10:00PM - 24 Mar 2014
Sah: Pesawat hilang di Lautan Hindi
3513 6 1
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, bukti-bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia.
"Tempat ini lokasi terpencil, jauh daripada tapak pendaratan yang mungkin," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi.
Maklumat lanjut akan diumumkan dalam sidang media esok.
Katanya, Malaysia Airlines (MAS) sudah memberitahu perkara itu kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu.
"Beberapa minggu yang lepas sungguh meremukkan hati mereka. Saya tahu berita itu tentu sukar diterima.
"Saya gesa media menghormati privasi mereka dan memberikan mereka ruang yang diperlukan pada masa sukar ini," katanya lagi.
Petang tadi, Najib berkata, dua objek berkaitan pencarian MH370 di Lautan Hindi akan diambil dalam tempoh beberapa jam lagi.
Menulis di Twitter, beliau berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahunya perkara itu melalui panggilan telefon kepadanya sebentar tadi.
Salah satu daripadanya dikatakan berwarna hijau atau kelabu dan berbentuk bulat manakala satu lagi jingga dan berbentuk segi empat tepat.
10:36PM - 24 Mar 2014
Indeks akhbar jatuh bukan sebab k'jaan
383 0 0
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek gusar dengan kejatuhan dua anak tangga ke tempat 147 dalam indeks kebebasan akhbar berbanding tahun lalu seperti yang diumumkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), Paris, Februari lalu.
"(Indeks kebebasan akhbar) kita merosot. Saya bimbang, (jatuh) daripada 145 kepada 147. Macam mana, kita sudah terbuka dah. Misalnya dulu kena permit akhbar setiap tahun sekarang tak ada lagi.
"Secara automatik permit itu diluluskan kecuali yang didapati melanggar peraturan. Tak ada lagi semestinya memperbaharui permit setiap tahun pada akhbar berkenaan.
"Ini antara perkara yang dianggap progresif (yang dibuat), tetapi ranking kita jatuh," katanya ketika menjawab ke atas perbahasan titah diraja bagi kementeriannya hari ini.
Sebelum ini, RSF mengumumkan Malaysia kini berada di kedudukan 147 daripada 180 negara dan kedudukan itu meletakkannya bawah negara lain yang kurang membangun seperti Bangladesh (146), Myanmar (145) dan Cambodia (144).
Sehubungan itu, dalam ucapannya juga, Ahmad Shabery turut menepis tanggapan umum bahawa kerajaan adalah musuh kepada kebebasan akhbar dengan menegaskan ia "tidak semestinya betul".
Ini kerana, katanya, terdapat negara yang tidak mengenakan permit seperti Filipina dan Indonesia tetapi kedudukan dua negara itu berada bawah atau "tidaklah tinggi" daripada Malaysia.
Sebaliknya, kata Ahmad Shabery, kebebasan akhbar itu tidak hanya dilihat berkaitan dengan permit sahaja, tetapi melibatkan suasana kerja, keyakinan, rasa bebas atau tidak seorang pemberita dalam membuat liputan.
Malah, katanya tindakan parti politik yang tidak membenarkanUtusan Malaysia dan TV3 membuat liputan sidang media parti dan usaha campur tangan untuk menukar tajuk utama akhbar Sin Chew Jit Poh pada bulan lalu antara penyumbang ke arah kejatuhan indeks itu.
"Misalnya di negeri itu, sekejap, sekejap kena saman, sekejap kena saman. You ask, I saman. Sikit-sikit nak saman," katanya.
"Itu pun tak kena mengena dengan kerajaan... Ini belum ada kuasa."
6:41PM - 24 Mar 2014
2 objek akan diambil tak lama lagi
494 2 0
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, dua objek berkaitan pencarian MH370 di Lautan Hindi akan diambil dalam tempoh beberapa jam lagi.
Menulis di Twitter, beliau berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahunya perkara itu melalui panggilan telefon kepadanya sebentar tadi.
Dalam tweet sebelum itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dan pesawat Tentera Orion Udara Diraja Australia (RAAF) menemui dua objek itu berdekatan kawasan carian.
Ia juga menyatakan bahawa kapal HMAS Success sedang mendapat dan mengenal pasti objek itu.
Salah satu daripadanya dikatakan berwarna hijau atau kelabu dan berbentuk bulat manakala satu lagi jingga dan berbentuk segi empat tepat.
Dalam taklimat media hari ini, pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, HMS Success dijangka mampu mendapatkan objek itu dalam tempoh beberapa jam atau paling lambat esok.
6:36PM - 24 Mar 2014
MAS pertahan kelayakan Fariq
438 2 0
Malaysia Airlines mengakui bahwa pembantu juruterbang pesawat MH370 Fariq Abdul Hamid masih baru dalam tugasan di kokpit pesawat Boeng 777, namun mempertahankan kelayakan pemuda berusia 27 tahun itu.
Ketua pegawai eksekutif MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahaya berkata, Fariq telahpun membuat lima penerbangan sebelum ini dengan pesawat berkenaan dengan pengawasan seorang lagi pembantu juruterbang.
Katanya, Fariq telahpun lulus lima penerbangan tersebut, dalam program latihan MAS yang ketat.
"Tentang pembantu juruterbang itu, beliau sebenarnya masih baru dengan (Boeing 777)," katanya yang menambah Fariq sebelum ini ditugaskan di kumpulan kapal lain.
"Ia adalah penerbangannya yang keenam (dengan Boeing 777), beliau lulus lima penerbangan pertama dan kita tidak menemui sebarang masalah," katanya dalam sidang media petang ini.
6:21PM - 24 Mar 2014
MH370 bawa platform kayu, bateri 200kg
894 0 0
Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa pesawat MH370 membawa muatan bateri lithium ion dan juga platform kayu untuk muatan kargonya.
Ketua pengarah eksekutifnya Datuk Ahmad Jauhari Yahaya bagaimanapun menegaskan bahawa muatan bateri sebanyak 200kg itu dibungkus mengikut piawaian keselematan yang ditetapkan.
Beliau juga berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sekiranya platform kayu tersebut merupakan objek sama yang ditemui pasukan penyelamat di kawasan operasi di Lautan Hindi.
Kargo bateri tersebut menjadi tumpuan sebelum ini ekoran kebimbangan bahawa bateri lithium ion mudah terbakar.
Selain itu, pesawat itu juga membawa produk elektronik dan radio, kata Ahmad Jauhari.
Tambahnya, pasukan penyelamat Australia yang mengetuai operasi di selatan Lautan Hindi perlu memohon kepada pasukan Malaysia untuk mendapatkan senarai kargo tersebut.
Turut memberi kenyataan dalam taklimat hari ini ialah pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berkata polis menemubual lebih 100 orang termasuk anggota keluarga juruterbang dan pembantunya.
Tambahnya, pasukan teknikal kini sedang mempertimbangkan untuk mendedahkan transkrip perbualan di antara kokpit dan menara kawalan.
6:18PM - 24 Mar 2014
MH370 jejaskan jumlah pelancong dari China
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengakui insiden kehilangan pesawat MH370 "sedikit sebanyak" menjejaskan kedatangan pelancongan asing khususnya daripada China ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia tahun ini.
Bercakap sewaktu menjawab ke atas perbahasan titah diraja bagi kementeriannya, Nazri (BN-Padang Rengas) bagaimanapun tidak memberikan sebarang statistik mengenai perkara itu.
Sehubungan itu, Nazri (kiri) berkata selagi misteri pesawat hilang itu masih belum terjawab, pihak kementerian tidak bercadang mengadakan siri jelajah mempromosi program itu ke China demi menjaga sensitiviti keluarga penumpang yang terlibat.
"Pada waktu ini, bagi Kementerian buat seketika ini sehinggalah kita akan mendapat mengetahui tentang di mana MH370 ini, sehingga itu, saya mengambil keputusan tidak mengadakan apa-apa program jelajah terutama di negara China memandangkan perkara ini amat sensitif.
"Selagi MH370 kita tidak dapat tahu apakah akhir ceritanya, maka selagi itu sukar kia mengadakan rancangan untuk menarik pelancong dari sana.
"Kita perlu hormat. Kalau kita ada program jelajah, (bermakna) kita tidak ada perasaan sensitif keluarga penumpang yang ada di situ.
"Jadi setakat ini, kita tidak ada rancangan untuk memperhebatkan usaha untuk menarik pelancong khususnya negara China," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) berhubung langkah kerajaan memastikan sasaran 28 juta pelancong mencapai matlamat apatah lagi insiden MH370 dianggapnya boleh menjejaskan matlamat program itu.
3:59PM - 24 Mar 2014
Tiada murtad direkodkan dalam tempoh 10 tahun
142 7 0
Setakat ini tiada penganut Islam termasuk saudara baru yang keluar daripada Islam, tegas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Ini, katanya, berdasarkan rekod, tiada permohonan untuk keluar Islam dibuat di Mahkamah Syariah.
Dalam jawapan bertulisnya, Jamil bagaimanapun berkata terdapat permohonan menentukan status agama yang dipohon oleh individu berikutan kekeliruan pada sijil kelahiran, kad pengenalan atau sijil akuan memeluk Islam.
"Mahkamah Syariah akan menimbang permohonan tujuan menentu status agama dalam keadaan berlakunya kekeliruan semasa pendaftaran nama terutama di negeri Sabah dan Sarawak di mana nama mereka seperti nama orang beragama Islam tetapi mereka bukan beragama Islam," kata Jamil.
Jamil (BN-Jerai) berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) mengenai jumlah orang Muslim-Melayu yang keluar daripada Islam dalam tempoh 10 tahun lalu.
Bagi menjawab soalan Ko berhubung jumlah bukan Islam yang memeluk Islam, Jamil berkata maklumat yang tepat hendaklah dirujuk kepada jabatan agama atau majlis agama Islam negeri-negeri.
Beliau berkata pendaftaran masuk Islam berada bawah kuasa jabatan dan majlis itu, seperti yang termaktub dalam Senarai 2 Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.
"Dalam konteks ini, bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengikut rekod Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bilangan orang yang memeluk Islam bagi tempoh 2008-2012 adalah seramai 4,520 orang," kata Jamil.
3:11PM - 20 Mar 2014
'Sedikit peruntukan' pada PERKASA - JPM
16 0 0
Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyediakan "sedikit peruntukan" kepada NGO pendesak Melayu PERKASA bagi membantu badan tersebut mengadakan satu seminar berkaitan transformasi ekonomi antara kaum dan bangsa demi menuju perpaduan rakyat.
Dalam jawapan bertulisnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berkata peruntukan itu diberikan kepada program itu yang "dihadiri dan memberi manfaat" kepada 5,000 peserta.
"Jabatan Perdana Menteri tiada menyediakan peruntukan khusus kepada pertubuhan NGO iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa.
"Bagaimanapun, sedikit peruntukan disediakan untuk membantu badan tersebut mengadakan seminar Tranformasi Ekonomi Antara Kaum dan Bangsa Teras Sebagai Asas Perpaduan Rakyat," kata Shahidan tanpa tidak menyebut bila dan lokasi seminar itu diadakan.
Shahidan menjawab soalan Sim Tze Sin (PKR-Bayan Baru) yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kepada PERKASA oleh Majlis Keselamatan Negara dan Biro Tata Negara berdasarkan program dan aktiviti.
Dalam kenyataan balasnya Sim terkejut dengan pengesahan kerajaan BN yang telah memberikan peruntukan kepada pertubuhan yang dianggapnya sebagai "NGO ekstremis dan sayap Umno yang menjalankan segala kerja ekstremis demi Umno".
Cabar MCA masuk campur
Menurutnya lagi, tindakan memberi sumber kewangan itu bercanggah dengan 'slogan manis' 1Malaysia yang mahu menyatupadukan rakyat kepada NGO yang didakwa antaranya mengancam untuk membakar Bible dan ingin berdemonstrasi di depan gereja.
Ini sekali gus mencabar Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri) untuk menyatakan pendirian partinya berhubung tindakan kerajaan memberi peruntukan menyokong program PERKASA.
"Adakah MCA bersetuju dengan tindakan kerajaan? Jika tidak, apakah tindakan MCA seterusnya? Saya cabar MCA tidak masuk campur kabinet yang menyokong ekstrimis perkauman.
"Jawapan ini jelas menunjukkan bahawa MCA bersekongkol dengan NGO ekstrimis PERKASA," katanya.
Sim memberi contoh apa yang didakwanya sebagai "hipokrasi" MCA apabila beberapa pemimpin parti itu dan PERKASA bersama-sama dalam program tertentu.
Ini tambahnya, apabila calon BN Chew Mei Fun yang berceramah bersama ketua penerangan NGO Melayu itu.
Dalam sidang medianya juga, Sim menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap Shahidan yang tidak berterus terang menjawab jumlah peruntukan yang diberikan kepada PERKASA kerana ia boleh menimbulkan syak bahawa jumlah peruntukan itu "amat tinggi".
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment