Tuesday, September 2, 2014

Re: RG2011... Fw: Buah yang anak anda tak pernah tengok

 

Orang Kedah panggil buah seralat juga...
Bulunya miang jika terkena badan..
Mengimbau zaman kecilku dulu.
Hahaha...seralat.

On 3 Sep 2014 08:00, "mala yusof mala_asq@yahoo.com.my [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:
 

macam buah mentega je....
 
best regards,
mala asq


On Tuesday, 2 September 2014 8:33 AM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:


 

 
Balik kampung baru-baru ini dapat peluang kutip buah yang mungkin anak-anak anda tak pernah tengok. Atau mungkin anda sendiri tak pernah tengok. Kalau anda tinggal di kawasan utara, atau terutamanya kawasan kampung saya di Pekan Penanti, tentu dah biasa tengok pokok serta buah ini.

Pokok buah ini hanya tinggal sebatang kat belakang dereta kedai Pekan Penanti. Pokok itu masih berdiri kukuh dari saya kecil sampai sekarang ini. Tak ada sesiapa yang menebangnya lagi. Saya tak pasti dia duduk atas tanah kepunyaan siapa.

Bagus juga pokok tersebut masih kekal sampai sekarang. Bolehlah saya perkenalkan pada aanak-anak saya pula macam mana saya cari makan masa zaman kanak-kanak dahulu. Bila musim buah itu jatuh, kami akan kutip bawa balik. Dapat makan buat tersebut rasa macam dapat makan buah epal.

Orang sekarang sombong dengan buah

Bukan mudah nak makan buah epal, limau atau anggur masa zaman kanak-kanak dulu. Entah berapa kali sahaja yang dapat makan sepanjang yang saya ingat ketika zaman kanak-kanak. Kalau nak merasa buah epal hijau atau limau sunkist, kena pergi tengok Tokong Cina di belakang kedai Ah Nyiok, kalau mereka letak, saya akan ambil bawa balik diam-diam untuk makan.

Jadi bauah apa saja yang boleh makan, kami dizaman itu akan ambil dan makan. Sekarang saya lihat semua orang tak perdulikan lagi kesemua buah yang jatuh berderai di bawah pokok. Banyak yang busuk begitu saja dan tak ada siapa ambil peduli termasuklah kanak-kanak.
 Malah lebih sedih bila saya lihat buah rambutan, buah manggis buah mempelam dan banyak lagi buah yang dibiarkan jatuh tanpa ada siapa perdulikannya. Mungkin kita dah kaya raya ada banyak duit. Kalau nak kakan pergi saja ke pasar malam dan beli satu ikat bawa balik.

Ramai orang mungkin dah malas nak bersusah payah kait buah sendiri. Lebih mudah pakai duit pergi beli dari orang yang rajin kutip dan himpun serta menjual buah. Entah apa nak jadi pada orang ramai sekarang saya tak tahu, malas semakin menjadi-jadi.

Mungkin anda tak pernah tengok Buah seralat

Berbalik pada cerita asal posting ini, saya nak ceritakan pasal buah seralat. Saya tak tahu apa nama sebenarnya. Saya juga tak tahu apa nama saintifiknya. Mungkin anda panggil dengan nama lain di kampung anda. Tapi di Kampung saya kami panggil Buah Seralat. Sebab rupanya macam Bola Seralat.

Kalau anda tenok betul-betul, buah ini berwarna cokelat terang atau orange gelap apabila dia masak. Warnanya cantik dan kelihatan macam rupa kain baldu. Sebenarnya bulu halus dari kulit buah itu agak miang kalau anda main sentuh dengan tangan.

Jadi kalau nak makan kena gosok dengan sabut kelapa terlebih dahulu sampai ia jadi licin hilang segala baldu yang ada pada kulit buah tersebut. Oleh kerana sabut kelapapun dah tak ada di kampung, saya terpaksa kopek sendiri kelapa tua untuk dapatkan sabutnya.

Mungkin boleh gosok dengan bahan lain. Tapi saya nak merasakan kembali zaman kanak-kanak, maka semunya diulang semula untuk ditunjukkan pada anak-anak. Memang best ulang kerja lama-lama dulu semula.

Rupa dalam buah seralat

Selepas digosok segala bulu pada kulit buah seralat, barulah boleh dikupas dengan pisau untuk buang kulitnya yang dah bertukar warna. Dari gambar anda boleh lihat buah itu dah bertukar warna jadi warna unggu gelap.

Kupas kulit itu dan di dalamnya kelhatan macam buah setul. Ada biji hitam besar yang rupanya biji tersebut macam biji buah Salah. Isi putih semuanya boleh dimakan. Rasanya manis lain macam sikit. Baunya juga agak kuat. Ada yang tak suka kalau tak tahan dengan bau buah Seralat itu.

Selesailah tugas saya memperkenalkan buah seralat dan bagaimana nak makan buah seralat pada anak-anak saya. Rupanya isteri saya juga tak pernah merasa buah itu dan tak pernah tengok sebelum ini.

Anda pula macam mana? ada tak buah seralat di kampung anda dan apa nama panggilannya?


__._,_.___

Posted by: mohd zahari zahari <langkau16@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)

Check out the automatic photo album with 5 photo(s) from this topic.
_DSC5961.jpg _DSC5937.jpg _DSC5935.jpg _DSC5931.jpg _DSC5943.jpg

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment