Monday, October 29, 2012

Re: RG2011... Umno restui Soi Lek guris hati umat Islam

 

UMNO bagi peluang ker atau UMNO memang tak ada peluang..hehehe... takut nanti MCA pula keluar dari BN..hahahaa...

--- On Mon, 29/10/12, Mohammad zahid <mzahid.ag@gmail.com> wrote:

From: Mohammad zahid <mzahid.ag@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Umno restui Soi Lek guris hati umat Islam
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Monday, 29 October, 2012, 5:26 PM

 
UMNO beri peluang pada PAS.......... habis modal dah ke nak bercakap? .....
MCA cakap depan PM Najib lagi tu...... Hormat kat PM sebagai org Islam pun MCA tak buat.....
adakah kerana MCA memandang Najib itu UMNO dan UMNO itu bukan Islam? ..... 
MCA pandang PAS itu sahaja Islam ke? ...... macam pak wahab kata la... umno bagi kat PAS itu jawab....

2012/10/23 AbdulWahab Mydin <AbdulWahab.Mydin@seagate.com>
 
Salam kpd semua!
Umno beri peluang kpd Pas utk sebat MCA la tu!


2012/10/23 Judge <hairulndt@gmail.com>
 
Yang bagus  nya...Ibrahim Ali siap backing soi lek nie....itu hanya berlainan pendapat....ish...kalau DAP dah lama buat demo n bakar gambar lim guan eng nie....aparaa perkasa....takut pada MCA...siapa barua china MCA yea?

On Monday, October 22, 2012, Mat Rock wrote:
 
 
Harakahdaily, 22 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Persidangan Tahunan MCA pada 21 Oktober lalu menjawab persoalan kenapa mereka begitu agresif menentang dan memperlekehkan hukum Islam.
"Rupa-rupanya kerana beliau takut tewas dan menganggap bahawa PRU13 ialah perjuangan hidup mati MCA, segala tindak tanduk pemimpin MCA seperti binatang yang sedang meronta-ronta hendak menghembus nafas terakhir.
"Inilah satu cara untuk menarik sokongan orang Cina kepada BN. MCA sedar daripada 10 orang Cina yang ditemui, hendak mencari seorang yang menyokong BN sudah hampir tiada," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad kepada Harakahdaily.
Menurutnya, menjadi suatu yang pelik pula segala kenyataan yang mengguris perasaan umat Islam seolah-olah direstui oleh Umno sehingga Soi Lek mengatakan Datuk Ayub Rahmat Ahli Dewan Umno Johor hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud di persidangan Dewan Undangan Negeri, Umno masih tersenyum lebar seolah-olah Umno sudah hilang kejantanan.
Justeru, ujarnya cuba bayangkan jika ucapan itu dikeluarkan oleh pemimpin DAP sudah tentu laporan polis oleh Umno dan NGO serta siri-siri demonstrasi akan dibuat di seluruh negara.
Beliau berkata, MCA dengan agresif hina Islam demi kelangsungan politik MCA yang semakin lemas, manakala Umno semakin semput.

Katanya lagi, di antara kenyataan pemimpin Mca untuk menakutkan orang bukan Islam ialah Soi Lek marah kepada Cikgu Normala Sudirman di Tenang yang tidak mahu bersalam dengan orang lelaki.
"Marah kepada Kelantan kerana cuti Hari Raya Haji dua hari. Mengatakan negara Islam negara rasuah dan membawa kemunduran.
"Datuk Donard Lim Pengerusi Perhubungan MCA Selangor mengatakan, MCA akan pastikan negeri yang dimenangi oleh BN tidak akan laksanakan Islam," ujarnya lagi.
Idris menambah, Presiden MCA juga dengan lantang mengatakan dia berani melawan Umno untuk menentang hudud di dalam forum pada 18 Februari 2012.


Baginya, segala bentuk penghinaan dan serangan MCA direstui oleh Umno, sehingga mereka diam membisu.
Katanya, Umno sedar sebahagian besar orang Melayu tidak bersama Umno, manakala orang bukan Melayu menyokong Pakatan Rakyat.
Oleh itu, ujar beliau jalan keluar ialah MCA mesti menarik sokongan orang Cina supaya jangan mengundi DAP dan Pakatan Rakyat tetapi sebenarnya perhitungan Umno dan MCA itu silap.
"Orang bukan Islam lebih memahami Islam, dan lebih takut negara akan hancur akibat rasuah, pemborosan dan penyelewengan jika mandat diberikan kepada BN," katanya.
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (5)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment