Thursday, September 4, 2014

RG2011... Fw: PAS Selangor tidak tahu butiran

 



SUA PAS sahkan hantar 3 nama, PAS Selangor tidak tahu butiran

telokbakong.blogspot
penpasksgb.blogspot
Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM: PAS Selangor tidak mempunyai pengetahuan nama-nama yang dihantar PAS Pusat kepada Istana Selangor sebagai calon Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar
Abdul Samad berkata, PAS Selangor juga tidak pernah mencadangkan sebarang nama kepada PAS Pusat sebelum dipersembahkan untuk mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya tidak tahu laporan ini benar atau tak. PAS Selangor tidak tahu apa-apa tentang hal ini. Kami tidak pernah menghantar nama-nama calon kepada PAS Pusat," kata Iskandar ketika dihubungi Selangor Kini, di sini hari ini.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hari ini mengesahkan bahawa PAS Pusat menghantar dua nama daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan satu nama dari PAS sebagai calon Menteri Besar yang baru.

"Laporan itu betul, PAS hantar satu nama dari PAS dan tiga nama PKR," kata beliau dalam jawapan melalui sistem pesanan ringkasnya kepada Selangor Kini.

Sementara itu memetik laporan
Harakah Daily, Mustafa berkata, tindakan menghantar tiga nama itu dilakukan sebagai mematuhi titah Tuanku Sultan yang mahukan lebih tiga nama untuk dipersembahkan kepada baginda.

Terdahulu dalam laman-laman sosial beberapa nama Exco PAS disebut-sebut bakal menduduki kerusi Menteri Besar menggantikan Abdul Khalid.

Antara nama yang kerap menjadi sebutan, Iskandar sendiri yang memegang
portfolio Exco Perumahan, Peneroka Bandar dan Pengurusan Bangunan selama dua penggal; Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment