baguslah lah shredder ni cepat je dia hidu bila kena pada bukan org kita tapi apa yang disampaikan tu fakta ke tuggu lapuran lain kok ada yang lebih mudah untuk di fahami
From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
To: jarum_emas@yahoogroups.com; chainz_of_frenz@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; MalaysiaNews@yahoogroups.com; pakbelang@yahoogroups.com; Idaman_Group@yahoogroups.co.uk; SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 25 October 2012 12:07 AM
Subject: RG2011... NGO Pula Desak Ahmad Letak Jawatan Dalam Isu Lembah Sireh
Isnin, 22 Oktober 2012 06:58
KOTA BHARU – Tanpa rasa bersalah dan malu dengan kegagalan sendiri, pemimpin Pas masih lagi berada dalam exco kerajaan negeri setelah mereka gagal dalam projek di Lembah Sireh.
Kalau di Amerika Syarikat dan Indonesia, pemimpin yang gagal itu akan meletakkan jawatan segera jika mereka dituduh mempunyai skandal.
Malah pemimpin Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,disebabkan pembangkang kaitkan diri beliau dengan suaminya dalam isu Pusat Fidlot Negara.
Bagaimanapun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati Shahrizat tidak terlibat dalam isu penggunaan tabung RM 250 juta itu, namun beliau masih mengundur diri.
Berbeza dengan Pas, isu Lembah Sireh sudah lebih dua tahun dilaungkan rakyat namun pemimpin Pas, yang kononnya perjuangkan Islam, dengan muka tak malu terus kekal dalam kerajaan negeri.
Juster, Pertubuhan badan bukan kerajaan, Orang Muda Anti Korupsi (OMBAK) menggesa Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan, Datuk Ahmad Yakub melepaskan jawatan beliau berikutan kegagalan kerajaan negeri dalam mengurus tadbir projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan yang turut membabitkan kawasan Lembah Sireh dan projek Ladang Rakyat seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Audit Negara 2011.
Presidennya, Wan Khairul Ihsan Wan Abdul Aziz berkata, Ahmad perlu berbuat demikian memandangkan kerajaan negeri mengalami kerugian besar ekoran kegagalan projek tersebut yang hanya menguntungkan pihak pemaju yang didakwa dimiliki oleh syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd.
Katanya, pendedahan yang dibuat OMBAK pada 6 Febuarai lalu berkaitan kegagalan Liziz Standaco Sdn Bhd yang masih tidak melangsaikan komponen projek yang telah dijanjikan dalam baki kontrak tiga tahun yang bernilai RM389.09 juta.
"Persoalannya ialah siapa pemilik syarikat ini sehingga mendapat kelebihan sedemikian.
"Sedangkan TMB boleh memberikan tekanan kepada syarikat terbabit untuk menagih jumlah kos tersebut yang mana pada masa yang sama beliau telah mempengerusikan mesyuarat PTSK 1/2002 dan membenarkan pindah milik tanah kepada syarikat itu sebanyak 1000 ekar," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahmad pada sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2013 Kelantan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan, Rabu lalu.
dalam kenyataannya mengakui kerajaan Pas Kelantan sedar projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan tidak menepati masa pelaksanaan dan tidak memberi pulangan sebagaimana yang dirancangkan sehingga menyebabkan ia mendapat teguran di dalam Laporan Audit Negara 2011.
Ahmad dilaporkan berkata, kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk mengadakan perbincangan dengan syarikat swasta yang melaksanakan projek itu dan satu tambahan perjanjian dengan syarikat swasta tersebut akan diadakan.
"Beberapa item baru sedang dikemas kini dan dibuat kajian secara terperinci supaya langkah-langkah selamat dan betul dapat diambil," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2013 Kelantan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kota Darulnaim di sini.
Isu pelaksanaan projek bernilai kira-kira RM2 bilion itu yang tidak memuaskan turut dipersoalkan oleh anggota pembangkang DUN itu termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dan Datuk Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubor).
Mereka mempertikaikan sumbangan yang dijanjikan syarikat swasta terbabit yang belum dilaksanakan antaranya pembinaan jambatan kedua merentangi Sungai Kelantan dari Kampung Cina di sini ke Palekbang, Tumpat.
Mengenai projek ladang rakyat yang juga ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 dan turut dipertikaikan oleh anggota pembangkang DUN itu, Ahmad berkata projek tersebut akan diteruskan kerana kerajaan negeri yakin ia mampu memberi pulangan hasil yang baik kepada peserta.
Sementara itu, Wan Khairul Ihsan berkata, tindakan itu membolehkan syarikat terbabit mencagarkan tanah tersebut kepada mana-mana bank dan sekiranya ia gagal dilunaskan kerajaan negeri akan berdepan dengan risiko besar kerana ia membabitkan tanah rakyat.
Sehubungan itu beliau berkata, adalah wajar jika Ahmad melepaskan jawatannya berikutan kegagalan beberapa projek di bawah seliaannya.
Untuk rekod, dalam pembangunan projek Lembah Sireh, kerajaan negeri mengalami kerugian sebanyak RM389.09 juta ekoran syarikat berkenaan tidak menunaikan komponen projek yang telah dijanjikan dan RM318.29 juta membabitkan harga tanah semasa kerana ia dipindah milik kepada syarikat terbabit.
Selain itu, kerajaan negeri juga turut kerugian RM4.07 juta daripada bayaran yang diberikan kerajaan pusat kepada syarikat yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan negeri sekiranya tanah tersebut tidak dipindah milik.
Justeru kelemahan kerajaan negeri itu, syarikat terbabit mendapat keuntungan sebanyak RM711.45 juta hasil serahan pemilikan tanah kerajaan negeri berjumlah 716.8 ekar serta mendapat tanah secara percuma berharga RM318.29 juta di samping kegagalan melunaskan komponen projek yang telah dijanjikan berjumlah RM 389.09 juta.
Syarikat berkenaan juga turut mengaut keuntungan dari perolehan sewaan dan jualan 142 unit rumah kedai tiga tingkat serta bangunan hypermarket TESCO yang berjumlah lebih RM300 juta.
Jumlah keuntungan syarikat sehingga kini melebihi perbelanjaan kerajaan negeri Kelantan selama dua tahun mengikut pembentangan bajet tahunan setiap tahun yang dianggarkan sekitar RM500 juta setahun.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (3) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment