As Salam Semua,
Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Qurban perdana 2012 dari kami di Wargakilang. InsyaAllah di tahun hadapan kita dapat lagi berganding bahu bersama2 lagi.
Amanah tuan puan semua telah kami laksanakan sedaya upaya kami selama 3 hari berturut2 bagi menyampaikan hajat tuan puan semua.
Kami di wargakilang memohon maaf andaikata ada sebarang kesulitan dan kelemahan semasa Program Qurban Perdana 2012 berlangsung.
Dibawah , seperti biasa nukilan dari penulis tetap wargakilang Monier Mat din untuk tatapan semua sahabat2.
InsyaAllah mudah2an diberkati hendaknya
Wasalam
Shukri
NGO Wargakilang.
Jln-Jln Masuk Kg: Korban 2012
Alhamdulillah, masuk hari raya ke-3 lengkaplah sudah majlis ibadah korban yang diamanahkan oleh rakan-rakan kami di Wargakilang untuk kami laksanakan, termasuklah meng-agih agihkan daging korban tersebut kepada penerima di kg-kg di pedalaman seperti yang diharapkan.
Tidak seperti di tahun yang lepas di mana sembelihan korban dilakukan di satu tempat sahaja, dan dagingnya diagih2kan merata kawasan, kali ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai penerima, kami adakan majlis korban tersebut di beberapa kawasan yang berbeda, antaranya ialah di daerah Sik, daerah Baling, daerah Kuala Muda dan juga Kulim Kedah serta di Batu Kurau Perak.
Bukanlah jumlah lembu tersebut yang jadi ukuran kerana yang pentingnya seperti titah Raja Muda Perak, Duli YTM Raja Dr Nazrin Shah adalah keikhlasan.
Di sini kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas kepercayaan yang diberikan oleh rakan-rakan untuk menyempurnakan ibadah korban tersebut bagi pihak mereka. Kami lihat tahun ini ramai yang pertama kali bersama kami, dan ramai juga yang pertama kali mai buat korban di kg-kg di pedalaman ini.
(Seorang sahabat dari Penang, berbaju biru pertama kali mengikuti majlis Korban bersama Wargakilang sedang meniatkan lembu sumbangan beliau sekeluarga di Pondok Bandar Hilir, Sik Kedah pada hari raya ke-2, sambil diperhatikan oleh sdra Wahab, berdiri berbaju oren selaku Pengerusi Korban Wargakilang)
Walaupun kami merasakan Ibadah Korban ini kalau dibuat di mana-mana pun insyaallah sama sahaja nilainya di sisi Allah SWT, tidak kiralah di Malaysia ke di Kemboja, di Palestini atau di mana-mana sekalipun, namun kami merasa amat terharu apabila sahabat dari Penang ini menyatakan rasa sukacitanya dapat menyempurnakan ibadah Korban beliau sekeluarga bersama kami di kawasan pedalaman ini apabila melihat sendiri orang-orang kampung berebut-rebut datang untuk mendapatkan daging korban berkenaan. Insyaallah tahun hadapan beliau akan ke sini lagi.

(Seorang Pakcik OKU, kaki tempang dan jalan terhincut-hincut gembira tak sangga dapat daging Korban 1kg. Sekilo RM20 bukannya sedikit buat org-org kampung seperti beliau)
Pada hari raya yang ke-3 kami ke Kg Kechewa di Batu Kurau, Perak menyaksikan Ibadah Korban yang diamanahkan kepada sahabat kami di sana.

(Bersama-sama dgn org-org kampung cuba menumbangkan lembu untuk dikorbankan)
(Sdra Shukri EES, berbaju oren, Timbalan YDP Wargakilang turut sama menghiris daging bersama-sama orang kampung)
(Ini yang menariknya di kg-kg pedalaman, basuh perut/usus di caruk sungai)
Di sini saya ingin kongsikan beberapa kisah perjalanan kami masuk ke kg-kg di sekitar Batu Kurau dan Selama, Perak meng-agihkan daging korban kpd kumpulan yg kami namakan sebagai golongan ke-3 yang Ustaz-Ustaz selalu sebut dlm kuliah berkaitan korban, iaitulah golongan fakir miskin.
Saya pertama kali sampai ke kawasan Batu Kurau dan Selama Perak, tak berapa kenai sangat org2 miskin kat kawasan ini tetapi Alhamdulillah perjalanan kami ini dipermudahkan dengan kerjasama 3 orang Ustaz Muda Adik Beradik dari sekolah/pondok sekitar. Kagum sungguh kami dengan depa 3 orang ini, sejuk perut ibu mereka mengandung mereka; bukan setakat jadi Ustaz mengajar agama kat sekolah/pondok/kuliah di masjid, tetapi sering mengorbankan masa mereka masuk ke kg-kg mengenal pasti dan membantu org2 miskin di situ. Moga ada lebih ramai lagi org-org mcm depa 3 beradik ini di luar sana.
Berikut adalah antara rumah-rumah yang kami sampaikan daging korban beserta beberapa kampit beras sumbangan rakan-rakan kami dari Wargakilang:

(Sumbangan beras dan daging korban untuk Kak Ya dan 3 orang anaknya di Batu Kurau Perak)
(Ibu Tunggal 7 orang anak, kematian suami sedang menerima beras dan daging korban)
(Ini bukan pondok dusun durian, ini adalah sebuah rumah orang di Batu Kurau Perak; tiada di rumah sewaktu kunjungan kami, daging dan beras kami amanahkan kpd jirannya untuk disampaikan)
(Ini pula sebuah rumah berdinding buluh di pinggir hutan. Ada sepasang suami isteri bersama 3 orang anak di dalamnya – di Selama, Perak)
Ada banyak lagi rumah yang kami kunjungi, tak mampu nak dimuatkan semua di ruang yang terhad ini. Bagi kami semua ini adalah satu tazkirah untuk kami agar terus beristiqamah membantu keluarga miskin yang memerlukan.
Pun begitu, yang paling meninggalkan kesan yang amat mendalam buat kami ialah tatkala kami singgah di sebuah rumah yang dihuni oleh enam orang anak-anak yatim piatu di Selama, Perak.

(Enam orang anak-anak kecil yang tinggal yatim piatu setelah ibu dan ayah mereka terkorban dalam kemalangan jalanraya – tinggal menumpang mengharapkan ehsan Nenek yg sedang dimamah usia dan bapa saudara yg pendapatannya tidak seberapa)
Sewaktu saya memberi sedikit kata-kata semangat kpd ayah saudara mereka ini, mengingatkan beliau betapa mulianya kerja menjaga anak-anak yatim piatu ini, dan insyallah Tuhan akan murahkan rezeki dan permudahkan urusan, dan nasihatkan beliau banyak bersabar walaupun beliau sendiri ada 6 orang anak lagi yang perlu ditanggung, jadi 12 orang semuanya. Dan kata saya, walaupun berat mata kami memandang tapi kami tahu tentunya lebih berat lagi bahu beliau yang memikulnya, saya lihat air mata beliau bergenang merah. Terus saya peluk beliau kiri dan kanan, tanpa disedari air mata saya sendiri berderai jatuh berguguran, terus saya beredar dari situ segan kat kawan-kawan.
Rupa-rupanya, bukan saya seorang sahaja yang emosi tetapi Hj Fendi, Satar, Faizal, Shukri, Din dan Aznee sendiri turut tersentuh hati, saya lihat sendiri lelaki-lelaki Wargakilang Berbaju Oren ini mengalir air mata mereka tidak tertahan. Sedih dan simpati yang sungguh-sungguh melihatkan wajah sayu anak-anak kecil ini. Moga Tuhan memberi ketabahan dan permudahkan urusan mereka enam beradik dan juga Nenek dan Bapa Saudaranya membesarkan mereka. Mudah-mudahan.
Untuk kami di Wargakilang, kami merasakan sengaja Tuhan mentakdirkan kami untuk berkunjung ke rumah orang-orang miskin dan juga rumah anak-anak yatim piatu ini; sebagai tazkirah buat kami semua untuk terus istiqamah melakukan kerja-kerja amal, menambahkan iltizam dan semangat kami untuk terus BERKOBAN masa dan tenaga kami bagi membantu insan-insan yg memerlukan.
Saya dengar orang alim cakap, KORBAN itu membawa makna menukarkan sesuatu yang baik kepada yang lebih baik. Misalnya kasih sayang Nabi Ibrahim SAW kpd anakandanya itu adalah sesuatu yang baik, tetapi Baginda BERKORBAN untuk menukarkannya kpd sesuatu yg lebih baik iaitu kasih sayang kepada Allah SWT.
Begitu juga dengan kita semua, MASA bersama anak isteri dan keluarga itu adalah sesuatu yang baik, tetapi tidak salahnya untuk kita BERKORBAN sedikit drpd masa kita yang berharga itu untuk melakukan kerja-kerja amal membantu org2 miskin dan anak2 yatim seperti ini, insyaallah ganjaranNya di Akhirat adalah sesuatu yang lebih baik yang kita tak mampu bandingkan dengan nilainya di dunia ini.
Sekian, moga kisah perjalanan kami di musim Korban ini mampu menjadi iktibar buat semua.
moniermatdin@yahoo.com
29.10.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook.com/wargakilang

No comments:
Post a Comment