Sunday, September 14, 2014

RG2014... CARA MENGGUNAKAN NAPKIN MEJA DENGAN BETUL

 

Napkin selalunya diletakkan di hadapan anda dan dilipat dengan cantik. Apakah gunanya napkin ini sebenarnya?


Pada awalnya tujuan napkin disediakan adalah untuk mengelakkan daripada pakaian dan alas meja menjadi kotor. Tetapi setelah sekian lama, banyak orang menjadi lebih berhati-hati ketika makan dan kegunaan napkin sebenarnya hanyalah untuk mengelap bibir dan tidak sepatutnya menjadi kotor.

Sebaik sahaja anda duduk, ambil napkin dan buka lipatannya, lipat dua dan letak di atas peha anda. Di restoran-restoran tertentu, pelayan akan melakukan perkara ini untuk anda, tetapi tidak menjadi masalah sekiranya anda hendak melakukannya sendiri. Sekiranya dengan tidak sengaja napkin anda terjatuh ke lantai, jangan ambil napkin tersebut. Sebaliknya, panggil pelayan dan minta napkin yang baru.


Semasa makan, jika anda merasakan bibir anda kotor, ambil napkin dan lapkan mulut anda perlahan-lahan dan letakkan kembali ke riba anda. Sekiranya anda harus meninggalkan tempat duduk, letakkan napkin anda di atas kerusi untuk menandakan yang anda akan kembali.


Setelah selesai makan, tunggu sehingga hos anda meletakkan napkinnya di atas meja, barulah anda berbuat demikian untuk menandakan majlis sudah selesai.

Napkin tersebut janganlah digumpalkan atau dilipat. Memadai dengan hanya meletakkannya begitu sahaja. Sekiranya anda menggumpalkan napkin, ini melambangkan perasaan anda yang mungkin gugup atau takut, sebaliknya jika anda melipatkan dengan elok, ini memberikan gambaran seolah-olah anda menyangka yang hos anda akan menggunakan semula napkin tersebut tanpa membasuhnya terlebih dahulu!

 

 

Artikel ini dipetik dari buku CARA MUDAH MENGUASAI KEMAHIRAN BERSOSIAL – Tatacara Diri dan Etiket Sosial. Maklumat lanjut tentang buku ini boleh didapati di www.perintis.com.my atau sila hubungi Cik Nor di talian 03-90195303. Boleh juga cari kami di Facebook - https://www.facebook.com/perintisbook

 

 

__._,_.___

Posted by: <studioperintis@perintis.com.my>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Improvements in Yahoo Groups Search
Searching for new groups to join is easier than ever. We've honed our algorithm to bring you better search results based on relevance and activity. Try it today!

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment