Monday, September 1, 2014

RG2011... Fw: Muka Bayi Bengkak Kerana Serangan Semut Charlie

 



 
oomedianetwork.com
 
Menerusi mymediahubonline.blogspot.com  
 
Gambar yang menunjukkan wajah seorang bayi malang digigit oleh seekor semut yang paling digeruni oleh umat manusia iaitu Semut Charlie.

Menurut seorang lelaki yang pernah menjadi mangsa kepada serangga ini, Semut Charlie ini gemar berada di tempat yang bersuhu lembab terutamanya di tuala yang lembab. Jika terkena gigitannya, mangsa dengan serta merta akan berasa panas dan seperti terkena api. Sebaiknya segera simbah dengan air biasa.

Namun, jangan pula digaru, kerana ia mudah merebak dan membengkak. Jika terkena banyak gigitan, kulit akan melepuh seperti terkena air panas. Mangsa juga akan berasa pedih dan gatal-gatal. Jangan sesekali cuba memecahkan kesan lepuh kerana ia boleh menyebabkan air bisa tersebut merebak ke bahagian kulit yang lain.
pengguna Facebook berkongsi dua gambar yang menjadi viral di laman Facebook. 



Dalam tempoh 7 hari, rasa gatal akan mula hilang. Dan apabila sudah kering, ia akan meninggalkan kesan parut seperti terbakar. Sapukan dengan ubat seperti Bio Oil untuk menghilangkan kesan-kesan parut.

Semut Charlie ini juga selalu ditemui di kawasan sawah padi. 

Baca mymediahubonline.blogspot.com

comments:

  1. Semut ni sesetgh tmpt je ada ms bljr kt usm penang semut ni ada..kawan sy pernah kn..mmg bila dia gigit dia cam melecur kena air panas...better dptkan rawatan segera..kecian kt bb ni...semoga bb ni cepat sembuh

  2. Ya Allah,,,semoga bayi ini cepat mendapat obat,,dn bisa sembuh,,Amin

  3. Baru semalam kene gigit.. Sakit.. Jadi bengkak

  4. ya allah..risau denga binatang yang kekadang kita pun tak tau daari jenis apa..budak kecik main2 kat luar rumah kekadang tak tahu pun kena gigit bila dah start lebam atau bengkak baru la sibuk nak bubuh ubat jadi mana tau terkena gigitan apa...bahayanya...

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment