita telah 'diajar' sentimen perkauman dan jasa keamanan negara dan tidak kisah mengenai apa yang sebenarnya dilakukan pemimpin yang mereka pilih.

Laporan Ketua Audit Negara 2012

image
Laporan Ketua Audit Negara 2012
Laporan Ketua Audit Negara 2012 Perkara yang penting di sini ialah sebahagian informasi yang dikongsi. Berbilion ringgit malaysia telah lesap ataupun ke po
Preview by Yahoo

============================================================

Nine ministries or depts overspent by RM3.73bil

Nine ministries or departments have overspent their operating allocation for last year by a total of RM3.73bil, according to the Auditor-General's Report.

They were the Education Mi-nistry, Health Ministry, Home Ministry, Defence Ministry, Agriculture and Agro-Based Industry Ministry, Public Service Department, Attorney-General's Department, Malaysian Anti-Corruption Com-mission and Public Services Com-mission.

Archives | The Star Online.



============================================================

Laporan Audit Negara : Kepincangan serius urustabir kerajaan BN Johor

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan semalam, sehingga akhir tahun 2010, Johor berhutang sebanyak RM134.25 juta, manakala tunggakan berjumlah RM334.51 juta

Laporan audit menjelaskan mengikut Master Aggrement antara Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Persekutuan, Syarikat Air Johor Sdn Bhd, Syarikat Air Johor Holding Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB), pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek bekalan air Johor akan diambil alih oleh PAAB.

Bagaimanapun, semakan audit mendapati proses pemgambilalihan tersebut masih belum selesai kerana baki pinjaman belum dimuktamadkan walaupun Master Agreement telah pun ditandatangani pada 11 Mac 2009.

Mengikut maklum balas, Kementerian Kewangan telah mengadakan mesyuarat bersama Kerajaan Negeri Johor, Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd dan PAAB pada 8 Jun 2011 bagi membincangkan pengambilalihan pinjaman bekalan air Negeri Johor oleh PAAB.

BLOG TERHOT: Laporan Audit Negara : Kepincangan serius urustabir kerajaan BN


image
BLOG TERHOT: Laporan Audit Negara : Kepincanga...
Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan semalam, sehingga akhir tahun 2010, Johor berhutang sebanyak RM134.25 juta, manakala tu...
Preview by Yahoo

============================================================

Laporan Ketua Audit Negara: Selangor catat prestasi terbaik bukti PR telus

KAMPUNG TUNKU, 8 OKTOBER: Rakyat Selangor boleh berbangga dengan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini setelah sekali lagi menerima pujian dan komen positif daripada Ketua Audit Negara.

Ahli Dewan Undangan DAP Kampung Tunku, Lau Weng San, berkata segala komen dan cadangan positif itu membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa PR mampu mentadbir negeri dan negara dengan lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN).

"Saya menganggap ia akan menjadikan pentadbiran kerajaan Selangor selangkah lebih maju daripada kerajaan negeri lain, bahkan Kerajaan Persekutuan.

DIALOG RAKYAT: Laporan Ketua Audit Negara: Selangor catat prestasi terbaik bukti PR telus


 

============================================================

Selangor Catat Pelaburan RM 49.75 bilion, Kekal Destinasi Pelaburan Utama

SHAH ALAM : Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 49.75 bilion untuk sepanjang 2008 – 2012 dengan berjaya mengekalkan prestasi negeri itu sebagai destinasi pelaburan utama negara ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata, sepanjang 2012, Selangor mencatatkan pelaburan sebanyak RM 11.7 bilion dengan 252 projek perkilangan diluluskan.

Jumlah itu 28.5 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai pelaburan negara. Ia juga adalah 31 peratus daripada keseluruhan projek yang diluluskan di Malaysia.

Pada 2012 juga, Selangor mencatatkan pertumbuhan pekerjaan yang terbesar di Malaysia iaitu sebanyak 22,719 peluang pekerjaan atau 30 peratus daripada jumlah keseluruhan negara.

"Negeri Selangor mencatatkan prestasi yang amat cemerlang di mana Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dari segi bilangan projek yang diluluskan dan nilai pelaburan yang diterima," kata Teresa.


DIALOG RAKYAT: Selangor Catat Pelaburan RM 49.75 bilion, Kekal Destinasi Pelaburan Utama


============================================================



Era Pra BN -

Ma'had Tahfiz Al-Quran Negeri Kedah mula ditubuhkan pada tahun 1985

Pada awal tahun 90-an, Kerajaan Negeri Kedah telah memberi bangunan tambahan iaitu Kuarters JKR 1300 Jalan Dato Shuib untuk dijadikan asrama kepada pelajar-pelajar tahfiz.

Pada tahun 2000, Kerajaan Negeri Kedah mula membina bangunan baru dan lebih selesa untuk Ma'had Tahfiz berhadapan dengan Masjid Sultanah Bahiyah

Era BN -

Pada tahun 2001, pengurusan Ma'had Tahfiz telah diletakkan di bawah Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH)

ERA PAS -

Pada tahun 2009, KUIN membuka Program Pengajian Tahfiz al-Qur'an wa al-Qira'at peringkat Sarjana Muda.

Pada tahun 2011, Kulliyyah al-Qur'an dirobah kepada Kulliyyah al-Qur'an dan Sunnah.

Pada tahun 2011, KUIN membukan Program Sarjana dalam dua (2) program: pertama, Sarjana Pengajian al-Qur'an dan kedua, Program Sarjana Pengajaran al-Qur'an.

http://www.insaniah.edu.my/main/index.php?option=com_content&view=article&id=69&Itemid=139


============================================================



Laporan Audit bukti Selangor urus dengan telus

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MB Selangor  

Kerajaan Negeri Selangor ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak media terhadap Laporan Ketua Audit Negara mengenai kewangan Kerajaan Selangor yang telah diedarkan kepada orang ramai, Isnin lalu.

Kami percaya laporan audit yang telah disediakan oleh pejabat Audit Negara bertujuan untuk penambahbaikan. Namun apa yang tergambar di media seolah-olah kerajaan negeri tidak mengurus dengan baik.

Agar rakyat tidak terkeliru, saya ingin membuat penjelasan seperti berikut.


Pertama: Urusniaga Penyata Penyesuaian Bank Kerajaan Selangor

Sejak 2002, Selangor telah gagal menyesuaikan (reconcile) urusniaga iaitu urusniaga tertuggak dalam penyata bank Kerajaan Negeri Selangor. Sehingga 2009, urusniaga yang telah gagal disesuaikan berjumlah RM977.70juta. Mengikut pecahan, 2002-2003 sebanyak  RM126 juta, 2004 (RM327 juta), 2005 (RM82 juta), 2006 (RM278 juta),  2007 (RM48 juta) , RM61 juta pada 2008 dan RM56 juta pada 2009.

Kedua:  Hutang  Kerajaan Pusat

Laporan Ketua Audit Negara menyatakan hutang kerajaan negeri  kepada Kerajaan Pusat berjumlah RM829.86 juta.  Lebih 85%  atau RM705juta daripada jumlah hutang melibatkan pembelian aset air. Hutang ini sepatutnya dibayar SYABAS sepertimana yang dipersetujui dalam perjanjian penswastaan bekalan air Selangor diantara SYABAS, Kerajaan Negeri dan Persekutuan apabila perkhidmatan air diambil alih oleh SYABAS daripada   Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) pada 2003.

Kerajaan Negeri  mendapati rekod aset loji pembekalan dan loji pengagihan air bukan sahaja tidak lengkap malah tertinggal dalam rekod milikan Kerajaan Negeri. Mulai 2008, selepas Pakatan Rakyat mengambil alih, Kerajaan Negeri mula membuat tindakan mengesahkan aset-aset  dengan mengenal pasti lokasi dan keadaan aset tersebut.

Sebelum pengesahan dibuat, nilai aset air yang tercatat dalam buku Karajaan Negeri hanyalah RM1 bilion. Tetapi pakar perunding yang dilantik kerajaan negeri telah mengenal pasti aset air yang dimiliki sebenarnya bernilai RM10.98 bilion iaitu melebih RM9 bilion dari rekod asal.

Ketiga: Rezab

Semasa penyelidikan audit dilakukan terhadap rezab negeri Selangor, pejabat Ketua Audit Negara hanya mengambil kira  dalam kewangan berakhir 31 Disember 2009 dan tidak melihat apa yang berlaku seterusnya.

Untuk makluman, selepas tempoh tersebut, rezab kerajaan negeri meningkat dan tidak lagi berada dalam kedudukan negatif. Kerajaan Negeri tahu pada waktu itu bahawa keadaan akan pulih kerana pendapatan dijangka  meningkat selepas 31 Disember 2009.

Carta di bawah menunjukkan dengan jelas peningkatan rezab pada 2010. Sehingga Jun 2010,  Selangor telah mencatatkan lebihan pendapatan RM268.18 juta iaitu paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Turun naik rezab adalah perkara biasa dalam mana-mana institusi kewangan termasuk rezab negara. Oleh itu laporan audit bahawa rezab Selangor telah  merosot tidak membimbangkan.

Keempat: Bangunan Teater Diraja Shah Alam

Projek ini menghadapi masalah sejak dari awal dimana kontraktor melakukan kerja tersebut telah dilantik secara runding terus. Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM43 juta untuk projek ini tetapi hasilnya sangat mengecewakan kerana syarikat kontraktor gaga; mematuhi spesifikasi  dan pelan asal.

Contoh kerja pembinaan yang lemah ialah kemasan yang renggang, tinggi tangga yang tidak sekata dan projek siap lewat sehingga 14 bulan.

Kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa untuk membaiki kerosakan dan kelemahan pembinaan dan dijangkanya bangunan ini dapat perbaiki dalam tempoh setahun.

Kelima: Pelaburan anak syarikat tidak untung

Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) telah disusun semula pada Jun 2009 . Sebelum waktu ini, kebanyakan anak-anak  syarikat yang ditubuhkan Kerajaan Negeri tidak melihat keuntungan sebagai asas utama penubuhan. Syarikat ini tidak memberi fokus kepada keuntungan yang sesuai dengan pelaburan dibuat. Selepas penstrukturan semula MBI, wujud satu visi untuk mendapat keuntungan.

Walaupun anak-anak syarikat ini terus menjalankan tanggungjawab sosial (corporate social responsibility) untuk rakyat Selangor tetapi konsep mendapat keuntungan dari perniagaan akan diberi keutamaan.  Semua syarikat akan dipantau oleh MBI dan semua bonus dan pembayaran ganjaran syarikat mestilah berasaskan hasil keuntungan.

Keenam: Isu pasir

Pembayaran royalti bukan satu-satunya hasil kerajaan negeri dari industry pelombongan pasir. Sejak KSSB ditubuhkan Jun 2008, hasil pasir adalah termasuk keuntungan dari jualan.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI: LAPORAN AUDIT NEGARA - SELANGOR


LAMAN RASMI ADUN MAHARANI: LAPORAN AUDIT NEGARA - SELANGOR
Kerajaan Negeri Selangor ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak media terhadap Laporan Ketua Audit Negara mengenai kewangan Kerajaan Selangor yang telah diedarkan kepada orang ramai, Isnin lalu.
Preview by Yahoo

image
RAKYAT MARHAEN: Laporan Ketua Audit Negar...
KUALA LUMPUR 16 OKTOBER: Pulau Pinang mencatatkan peningkatan hasil kutipan kerajaan negeri yang memberangsangkan berdasarkan kepa...
Preview by Yahoo
============================================================

Laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang catat prestasi baik

KUALA LUMPUR 16 OKTOBER: Pulau Pinang mencatatkan peningkatan hasil kutipan kerajaan negeri yang memberangsangkan berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan semalam dengan catatan kenaikan hasil mendadak sebanyak 46.8 peratus yang mewakili RM192.19 juta menjadikan jumlah kutipan tahun 2011 sebanyak RM602.89 juta.

Peningkatan cemerlang ini dilihat hasil dari pelaksanaan dasar kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu yang mengamalkan prinsip CAT iaitu Cekap, Akauntabel dan Telus dalam urus tadbirnya.

RAKYAT MARHAEN: Laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang catat prestasi baik


============================================================

Kewangan Kedah baik, pengurusan memuaskan

Anis Nazri,     16 Okt 2012

KUALA LUMPUR: Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 2011 secara keseluruhannya adalah memuaskan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, baki Kumpulan Wang Disatukan adalah berjumlah RM252.36 juta, berbanding sejumlah RM328.28 juta pada tahun 2010.

Dalam pada itu, peningkatan hasil pada tahun 2011 berjumlah RM20.52 juta atau 4.5% berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus sejumlah RM40.63 juta atau 9.4%.

budak hutan kampung: Kewangan Kedah baik, pengurusan memuaskan





image
budak hutan kampung: Kewangan Kedah baik, pen...
Kewangan Kedah baik, pengurusan memuaskan Anis Nazri, 16 Okt 2012 KUALA LUMPUR: Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 201...
Preview by Yahoo


============================================================



KDNK Kelantan 2012 atasi peringkat negara

KOTA BHARU: Biar pun ada pihak mendakwa Kelantan tidak membangun, namun laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kelantan mengatasi peringkat negara.

KDNK Kelantan 2012 dijangka meningkat kepada RM11,144 juta dengan kadar pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus, sedangkan pertumbuhan Malaysia pada tahun sama pada kadar 4 hingga 5 peratus.

Sektor perkhidmatan menjadi penyumbang utama kepada KDNK Kelantan pada 2010 iaitu sebanyak 73.8 peratus, sektor pertanian (19.4 peratus) dan pembuatan (4.7 peratus).

RAKYAT MARHAEN: KDNK Kelantan 2012 atasi peringkat negara



image
RAKYAT MARHAEN: KDNK Kelantan 2012 atasi peringk...
KOTA BHARU: Biar pun ada pihak mendakwa Kelantan tidak membangun, namun laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) pertumbuhan Keluar...
Preview by Yahoo

============================================================



============================================================



__._,_.___

Posted by: Hizamri Johari <hizamri@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment