Sepengetahuan saya, bil syabas atas nama perseorangan je yang dapat free 20ml air tu tapi kalau bil air tu atas nama pemaju memang tak dapat free air tu.
Ada setengah apartment/kondo/flat, bil air kene bayar pada pemaju and ada apartment/kondo/flat yang lainnyer bayar macam biasa direct to syabas via post office etc. Yang direct pada syabas ni yang ada free air tu.
Kalau saya salah, sila perbetulkan sbb meter air rumah saya adalah atas nama saya sendiri (telah ditukar hak milik).
Sekian.
Regards,
-ila-
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of kekupumalam@yahoo.com
Sent: Monday, October 29, 2012 12:15 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: {Disarmed} Re: RG2011... Fw: Penjelasan LUAS tentang Krisis Air Selangor!
Nak tanyala kat rakan2 suma. Kalau rumah aprtmnt/kondo/flat air biasa kene byr pd menaju rumah tau.
So air x free ke?
Sbb kata kat Selangor air free dibwh brp liter x silap dan kalau agak2 bil rm20 kebawh free kan.
So bil ni adalah rm17 sebulan tp tetap kene byr.
Minta tlg sapa yg boleh mbantu.
P/s: Call syabas bole dia makinya kita. Kita maki dia baliks.
Jgn sampai kita jumpa org maki kita tu face to face + ketua cwgn tu. Geram tol.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
From: "-::eSpAcE9808::-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 22 Oct 2012 23:22:28 +0800
To: zzxmelayucyber<melayucyber@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Fw: Penjelasan LUAS tentang Krisis Air Selangor!
Penjelasan LUAS tentang status sebenar "Krisis Air Selangor!"
kopitiam-bang-nan.blogspot.
Hentikan Keliru Rakyat Isu Paras Empangan Air. (disertakan: Kenyataan LUAS Tentang Peningkatan Kapasiti Empangan Sg Sgor)
Saya berpuashati dengan peningkatan takungan air di Empangan Sungai Selangor yang telah meningkat kepada 55.43% iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu setakat hari ini.
Empangan ini membekalkan air untuk dirawat di tiga loji pembersihan air (LPA) iaitu; LPA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), LPA Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan LPA Bukit Badong (SSP3). Empangan Sungai Selangor menyumbangkan 60% bekalan air di sekitar Lembah Klang.
Sekalung ucapan tahniah kepada pegawai dan kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang bekerja keras dalam memantau status empangan untuk memastikan ia berada pada paras memuaskan dan mampu memenuhi keperluan pengguna.
Kerajaan Selangor sedar dengan usaha-usaha pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan ketakutan kepada rakyat Selangor dan penduduk Lembah Klang kononnya bakal berdepan krisis air ekoran penurunan paras air di empangan.
Saya mengesa semua ahli politik terutamanya pihak pembangkang di Selangor supaya berhenti membuat kenyataan-kenyataan mengelirukan mengenai isu air termasuk kedudukan paras takungan di empangan.
Kenyataan mengelirukan dan tidak benar ini seolah-olah memperlekehkan kerja keras kakitangan kerajaan yang selama ini bertungkus lumus untuk memastikan bekalan air mentah mencukupi.
Segala usaha yang dilakukan adalah bukti komitmen Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan penyusunan semula industri perkhidmatan air yang masih terbantut di samping meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
21 OKTOBER 2012
(Disertakan Kenyataan Akhbar LUAS Tentang Peningkatan Kapasiti Empangan Sg. Selangor pada 21 Okt 2012 dan gambar empangan selangor)
PENINGKATAN KAPASITI TAKUNGAN EMPANGAN SUNGAI SELANGOR
Empangan Sungai Selangor yang terletak di Kuala Kubu Bharu, di dalam Daerah Hulu Selangor adalah sebuah empangan kawalan (regulating dam) yang mampu menampung kapasiti air sebanyak 235 juta meter padu. Kadar pelepasan air dari empangan akan bertambah sekiranya aliran air sungai berkurangan. Empangan ini membekalkan air untuk dirawat di tiga (3) loji pembersihan air (LPA) iaitu; LPA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), LPA Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan LPA Bukit Badong (SSP3). Empangan Sungai Selangor menyumbangkan 60% bekalan air di sekitar Lembah Klang.
Pada 11 Oktober 2012, kapasiti empangan tersebut menyusut sehingga ke tahap 52.02% iaitu sebanyak 119.65 juta meter padu. Ini adalah keadaan operasi biasa empangan pada musim kering (Monsun Barat Daya) iaitu pada bulan Mei sehingga September, dimana air di empangan akan dilepaskan untuk memenuhi permintaan LPA.
Takungan Empangan Sungai Selangor mula menunjukkan peningkatan pada 12 Oktober 2012 kepada tahap 52.20% iaitu sebanyak 120.06 juta meter padu. Jumlah tersebut terus meningkat seperti yang ditunjukkan di dalam Graf 1. Sehingga 21 Oktober 2012, takungan empangan tersebut telah meningkat kepada 55.43% iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu.
Baki aliran (residual flow) di Baraj Bestari Jaya juga meningkat. Bacaan awal pada 11 Oktober 2012 adalah sebanyak 5416 juta liter sehari (JLH). Bacaan pada 12 Oktober 2012 adalah 3429JLH. Manakala bacaan pada 21 Oktober 2012 adalah 3607 JLH. Bacaan tertinggi yang direkodkan adalah sebanyak 15513 JLH pada 19 Oktober 2012. Bacaan harian baki aliran ini adalah tinggi berbanding dengan jumlah minima keperluan aliran sebanyak 300 JLH.
Selain itu, pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor mula dikurangkan oleh kerana air sungai mencukupi untuk keperluan terutamanya LPA. Pelepasan air dari empangan pada 11 Oktober 2012 adalah sebanyak 521.3 juta meter padu dan mula dikurangkan kepada 317.73 juta meter padu pada 12 Oktober 2012. Pelepasan pada 21 Oktober 2012 dikurangkan kepada 126.856 juta meter padu seperti ditunjukkan di dalam Graf 2. Keadaan ini adalah masa yang paling sesuai untuk meningkatkan kapasiti takungan empangan selain kuantiti hujan yang turun di dalam kawasan tadahan empangan. Setakat ini, semua loji di Sungai Selangor beroperasi seperti biasa untuk memenuhi keperluan bekalan air bersih.
Kuantiti takungan Empangan Sungai Selangor dijangkakan akan terus meningkat memandangkan kawasan tadahan empangan sudah mula menerima hujan dan perubahan musim kering kepada musim hujan (Monsun Timur Laut) yang bermula dari bulan November sehingga Mac. Berdasarkan maklumat taburan hujan oleh pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), jumlah hujan yang akan diterima di Semenanjung Malaysia akan meningkat kepada 210 hingga 410 milimeter bermula pada bulan Oktober. Jumlah hujan sehingga 21 Oktober 2012 ialah 157.88 milimeter. Berdasarkan arah aliran tahunan dan data sejarah hujan jangka panjang 30 tahun, takungan Empangan Sungai Selangor dijangka akan kembali penuh (100%) sebelum Mei 2013. Graf 3 menunjukkan arah aliran tahunan tersebut.
Walau bagaimanapun, LUAS sentiasa memastikan sumber air mencukupi. Pemantauan akan terus dilakukan. Dalam masa yang sama, LUAS akan bekerjasama dengan JMM untuk melaksanakan pembenihan awan bagi meningkatkan lagi kadar hujan sekiranya jumlah hujan berada pada tahap purata. Pembenihan ini akan dilaksanakan di kawasan tadahan Empangan Sungai Selangor sekiranya simpanan empangan tersebut mencapai tahap 45%, iaitu 103.50 juta meter padu.
Haji Md. Khairi Bin Selamat,
Pengarah,
Lembaga Urus Air Selangor.
Gambar-gambar empangan Selangor:
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (4) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment