Sunday, October 28, 2012

Re: RG2011... Fw: PRODUK SEJUK BEKU ADA DNA BABI....

 

kena ambil perhatian, rasanya apa apa dari thailand produk makanan mereka tidak halal untuk umat islam


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 25 October 2012 12:14 AM
Subject: RG2011... Fw: PRODUK SEJUK BEKU ADA DNA BABI....

 

 

PRODUK SEJUK BEKU ADA DNA BABI....

dmptapah.blogspot.

 Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) mengesahkan tujuh produk sejuk beku dipercayai dibawa masuk dari Thailand serta dijual di pasaran tempatan khususnya di wilayah utara mengandungi DNA babi.
Ia termasuk tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong, sepit ketam tiruan, bebola ikan berperisa, produk hasil laut dan jejari ikan jenama PFP keluaran Pacific Fish Processing Limited. Selain itu, kaki ketam tiruan jenama A-Roy Mark dikilangkan Smile Heart Food Company Limited (Smile Heart) turut disahkan mengandungi DNA babi.

Ia termasuk kes pertama membabitkan sosej pulut, disusuli tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong dan sepit ketam tiruan yang disahkan mengandungi DNA babi pada Ogos 2011," - Mohd Sokri Hussin, Pengarah JAIPs
Difahamkan, produk sejuk beku keluaran dua syarikat berpangkalan di Thailand itu dibawa masuk secara haram dari negara jiran berkenaan, kebanyakannya dibeli peruncit termasuk penjaja kecil sebelum dijual di pasaran tempatan terutama di pasar malam atau gerai tepi jalan.

Dapat sambutan

Produk terbabit dikatakan mendapat sambutan berikutan harganya jauh lebih murah berbanding yang mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam negeri.

Pengarah JAIPs, Mohd Sokri Hussin, berkata perkara itu terbongkar selepas pihak berkuasa di sempadan termasuk Jabatan Kesihatan Perlis merampas produk sejuk beku dibawa masuk secara haram sebelum mengambil sampel untuk diuji kandungannya.
"Sejak tahun lalu, kita mengesan empat kes membabitkan produk sejuk beku tidak halal dari Thailand dibawa masuk ke negara ini. Ia termasuk kes pertama membabitkan sosej pulut, disusuli tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong dan sepit ketam tiruan yang disahkan mengandungi DNA babi pada Ogos 2011.

Hebah menerusi khutbah

"Sementara itu, bebola ikan berperisa, produk hasil laut, jejari ikan filamen dan kaki ketam tiruan dikesan Mei dan September lalu. JAIPs sudah melakukan hebahan termasuk menerusi khutbah Jumaat di seluruh negeri selain menasihatkan umat Islam mengelak membeli produk sejuk beku dari Thailand tanpa sijil halal.

"Malah, kita turut menasihatkan peruncit termasuk peniaga pasar malam supaya tidak membeli produk sejuk beku Thailand yang tidak halal serta tiada kelulusan Kementerian Kesihatan kerana dibimbangi memudaratkan orang ramai selain menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini," katanya.

Lebih memeranjatkan, katanya, ada sebahagian produk sejuk beku yang dirampas itu turut memiliki logo halal dari Thailand yang dikhuatiri mengelirukan umat Islam di negara ini.
 


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment