Hukum Beli Patung Permainan?
telokbakong.blogspot
keretamayat.blogspot
(Pengajaran dari kisah Ustaz belang dan ikan berbelang)
Korang pernah dengar kisah Ikan Belang? Kisah ni popular masa aku kecik dulu dalam ceramah ustaz dalam memberi contoh bahaya ulamak akhir zaman.
Kata ustaz masa ceramah, yang aku dengar masa aku masih kecik (sila kagum dari jauh sebab kecik kecik dah dengar ceramah-Woha!), akhir zaman nanti ada ulamak dunia yang bagi fatwa ikut nafsu, bahaya kita ikut mereka. Contoh jika kita berjaya tangkap ikan yang pelik, yang ada belang macam Harimau, lalu Tanya ustaz:
"Apa hokum makan ikan yang ada belang belang macam Hariamau, mukapun macam harimau, taring pun macam Hariamau, wahai ustaz?."
Lantas jawab ustaz akhir zaman yang cinta dunia tu:
"Haram makan, sebab Nabi tak pernah makan ikan belang macam tu"
Kitapun jawab:
"Tapi ustaz, saya ingat nak hadiah keuntungan jual ikan belang ni separuh kat ustaz?!"
Terus ustaz tu ubah fatwa, "saya semak jap, sebenarnya tak haram, saya dah kaji detail, harus hukumnya"
Nampak? Faham tak? Akhir zaman nanti ramai ustaz yang macam ni! Faham tak? Tanya ustaz pada aku yang masih kecik. Aku angguk setuju sebab masa aku kecik dah ada ustaz yang bagi fatwa ikut nafsu.
Imbas kembali, masa aku kecik,Aku pernah dengar ceramah ustaz lain yang cakap, Haram bergabung dengan parti kafir, haram lantik calon perempuan sebagai wakil rakyat, haram kerja kerajaan sebab cukai bercampur dengan judi, haram solat di masjid kerajaan, haram makan sembelihan orang sokong kerajaan, kahwin tak sah jika tak sokong kami, macam macam lagilah, tak ingat pulak sebab masa tu kecik lagi.
Tapi sekarang, ustaz yang sama cakap haram bergabung dengan parti kafir pulak cakap, harus bergabung guna konspet Tahalul siyasi, boleh lantik wakil rakyat perempuan, dan macam macam lagi,Nampak?
Nampak? Faham tak? Akhir zaman nanti ramai ustaz yang macam ni! Faham tak? Tanya aku pada korang yang dah besar panjang, jika tak faham jugak, sila angguk setuju sebab semua dah berbulu kemaluan, patut lagi faham.
So, lupakan intro kisah ikan belang di atas, sekarang balik kepada soalan:
"Apa Hukum Beli Patung Permainan?"
Sebab, dalam riwayat Muslim dan Ahmad, kata Ibnu 'Abbas:
"Aku dengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Setiap pembuat patung akan diseksa dalam neraka, dijadikan setiap patung itu roh sebagai alat penyeksa terhadapnya di dalam neraka jahanam"
Dalam hadis lain pulak menyebut, Malaikat Rahmat tak masuk rumah yang ada patung dan gambar, dan macam macam lagi dalil Haram yang dikeluarkan oleh ustaz terntentu.
So, korang tanya aku hari ni, rasanya aku tak pernah tulis entry berkenaan patung mainan dalam blog ini, so ini adalah jawapan pertama aku.
Jika aku jawab HARAM kali ni, dan lepas tu korang cakap nak hadiahkan patung yang mahal kat aku, lalu aku ubah jawapan kepada "harus", maka aku dah jadi bangang 2x5 dengan ustaz belang di atas.
Moral dari kisah ustaz belang, jangan cepat keluarkan hokum haram sebelum korang siasat sebab nanti tiba tiba korang cakap harus pulak, maka jadilah korang orang islam yang mempermain mainkan hokum agama, kalau salah mengaku, tak payah nak cover dengan istilah Tahalus siyasi bagai, adohai..
So,bila aku tanya pada ustaz yang belajar dengan ulamak bekas anak murid Maulana Zakariyya yang belajar agama dengan sanad sampai Rasullulah, jawabnya:
"Gambar dan patung yang tiada fungsinya haram disimpan dan digantung atau dipamer dalam rumah. tapi kalau ada fungsi, misalnya alat mainan, lampu berbentuk binatang, poster gambar makhluk bernyawa sedang solat untuk mengajar kanak-kanak, ia diharuskan (rujukan, kitab fathul mu'in, imam syaikh zainuddin malibari, dan kitab rujukan fiqh mazhab syafie yang lain.
So, hukumnya " Harus".
Kepada ibu bapa, bolehlah beli mainan anak tanpa rasa was-was.
Habis cerita. Lain kali jangan cepat haramkan hokum macam geng politik jika tak nak jadi macai.
Ini agak deep, sila take note.
Sekian.
Ditulis oleh penjual Lampu Projektor warna warni berbentuk penyu. Woha!
Ps: Lampu Penyu warna biru juga dah habis, tinggal pink dan hijau sahaja, untuk order, sila klik sini, Woha!
__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
Improvements in Yahoo Groups Search
Searching for new groups to join is easier than ever. We've honed our algorithm to bring you better search results based on relevance and activity. Try it today!
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment