Sunday, March 23, 2014

RG2011... MH370-Bawa 3-4 Tan Manggis

 

Australia mahu senarai kargo MH370

Inline image 1

 771  0  0
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah meminta dari Malaysia Airlines senarai kargo pesawat MH370 yang hilang untuk membantu operasi mencarinya.

"AMSA berkata ia telah meminta senarai kargo M370 daripada Malaysia Airlines," lapor BBC.

Permintaan itu dibuat ketika operasi mencari di Lautan Hindi mula mengesan objek-objek sejak semalam tetapi tidak pasti sama ada ia ada kaitan dengan pesawat malang itu.

AMSA hari ini mengumumkan mereka ternampak apa yang kelihatan seperti palet kayu kargo dengan tali pinggang yang berlainan warna kira-kira 2,500 km di barat daya Perth tetapi belum mendapat pengesahan dari dekat objek tersebut.

Ketua Bahagian Respons Kecemasan agensi tersebut, John Young (kiri) memberitahu satu sidang media hari ini bahawa ia mungkin dari bahagian kapal terbang tetapi kemungkinan juga datangnya dari kapal.

Palet biasanya digunakan sebagai sokongan untuk pengangkutan barangan dalam kargo.

Senarai itu dijangka memberikan operasi mencari itu idea yang lebih baik dalam mengenalpasti objek yang mereka temui di Lautan Hindi jika ia sememangnya dari kargo MH370.
 
Pihak berkuasa Malaysia setakat enggan mengumumkan senarai penuh kargo, dengan menegaskan bahawa dokumen itu berada dengan pihak polis yang sedang menjalankan siasatan punca kehilangan pesawat tersebut.
 
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya mendedahkan pada 18 Mac bahawa pesawat itu membawa "tiga hingga empat tan" buah manggis.
 
Empat hari selepas itu, beliau juga mengesahkan laporan akhbar bahawa pesawat itu membawa bateri lithum-ion kecil tetapi menegaskan ia mematuhi peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment