"saya menggunakan minyak sintetik, kelebihannya adalah memang lebih menjimatkan penggunaan petrol dari biasa semasa saya menggunakan minyak yang murah.perbezaannya adalah sebanyak 30%. tambahan pula dengan menggunakan minyak sintetik power kereta saya meningkat."
Komen dan pendapat di atas ditulis oleh pembaca yang menggelarkan dirinya 'sky' dipetik dari posting "cerita kereta – 5".
Tujuan posting ini bukanlah untuk mempertikai pendapat orang lain khususnya encik 'sky' kerana admin bukan tau sangat tentang kereta. Apa yang admin kongsikan di blog ini hanyalah sekelumit pengetahuan dari pengalaman yang dikutip sejak mula belajar membuat sendiri servis pada tahun 1976.
Kereta terpakai Toyota Corolla KE20 yang pertama admin beli hanya sekali pernah dihantar ke kedai untuk menukar engine oil dan oil filter. Selepas itu admin buat sendiri…tukar spark plug, contact point, fan belt, alternator belt, buat tuning carburetor dan tappet. Malah admin pernah membarai sendiri starter yang selalu meragam. Ialah, engine compartment zaman dulu luas, dan mudahlah penggemar D.I.Y. buat kerja.
Bermula dari situ, minat untuk buat sendiri kerja yang termampu tak pernah padam. Malah dalam usia senja ini pun minat itu masih membara.
Berbalik kepada komen encik 'sky' tentang kelebihan minyak sintetik sehingga boleh menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 30%, sukar pula admin nak terima.
Penggunaan dan penjimatan minyak sebenarnya adalah subjektif. Kalau benarlah minyak sintetik boleh menjimatkan penggunaan bahan bakar sehingga 30%, sudah lama pembuat minyak mineral tutup kedai.
Sejujurnya dikatakan, admin tak percaya kerana berapa ramai pemilik kenderaan yang tau untuk mengira dengan betul petrol consumption. Admin selalu mendengar orang bercerita cara mengira penggunaan minyak "Dari KL ke Seremban, tangki setengah tinggal suku.…."
Itu bukan kiraan tapi hanyalah anggaran. Kalau nak tau bagaimana mengira penggunaan minyak petrol yang betul, buatlah seperti berikut:
1. Kosongkan (reset) trip meter di dashboard
2. Penuhkan tangki minyak. Caranya: Bila kepala pam menendang, jangan terus hentikan pengisian tapi goyang dulu kereta untuk melepaskan udara yang terperangkap dalam tangki. Ulang beberapa kali sehingga tidak ada lagi udara yang terperangkap. Setelah paras minyak sampai ke bibir muncung tangki (brim) barulah hentikan pengisian.
3. Pandulah kereta untuk beberapa ratus kilometer, dan bila tangki hampir kosong, penuhkan balik dengan melakukan seperti di atas.
4. Ambil bacaan dan reset balik trip meter.
5. Kira penggunaan minyak.
Contoh: Jarak pemanduan 420 kilometer dan kegunaan minyak ialah RM71.40.
Untuk mengetahui purata penggunaan minyak bagi setiap kilometer, gunakan kiraan seperti di bawah:
71.40 dibahagi dengan 420 = 17 sen untuk 1 kilometer
Untuk mengira berapa kilometer kereta anda boleh pergi bagi setiap liter petrol, gunakan kiraan ini:
RM71.40 dibahagi dengan RM1.90 (harga petrol seliter) = 37.58 liter
420 kilometer dibahagi dengan 37.58 liter = 11.17 kilometer. Ini bermakna, setiap liter petrol, kereta anda boleh pergi sejauh 11.17 kilometer.
KONKLUSI: Setelah membuat kiraan seperti di atas untuk beberapa kali pengisian dengan menggunakan Mineral Engine Oil dan Synthetic Oil, barulah boleh bercerita tentang peratusan penjimatan. Tapi kalau setakat "Dulu masa guna minyak mineral, dari KL ke Seremban aku guna RM30 petrol, tapi selepas bertukar kepada minyak sintetik aku guna RM20 saja…dan jimat 30%…" Go and tell that to the Marines.
Komen encik 'sky' seterusnya:
"…jika menggunakan minyak sintetik, jarak minimum perlu service adalah 15k km. jika menggunakan minyak biasa, anda perlu service pada 5k km. 3 kali anda service menggunakan minyak murah, saya baru sekali dan harga yang anda gunakan adalah hampir sama seperti yg saya bayar pada minyak sintetik."
Jawapan Admin:
Kalau hanya bergantung kepada nasihat pusat servis, memanglah mereka mencadangkan penukaran setiap 5,000 kilometer. Tapi kalau pemilik kenderaan rajin membaca dan faham isi kandungan buku panduan Owner's Manual, tentu mereka tahu jenis minyak dan jarak servis yang disyorkan pembuat kereta.
Sejak mula memiliki kereta lebih 36 tahun yang lalu, admin tak pernah overhaul injin kerana minyak injin tak pernah susut. Ini bermakna, piston dan piston ring sentiasa dalam keadaan baik walaupun hanya menggunakan minyak mineral dan menukarnya setiap 10,000 kilometer.
Ford Escort 10 tahun – 1978 hingga 1988
Honda Civic 29 tahun – 1981 hingga 2009
Toyota Liteace 8 tahun – 1988 hingga 1996
Toyota Premio 16 tahun – 1996 hingga sekarang
Hyundai Matrix 7 tahun – 2005 hingga sekarang
Apa pun, terpulang kepada pemilik kereta untuk memilih jenis minyak injin – mineral atau sintetik. Kalau kereta digunakan hanya untuk commuting (pergi kerja, bersiar-siar hujung minggu atau balik kampung) maka tidak ada kelebihan ketara yang boleh diberikan oleh minyak sintetik. Tapi kalau kereta digunakan untuk berlumba atau bawa dengan cara 'gila-gila', atau sebagai kereta tunda, mungkin minyak sintetik ada kelebihannya.
Sila baca dan fahamkan laporan dari ujian yang dilakukan secara sistematik yang admin copy & paste di bawah ini.
Synthetics offer several benefits over conventional petroleum oil. With superior thermal stability, the oil holds up better in extreme temperatures. It better resists thickening at very low temperatures, providing improved flow and lubrication and less internal resistance during winter startups. Plus, under high heat conditions, such as those created by high-load summer driving, extended towing, or turbocharger use, synthetic oil will hold up better, resisting breakdown or shearing, which can degrade the lubricity of conventional oils
Despite the improved and longer-lasting lubricity of synthetics, all engines continue to build up pollutants in the oil, such as water, fuel, dirt, acids, worn metal particles, and other combustion byproducts. Also, important additives in the oil-formulated to protect the engine internals from such things as corrosion and sludge buildup-will break down over time and need replenishment. The key is that even petroleum oil isn't changed primarily because it's losing its lubricating ability; it's changed to rid the engine of pollutants and replenish additives
So, should you use a synthetic oil?
Despite the wider performance envelope, most owners don't operate their vehicles in conditions that will take advantage of this. In fact, we recently ran a casual test between a petroleum and synthetic oil, running each in a vehicle used only for a regular commuting routine. Each oil was run for 3000 miles, after which we had samples of each analyzed by a lab. There was virtually no difference in engine wear between the two samples. Admittedly, this anecdotal test is not conclusive, but it does illustrate the fact that conventional oils are usually more than enough to handle normal driving conditions.
On the other hand, owners who tend to run their engines in extreme condition – such as very cold or hot temperatures or for extended towing-or tend to let oil changes stray beyond the recommended intervals, would probably benefit more from a synthetic or synthetic blend. A simple way of looking at it is that synthetics and, to a lesser extent, blends provide extra insurance against engine abuse. How much is that worth to you?
=========================
In July 1996, Consumer Reports published the results of a two-year motor oil test involving a fleet of 75 New York taxi cabs and found no noticeable advantage of synthetic oil over regular mineral oil. In their article, they noted that "Big-city cabs don't see many cold start-ups or long periods of high-speed driving in extreme heat. But our test results relate to the most common type of severe service – stop-and-go city driving." According to their study, synthetic oil is "worth considering for extreme driving conditions: high ambient temperatures and high engine load, or very cold temperatures."
Here's a quote from Volvo:
"Synthetic oils do not allow further extension of oil drain intervals. It is the contamination rate, i.e., soot, and the depletion of additives, rather than base oil quality that determines the useful engine oil life and therefore the oil change intervals."
NOTA KAKI:
Setelah membaca dan memahami laporan di atas, bolehkah minyak sintetik memberi penjimatan bahan bakar sehingga 30%, atau wajarkah minyak injin digunakan sejauh 15,000 kilometer sebelum ditukar?
Tepuk dada tanya selera.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment