PAS KECAM KEKEJAMAN KUDETA MESIR
bloglist-malaysia.blogspot
jasindaily.blogspot.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengecam dengan sekeras-kerasnya keputusan sebuah mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli-ahli Ikhwanul Muslimin termasuklah terhadap Mursyid Am Ikhwan Dr Mohammad Badie atas pelbagai tuduhan yang di reka cipta. Ini dilihat sebagai salah satu tindakan mendadak secara keras ke atas pergerakan Ikhwanul Muslimin.
Kes ini melibatkan perbicaraan paling pantas dalam sejarah kehakiman moden dengan skala tertuduh sebegitu ramai bagi pertuduhan bunuh. Apa yang berlaku menunjukkan tatacara perbicaraan mahkamah dan peraturan undang-undang tidak dipatuhi.Kami menggesa agar demokrasi dan keamanan dipulihkan dengan menarik balik pengharaman Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi politik yang telah mendokong dan menyertai piliharanya dalam sistem demokrasi di Mesir.
Kami menggesa badan kerjasama antarabangsa seperti PBB, Liga Arab dan OIC mencontohi tindakan Afrika yang menggantung keahlian Mesir sebagai anggota kesatuan Afrika kerana menceroboh demokrasi dan secara jelas membunuh rakyatnya sendiri.
PAS mengutuk perancangan terlaknat ini. Walaupun berlainan geografi, namun kita tetap bersolidariti dengan saudara-saudara seangkatan kita di Mesir. Inilah realiti cabaran kita, gerakan Islam akhirnya pasti menjadi sasaran utama golongan pengkhianat.
Insiden ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya boleh berkembang menjadi krisis yang lebih besar dan berterusan termasuk ke peringkat antarabangsa kerana Terusan Suez di Mesir merupakan antara laluan utama perkapalan dunia. Jika krisis dalaman yang boleh mengganggu perjalanan kapal sudah tentu keperluan utama seperti makanan dan minyak akan tersekat dan memberikan impak terhdap pasaran dunia.
Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
25 Mac 2014
Disaat Dunia Bersedih Kehilangan MH370, 528 Pengikut Morsi Dijatuhi Hukuman Mati Di Mesir
bloglist-malaysia.blogspot
Mohammed Badie antara individu dijatuhi hukuman mati.
KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir menjatuhi hukum mati terhadap 528 penyokong Presiden digulingkan Mohammed Mursi selepas disabit kesalahan membunuh anggota polis dan melakukan serangan terhadap penduduk dan harta benda awam.
Mereka adalah sebahagian daripada 1,200 penyokong Mursi termasuk pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin.
Jurucakap Ikhwanul berpangkalan di London, Abdullah el-Haddad berkata, hukuman terbabit menunjukkan Mesir kini melaksanakan pemerintahan diktator.
"Hukuman ini mungkin mungkin hanya mesej ancaman dan keputusan mahkamah akan berubah selepas rayuan dibuat. Namun, ini adalah cara 'Mesir baharu' memerintah selepas rampasan kuasa dipimpin Menteri Pertahanan Abdul Fattah al-Sisi," katanya.
Menurutnya, Mursyidul Am Ikhwanul, Mohammed Badie antara disabit kesalahan, laporan dipetik dari Al Arabiya.

__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment