Thursday, September 18, 2014

Re: RG2014... Fw: FELDA OH FELDA...

 

bagi saya perlu compare dengan saham lain...sebab market mmg jatuh.. tapi kalau betul hanya felda yg jatuh ada masalah la

2014-09-14 23:37 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

FELDA OH FELDA... Dengan Kisah BANGAU OH BANGAU...

greenboc.blogspot
Posted by Green Boc


Adakah nasib Felda Global Ventures akan menjadi seperti glc-glc kerajaan?

RM3.70 kedudukan terkini. Jauh melepasi pembukaan awal semasa menyertai bursa Malaysia iaitu RM4.55. Apa lagi yang nak dibanggakan.

Adakah nasib Felda Global Ventures akan menjadi seperti glc-glc kerajaan yang saban tahun rugi seperti glc-glc yang lain.

Sudahlah mempertaruhkan tanah-tanah peneroka felda. Apalah akan jadi kepada harta peneroka felda sekiranya keadaan ini terus berkekalan, saham terus turun menjunam.

Kerajaan pula hanya berjanji tetapi hasilnya kosong. Peneroka felda terus terhimpit dengan hutang yang terpaksa dibayar kepada bank. -tikaqbuloh


Pengarah Felda berkerjasama dengan penjenayah interpol?


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mengecam tindakan Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad kerana dilihat berurusan dengan Rafat Rizvi, seorang lelaki yang dikehendaki polis antarabangsa atas tuduhan rasuah, penipuan dan jenayah perbankan di Indonesia.

Nik Nazmi juga menekankan agar Faizoull memberi penjelasan tentang perkara ini kerana beliau sebagai Pengarah Besar Felda perlulah bertanggungjawab atas tindakannya.

Faizoull Ahmad yang juga menyandang jawatan Pengerusi Kelab
Bola Sepak Liga Super Malaysia Felda United telah melawat kelab pasukan bola sepak Scotland Glasgow Rangers bersama Rafat beberapa hari lepas.

“Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat potensi untuk menjalankan program pembangunan anak muda bersama Felda United.

“Walau bagaimanapun, mengapakah beliau perlu melibatkan Rafat, seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki polis dalam urusan ini? Apatah lagi melantik Rafat sebagai penasihat beliau,” soal beliau dalam satu kenyataan.

Tambah Nik Nazmi, beliau mempersoalkan adakah Faizoull tidak sedar bahawa Rafat telahpun didapati bersalah atas kesalahan penipuan yang bernilai jutaan
dollar oleh Mahkamah Jakarta kerana terlibat dalam skandal kejatuhan Bank Century Indonesia?

“Tindakan Faizoull ini sangat mencurigakan dan menimbulkan pelbagai persoalan.

“Tambahan lagi, terdapat spekulasi bahawa beliau ingin membeli pasukan bola sepak Glasgow Rangers,” ujarnya.
-FMT

ULASAN GB

Bila ditanya nanti mengapa FELDA jadi begitu, nanti ada menteri akan jawab harga saham turun-naik.... itu adat...

Oklah tu, tetapi kalau dah memanjang jer turunnya tak naik? Menteri yang sama akan jawab: itu dah suratan...macam kisah bangau oh bangau...sampai di penghujungnya, hai ular, kenapa kau nak makan katak? Ular jawab dah itu memang makanan aku....

Dan maaf cakap, sememangnya yang bodoh-bodoh akan menjadi "makanan" si UMNO..
 
comments:
Ritchie Blackmore said...

So puak2 UG dlm pas ni memang bodoh bodoh belakalah orangnya..???

Anonymous said...

Yang bodoh jadi makanan yang cerdik

Anti Fitnah said...

Dalam kes ini, yang jahat ialah CINA sebab kuat menipu. Ini semua pasal CINA ada kat Malaysialah, MELAYU selalu ditipu oleh CINA. Dari sebelum MERDEKA, semasa MERDEKA dan 57 tahun selepas MERDEKA, CINA saja yang dok tipi MELAYU.
Yang baik, semuanya datang dari MELAYU UMNO. MELAYU didahulukan. Bila dah dekat hilang kuasa, dikatakan Melayu akan hilang kuasa dek penipuan CINA. Tanpa berfikir panjang, MELAYU yang "cerdik-cerdik" belaka terus mengeluarkan kenyataan kononnya jahatnya CINA.
Ingat aku akan pesanan Nabi bahawa fitnah di akhir zaman. Salah satu yang sangat aku takuti ialah Islam tu Melayu dan Melayu tu Islam sedangkan amat beza antara kedua-duanya. Islam membawa kita ke syurga Allah swt tapi Melayu ... bolehkah? Mungkin boleh kot ... iaitu ke TANAH MELAYU.
HIDUP MELAYU.
HIDUP MAHATHIR.
HIDUP KATAK BRAHEM.
HIDUP .... mampooosss pi la kat hangpa.

Anonymous said...

mengikut Presiden UG dibolehkan kerana Melayu juga?

Anonymous said...

Salah nuar lg nie...hihih

Anonymous said...

Nak tunggu sampai harga saham felda kurang drp 10sen sesaham baru boleh beli.

Anonymous said...

Felda akan ikut MAS

BaDiN said...

majoriti melayu tidak peduli itu semua asalkan umno menang dan terus menang.Bodoh tak apa .Biar Papa Asal Bergaya.Org2 Felda tidak percaya itu semua sebab Kebodohan Menguasai Diri.IQ dia orang sama macm Lembu Ijat.

 

KESIAN MAK CIK-MAK CIK FELDA .... BERITA INI MEREKA TIDAK TAHU SEBAB TIDAK DIHEBAHKAN DALAM UTUSAN, BERITA HARIAN, TV3 DAN RTM.

omakkau.blogspot
Posted by
 

Felda perlu mengorak langkah untuk menjadi sebuah kuasa besar ekonomi dalam usaha menjana keuntungan yang lebih besar kepada golongan peneroka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Felda yang kini giat melaksanakan fasa kedua pembangunannya selepas mengecapi pelbagai kejayaan pada fasa pertama hasil keringat peneroka terdahulu.


"Kita buka buku baharu, strategi baharu untuk jadikan Felda satu komuniti yang hebat, kita letak FGV (Felda Global Venture) kita senaraikan saham di pasaran, kita dapat raih sumber modal tambahan.


"Jadikan Felda sebuah economic powerhouse atau sebuah badan ekonomi gagah perkasa, inilah intipati kita, ini strategi fasa kedua kita," katanya ketika berucap merasmikan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan dan Majlis Hari Raya 2014 di Stadium Jasin di sini, hari ini.


Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad serta kira-kira 25,000 peneroka Felda dari seluruh negara.


Najib berkata, usaha mengembangkan Felda penting kerana generasi kedua Felda tidak boleh hanya bergantung harap terhadap apa yang telah diperolehi generasi pertama.


Beliau berkata, peneroka juga perlu berfikiran terbuka serta memandang jauh dan tidak tertumpu kepada hal berkaitan di tanah rancangan masing-masing sahaja.


Najib berkata, Felda akan terus memberikan bonus dan dividen kepada peneroka setiap tahun dan bukan melaksanakan pemberian ini secara 'one-off'.


Katanya, ramai beranggapan peneroka Felda merupakan anak emas, bagaimanapun apa yang diberikan kerajaan kepada peneroka Felda adalah suatu penghargaan kepada peneroka yang berkorban ketika waktu sukar penubuhannya. - Bernama

Itu gebang kencang sampai bangunan Menara Berkembar Petronas  KLCC boleh tumbang .. hakikatnya ??? .. Semalam saham Felda Global Ventures (FGV) jatuh ke paras RM3.67 sen dari harga pembukaan mula-mula didagangkan RM5.39sen sudah jatuh sebanyak RM1.72sen sesaham .. lagi nak gebang Felda mau jadi jaguh dunia????????
.. Felda satu komuniti yang hebat?????

Kalaulah arwah Tuan Hj Suhaimi Said masih hidup, pasti dia akan menangis melihatkan keadaan FGV kini.
 




--
 

 

__._,_.___

Posted by: akula <din9090@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)

Improvements in Yahoo Groups Search
Searching for new groups to join is easier than ever. We've honed our algorithm to bring you better search results based on relevance and activity. Try it today!

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment