Thursday, September 18, 2014

RG2014... Fw: MB Selangor angkat sumpah Selasa

 



MB baharu bukan dari PAS

bloglist-malaysia.blogspot
mountdweller.blogspot
 
Kerajaan Selangor tidak kekal lama jika MB baharu daripada PAS, kata Mat Sabu
 
 
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tetap berpegangan kepada keputusan parti yang kerusi menteri besar Selangor adalah milik PKR ketika ditemui di Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 September, 2014.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor tidak akan bertahan lama sekiranya Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan melantik menteri besar baharu daripada kalangan pemimpin PAS, kata Mohamad Sabu.
Timbalan presiden PAS itu berkata, pelantikan itu tentu tidak akan dipersetujui DAP dan PKR sementara PAS juga akan komited mempertahankan kerusi menteri besar itu sebagai milik PKR.
"Kalau DAP dan PKR tidak setuju daripada PAS (sebagai menteri besar), Selangor akan jadi kerajaan sementara," kata Mohamad yang ditemui pemberita di Batu Pahat, Johor selepas Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini.
Kenyataan beliau turut disokong Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
"Keputusan dibuat, kerusi itu milik PKR," katanya ketika ditemui dalam muktamar itu.
Sultan Selangor akhirnya membuat keputusan muktamad memilih menteri besar baharu dan menetapkan tarikh 23 September ini sebagai majlis angkat sumpah.
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor akan diadakan pada Selasa depan di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang, pada pukul 10 pagi.
Pejabat Istana Selangor ketika dihubungi mengesahkan kad jemputan itu yang sudah mula diedarkan kepada pembesar istana, wakil rakyat, penghulu, serta pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK).
Namun begitu, sumber itu enggan mendedahkan individu yang akan dilantik Sultan Selangor  itu.
Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua ketika bercakap dengan The Malaysian Insider menganggap berita itu adalah benar namun pihaknya masih belum menerima sebarang jemputan.
Perkara ini juga disahkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Sallehen Mukhyi ketika ditemui mengakui pejabatnya menerima jemputan itu, namun beliau masih belum menerima jemputan secara rasmi.
Beliau yang dimaklumkan berita itu hari ini, berkata masih lagi tidak mengetahui calon yang akan dilantik Sultan, dan menafikan dirinya akan diangkat sebagai menteri besar.
"Cuma saya tidak tahu lagi siapa menteri besar... yang penting bukan saya," katanya.
"Kita harap ini jalan penyelesaian terbaik. Kita tiada lagi ruang terbaik kecuali rakan PR terima," katanya dan menambah, berita itu diterimanya daripada seorang penghulu yang menerima jemputan berkenaan.
Terdahulu hari ini, Munir mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang amalan menghantar satu nama calon menteri besar kepada Sultan merupakan konvensyen sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Sehingga kini, PAS dikatakan menghantar tiga nama iaitu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan satu Adun PAS.
Ketiga-tiga mereka dikatakan Dr Idris Ahmad (PKR-Ijok), Dr Yakub Sapari (PKR-Kota Anggerik) dan Adun Cempaka Iskandar Samad, pesuruhjaya PAS Selangor yang exco kerajaan negeri.
Tidak diketahui apakah PKR dan DAP menambah bilangan calon mereka selepas dititah murka oleh Sultan Selangor kerana hanya menghantar satu nama sahaja sedangkan istana menitahkan dihantar lebih daripada dua nama.
PKR dan DAP sebelum ini memutuskan calon mereka hanya satu iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan pelantikan menteri besar Selangor hanya akan dibuat selepas Muktamar PAS ke-60 yang bakal berakhir pada 20 September iaitu Sabtu ini. – 18 September, 2014.

MB Selangor yang baru angkat sumpah Selasa ini

telokbakong.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
 
Menteri besar baru Selangor akan mengangkat sumpah pada 10 pagi, Selasa depan di Istana Alam Shah, Klang.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani. 

Difahamkan, kad undangan untuk upacara itu dilapor sudah dihantar kepada pemimpin-pemimpin negeri, wakil rakyat dan orang-orang kenamaan.

Menurut Mohamad Munir lagi, pilihan menteri besar baru itu akan didedahkan kemudian dan keputusan akhir telah dibuat.

Beliau ketika dihubungi bagaimanapun enggan mendedahkan menteri besar baru itu daripada parti mana.

Istiadat itu difahamkan akan diadakan di Balairong Seri istana dan tetamu undangan dikehendai memakai pakaian kebangsaan dan bersongkok hitam lapor Malaysiakini
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Improvements in Yahoo Groups Search
Searching for new groups to join is easier than ever. We've honed our algorithm to bring you better search results based on relevance and activity. Try it today!

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment