Monday, September 15, 2014

RG2014... Re: [jarum_emas] Tabik KM2 ???

 



Print



Email




Facebook

0

Selangor Pertimbang Kenaikan Gaji Wakil Rakyat - Abdul Khalid

Diterbitkan: Jumaat 22 Nov, 2013

  • Oleh WANI MUTHIAH

Abdul Khalid

SHAH ALAM: Wakil rakyat di Selangor berkemungkinan mendapat kenaikan gaji dan elaun mulai tahun depan.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang akhbar selepas menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Undangan Negeri pada Jumaat berkata perkara itu bagaimanapun perlu dibincangkan oleh exco terlebih dahulu.

"Kami sedang mengadakan mesyuarat exco. Sebaik sahaja kelulusan diterima (daripada exco), kita akan membentangkan usul itu pada Isnin atau Selasa," kata Khalid.

Beliau menambah pertimbangan bagi kenaikan yang dicadangkan itu berdasarkan kepada tiga faktor.

"Pertama beban kerja di Selangor adalah sangat berat. Kedua, kerajaan negeri mampu untuk memberi kenaikan dan ketiga ia adalah satu insentif untuk wakil-wakil rakyat kita," katanya.

Beliau berkata gaji yang baru dan struktur ganjaran akan menjadi model selepas apa yang ditawarkan kepada wakil-wakil rakyat di Sarawak.

Dalam ucapannya sebelum ini, Khalid berkata kerajaan Selangor mahu membangunkan negeri tanpa menanggung sebarang hutang.

Beliau menjelaskan bagaimana bajet telah diputuskan dan dirumuskan.

"Terdapat tiga variasi penting dalam belanjawan - seimbang, lebihan atau defisit," kata Khalid.

Beliau menjelaskan bahawa mana-mana bajet yang digubal terpaksa berdasarkan sumber dan perbelanjaan yang ada.

Menurut beliau, bajet yang seimbang adalah pilihan terbaik untuk Selangor kerana kewangan negeri berada dalam keadaan yang baik.

"Dengan bajet yang seimbang kita menggunakan apa yang kita ada untuk memberi manfaat kepada rakyat," katanya.


2014-09-15 12:44 GMT+08:00 Abdul_Rahim <abdul_rahim@thermos.com.my>:

11:00AM - 14 Sep 2014

Hadi tangkis dakwaan masih mahu Khalid kekal

 284  0  0

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menangkis  dakwaan yang mengatakan beliau masih mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor. 

Abdul Hadi sebaliknya berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada sultan Selangor bagi memilih calon menteri besar.

Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita berhubung pertemuannya bersama ketua-ketua Pemuda dalam Pakatan Rakyat Jumaat lalu, Abdul Hadi hanya berkata beliau bertemu dengan ramai orang pada hari tersebut.

"Saya tak baca surat khabar hari ini. Saya baru balik dari Jakarta semalam. Dan hak tentukan Khalid (sebagai menteri besar) bukan saya. Tapi kuasa sultan.

"Pertemuan ramai. Banyak orang jumpa saya. Macam-macam orang jumpa saya. Cuma tentang menteri besar Selangor kita serah pada sultan.

"Saya tak ada hak nak tentukan menteri besar Selangor. Sultan Selangor yang boleh tentukan siapa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi ceramah di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan.

Turut hadir ialah calon DUN Pengkalan Kubor Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Selain itu, ketika ditanya sekali lagi sekiranya Abdul Hadi ada bertemu dengan Ketua Pemuda PKR (AMK) Nik Nazmi Ahmad pada Jumaat, beliau hanya berkata:

"Ramai (bertemu orang). Mungkin Nik Nazmi ada."

Dalam satu kenyataan media hari ini, Nik Nazmi berkata, beliau bimbang kerana PAS masih mahu mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

ADUN Seri Setia itu berkata, hasrat itu bercanggah dengan sokongan majoriti ADUN Pakatan Rakyat Selangor yang mahu presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.

Malah, beliau juga berkata, Abdul Hadi turut berhasrat untuk memantau sendiri prestasi Khalid sebagai menteri besar.

 

 

Sent from Samsung Galaxy Note


MR <ustmdcd@gmail.com> wrote:

Kenaikan gaji MB, Exco dan Adun Selangor terlalu tinggi, kata Anwar

OLEH DIYANA IBRAHIM

November 28, 2013
Latest Update: November 28, 2013 02:41 pm

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), berkata kenaikan gaji pemimpin tertinggi kerajaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor terlalu tinggi dan dibuat secara mendadak.

Katanya, walaupun setuju dengan cadangan kenaikan gaji itu, beliau berpendapat kadar kenaikannya tidak munasabah.

"Saya setuju jika gaji dinaikkan tetapi pada pendapat saya menteri besar perlu menilai semua kadar tersebut dan memberi alasan munasabah kenaikan tersebut," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 Adun berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN  (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).

Anwar berkata, Khalid tidak harus menggunakan alasan kenaikan elaun bagi menyamai langkah yang dibuat Sarawak.

Katanya, Khalid perlu menjelaskan hal kenaikan tersebut kepada Pakatan Rakyat (PR).

"Saya tidak fikir beliau perlu mengikut langkah Sarawak menaikkan gaji pemimpin tinggi, perlu jelaskan kepada parti dan paling penting jangan terlalu pentingkan kenaikan kerana kerajaan negeri Selangor perlu memastikan peningkatan perkhidmatan," katanya.

Sementara itu, Khalid pada sidang medianya selepas sidang DUN Selangor berkata, kenaikan gaji berada pada paras yang munasabah kerana ia menggunakan sistem gaji yang diperolehi pemimpin peringkat negeri di Sarawak sebagai indikator.

Khalid berkata, kadar berkenaan juga sebenarnya masih rendah berbanding gaji mereka yang berada dalam syarikat swasta.

"Bagi sesetengah orang ini mungkin sudah banyak, tetapi bagi mereka yang berada dalam sektor swasta, ia tidak tinggi, ini munasabah," katanya. - 28 November, 2013.

 

2014/1/6 yusri762002 <yusri762002@yahoo.com>

Hoi bahlol. Kecoh ke?

 

Ha ha ha ha idup lagi barua kaafir ni

 

 

 

 

Sent from Samsung Galaxy Note


MR <ustmdcd@gmail.com> wrote:

Pas Terengganu labelkan Malaysia negara sekular, tiada ciri-ciri Islam

KUALA TERENGGANU 5 Jan. - Badan Perhubungan Pas Terengganu tetap melabelkan Malaysia hanya sebuah negara sekular dan tidak mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah negara Islam.

Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, atas alasan itulah, perkataan 'bughah' yang dinyatakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dikaitkan dengan Himpunan Guling Kerajaan tempoh hari, tidak wajar dikeluarkan.

"(Malaysia) tiada ciri-ciri sebagai sebuah negara Islam, sebaliknya hanyalah negara sekular. Jadi tak timbul lah isu 'bughah' dan sebagainya," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kedua proses pengesahan jawatan barisan jawatankuasa baharu Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Satiful Bahri memberi reaksi terhadap kenyataan Harussani yang menyifatkan pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan yang sah dianggap penderhaka kepada negara.

Mufti Perak itu menyebut peserta Himpunan Turun yang pada awalnya didapati mempunyai unsur-unsur subversif dalam menggulingkan kerajaan sebagia pemberontak atau dikenali sebagai 'bughah' (dalam bahasa Arab).

Harussani turut menyarankan agar mereka terbabit ditangkap sambil menegaskan jika ada ciri-ciri Bughah' selayaknya ditumpahkan darahnya di sisi syarak.

Satiful Bahri seterusnya berkata, sebagai seorang mufti, Harussani tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu dengan menuduh himpunan pada malam tahun baharu lalu untuk menggulingkan kerajaan.

"Kita amat terkilan dengan tuduhan dan kenyataan beliau (Harussani), jadi kita minta beliau tarik balik apatah lagi kenyataannya turut menghalalkan darah," jelasnya.

Menurutnya, tidak timbul soal menggulingkan kerajaan kerana himpunan itu diadakan bertujuan memberi peluang kepada rakyat meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenaikan harga barangan.

"Istilah guling sebenarnya tak timbul dan berbangkit, rakyat hadiri himpunan tempoh hari hanya untuk nyatakan rasa tak puas hati dengan kenaikan harga barang," ujarnya.

Awas… Risikan Polis Dapati Himpunan Guling Kerajaan Bakal Kecoh

by AIDC on Dec 28th, 2013 · 9 Comments

Agendadaily – Kalau mengikut risikan polis himpunan haram yang dirancang oleh kumpulan yang dipercayai pro pembangkang di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru boleh mencetuskan insiden buruk yang gugat keamanan negara.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan.

Empat kumpulan yang dikenalpasti akan terlibat dalam himpunan itu ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Sabtu beliau memberi amaran keras terhadap individu atau kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram 'menggulingkan kerajaan' di Dataran Merdeka Selasa ini.

Katanya pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012.

Amar Singh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai dan menyokong perhimpunan sedemikian kerana ia menyalahi undang-undang negara.

Katanya setakat hari ini, pihak polis telah menerima 588 laporan di seluruh negara dari pelbagai pihak bagi membantah perhimpunan berkenaan.

 

2014/1/4 MR <ustmdcd@gmail.com>

Thursday, January 02, 2014

LIM GUAN ENG DAP LUDAH KE LANGIT & JUAL BALIK MERCEDES-BENZ S300L ??? @dzainalabidin

Tindakan Lim Guan Eng DAP yang dilihat bersikap hipokrit tentang pembelian kereta elitis mewah Mercedes-Benz S300L terus mendapat kritikan hebat. 

 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menganggap Guan Eng seperti meludah ke langit memandangkan beliau pernah mengkritik tindakan Kerajaan Negeri Terengganu membeli kereta jenama serupa pada 2008 bagi tujuan sama. 

Katanya, Guan Eng sepatutnya berasa malu dengan keputusan itu kerana beliau sendiri sebelum ini menyifatkan pembelian kereta mewah untuk kegunaan rasmi merupakan pembaziran.


Sehubungan itu, beliau mendesak Ahli Parlimen Bagan berkenaan tidak menggunakan hak-hak serta keistimewaan selaku Ketua Menteri sebagai alasan bagi mewajarkan pembelian kereta mewah tersebut.

"Kalau mahu gunakan kereta Mercedes, teruskan sahaja, tidak perlu berdolak-dalik. Mengapa apabila orang lain mengambil tindakan serupa beliau kutuk dan selar tetapi untuk beliau sendiri dikatakan sebagai hak?

"Cuma dalam isu pembelian ini, kita lihat wujud ketidakcekapan pengurusan kewangan negeri kerana tidak sampai tiga bulan membeli Toyota Camry 2.5, kerajaan negeri membeli pula sebuah Mercedes-Benz," tegas Zainal Abidin. seterusnya

Anda baca juga kenyataan di bawah. Di antaranya :

Bendahari NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Pulau Pinang, Abdullah Md Nor yang dihubungi berkata, dalam situasi yang tidak menentu, rakyat ingin melihat pemimpin turut menunjukkan teladan dengan berjimat cermat.

"Jika pemimpin menasihatkan rakyat supaya berjimat-cermat, maka mereka juga harus menunjukkan cara yang terbaik untuk diteladani.
 


"Namun begitu, sekiranya pemimpin sendiri tidak menuruti apa yang dilaung-laungkan dalam isu penjimatan, sudah pasti rakyat mempunyai persepsi yang akan menimbulkan prejudis bahawa ia hanya slogan semata-mata, " jelasnya lagi.


Bagi Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak pula ketika diminta untuk memberi pandangannya berkata, tindakan Ketua Menteri tersebut seolah-olah tidak mempunyai integriti apabila mementingkan kedudukan melalui mandat yang diberikan oleh rakyat.


"Jika Perdana Menteri dan timbalannya boleh menggunakan kereta nasional,kenapa seorang pemimpin negeri yang sering melaungkan slogan CAT tidak dapat memanfaatkan kereta nasional.

"Sekiranya benar beliau seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berjuang untuk menurunkan kos kehidupan, adalah memadai baginya menggunakan kereta Toyota Camry yang baru dibeli dalam tempoh dua bulan oleh Kerajaan Negeri.


"Dalam usaha Kerajaan Pusat sedaya upaya mengurangkan kos urus tadbir, sebaliknya Ketua Menteri DAP tanpa disedari cuba membazirkan kos urus tadbir dengan menjadikan isu keselamatan terpelihara dengan menggunakan Mercedes Benz S300L.
 


"Bagi saya, pemimpin sebegini rupa merupakan pemimpin yang tiada berintegiriti, malah kepentingan diri melebihi keutamaan yang tidak seharusnya menjadi ikutan kepada pimpinan yang lain, " ujar Rahmad lagi lapor MalaysiaGazette



Sementara itu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mengulas mengenai pembelian tersebut menyifatkannya sebagai pembelian dilihat tidak memilih masa tepat untuk membeli kereta mewah Mercedes Benz S300L ekoran ianya memberi imej buruk kepada Pakatan Rakyat (PR).


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, Guan Eng harus lebih peka kepada sensitiviti rakyat yang kini menanggung beban kenaikan harga barang dan penarikan semula subsidi.


"Saya rasa semua pengamal politik harus mempunyai sensitiviti yang sama sama ada dari pihak barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan kerana rakyat kini sedang menempuhi kesukaran dan 2014 akan menjadi lebih sukar," katanya kepada pemberita baru-baru ini. seterusnya

 

2014/1/4 Abdul-Rahim <abdul_rahim@thermos.com.my>

2:00PM Jan 4, 2014

LGE alu-alu SPRM siasat pembelian Mercedes KM

 21  2 Google +0  0

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengalu-alukan sebarang siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang dilaporkan sebuah portal berita berkaitan pembelian Mercedes-Benz  S300L oleh kerajaan negeri itu untuk kegunaan rasminya.

"Sama ada SPRM akhirnya akan menyiasat atau tidak, kerjasama sepenuhnya akan diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan saya kepada SPRM kerana kerajaan negeri adalah bersih dan saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, tegas Lim, beliau tidak akan mempersoalkan SPRM mengapa tiada siasatan dijalankan ke atas kerajaan BN yang membuat pembelian yang serupa tanpa diskaun 55 peratus.

"Saya pasti SPRM akan mendapati bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang adalah "bersih" kerana urusniaga keseluruhan bagi pembelian Mercedes Benz (itu) telah dikendalikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd Jait, yang telah mematuhi semua prosedur dan undang-undang dan mempunyai dokumen yang sah," katanya.

Menurut Lim, beliau telah mengkritik pembelian 14 buah Mercedes E200 dengan harga RM245,000 seunit oleh kerajaan negeri Terengganu pada tahun 2008 dengan kos keseluruhan RM3.43 juta kerana mendakwa tidak berpadanan dengan harganya atau tiada 'value for money'.

"Mereka tidak mendapat diskaun 55 peratus untuk 14 buah kereta Mercedes (itu), tidak seperti diskaun 55 peratus yang diperolehi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang apabila membeli sebuah kereta Mercedes Benz," tegas Lim yang juga setiausaha agung DAP.

Lim mendakwa hanya di Malaysia akan disiasat oleh SPRM kerana membeli kereta dengan diskaun 55 peratus dan menjimatkan wang rakyat.

Tetapi dakwanya lagi, SPRM jelas tidak berminat untuk menjalankan sebarang siasatan apabila ada pembelian melebihi harga pasaran dan membazirkan wang rakyat.

Kerajaan negeri, tegas Lim, telah membeli Mercedes Benz S300L itu pada harga RM298,263.75 dengan diskaun sebanyak 55 peratus atau RM358,954.25 ekoran diskaun dan pengecualian cukai berbanding dengan harga asal RM657,218.

"Saya tidak akan terkejut SPRM ingin menyiasat kerajaan negeri kerana menjimatkan wang berjumlah RM 358,954.25 tetapi membiarkan mereka yang membeli berkali ganda daripada harga pasaran sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan tahunan Ketua Audit Negara," tambahnya.

Menurut Lim, laporan Ketua Audit Negara 2012 menyatakan wujud pembaziran dan salahlaku yang berjumlah RM6.5 bilion termasuk:

- Peralatan pasukan polis yang bernilai RM1.3 juta hilang termasuk 156 gari, 44 pucuk senjata dan 29 kenderaan.

- Jabatan Penyiaran membeli 20 jam dinding pada harga RM3,810 iaitu 38 kali ganda lebih mahal daripada anggaran harga pasaran sebanyak RM100 dan tiga mesin pengimbas A4 pada harga RM14,670 setiap satu unit, lebih 70 kali ganda daripada anggaran harga pasaran sebanyak RM200;

- Jabatan Kastam telah menghapuskan kasut yang bernilai RM600,000 yang dibeli kerana tidak sesuai dengan pegawai mereka;

- Bangunan haram Kompleks Kastam dan Kuarantin Imigresen kerajaan negeri Melaka yang dibina atas tanah swasta, yang akhirnya melibatkan kos tambahan RM10.8 juta untuk memberi pampasan kepada pemilik tanah, ditambah lagi kos tambahan RM40 juta pada kos bangunan yang telah melonjak kerana kelewatan;

- Kementerian Belia membelanjakan RM3 juta secara mewah untuk sambutan Hari Belia Kebangsaan, termasuk RM1.6 juta untuk membawa kumpulan K-Pop dari Korea;

- Kos tambahan RM1.3 bilion ke atas projek Empangan Bakun yang bernilai USD2.3 bilon dan membayar USD133 juta (RM430 juta) sebagai gantirugi kepada dua kontraktor asing bagi kerugian yang ditanggung akibat kelewatan sehingga empat tahun dalam kerja-kerja kejuruteraan awam.
 
"Tiada tindakan yang diambil oleh SPRM untuk pembaziran wang rakyat yang melibatkan kerajaan BN tetapi pendekatan yang berbeza diambil apabila wang rakyat dijimatkan oleh kerajaan Pakatan. Ini benar-benar Malaysia Boleh!" tegas Lim.

 

2013/12/22 Abdul-Rahim <abdul_rahim@thermos.com.my>

UMNO naik sewel bila baca dan dengar ini...

telokbakong.blogspot

alditta.blogspot.

Posted by ali allah ditta

 

Laporan Dari Al Jazeera Tentang Kesusahan Rakyat Malaysia...

 

DAP puji kehandalan PAS...


" Mereka ikhlas dan jujur dalam memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja dan pada bila masa"

" Kita lihat semasa bencana banjir ini terjadi, PAS paling kehadapan menyumbang tenaga, masa dan wang untuk berkhidmat kepada rakyat berbanding UMNO yang masih berselimut dengan budaya wang sebelum bekerja"

" Saya tabik hormat dan bangga mempunyai sahabat dari PAS yang mempunyai keperibadian yang wajar dicontohi "

Pergh!!! macam mana juak-juak UMNO terutamanya para pemimpinnya tidak bengkak kepala, bengang dengki dengan kata-kata ikhlas dari pemimpin DAP ini.

Nak nampak MCA maupun Gerakan puji UMNO dalam gerak kerja kebajikan malam sikit.

Benar tetap benar walaupun ianya amat pedih dan pahit .. pujian harus diberi kepada yang berhak bukanya jenis mengampu bodek melangit sedangkan ianya bukannya benar tetapi sekadar untuk ambil hati.

Syabas diucapkan kepada PAS terutamanya Jabatan Unit Amal Malaysia... SYABAS dan TABIK SPRING dari admin !!!!-f/bk

 

 

 

 

 

 

 


__._,_.___

Posted by: MR <ustmdcd@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)

Improvements in Yahoo Groups Search
Searching for new groups to join is easier than ever. We've honed our algorithm to bring you better search results based on relevance and activity. Try it today!

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment