Sunday, May 4, 2014

RG2011... Fw: Rakyat tak bantu kereta Proton ?

 



Rakyat tak bantu kereta Proton

bloglist-malaysia.blogspot.
pendapatanda.com
 

Pengerusi Proton baru-baru ini meluahkan rasa menyampahnya pada rakyat Malaysia. Katanya rakyat tak bantu support kereta Proton. Sebab itu mereka menghadapi kesukaran untuk meningkatkan hasil jualan kereta proton samada di dalam negara maupun di luar negara.

Jumlah jualan kereta proton menurun sedikit pada tahun 2013. Proton menguasai pasaran penjualan kereta sebanyak 21.2% daripada keseluruhan pasaran kenderaan di negara kita pada tahun 2013.

Jumlah tersebut mencatatkan penurunan berbanding tahun 2012 di mana Proton menguasai sebanyak 22.5% daripada keseluruhan pasaran kenderaan. Pada tahun 2011 pula Proton menguasai pasaran sebanyak 25.9% di negara kita.

Daripada data di atas nampaknya memang Proton sedang menghadapi aliran penurunan dari segi penguasaan pasaran sejak tahun 2011. Jumlah penjualan kereta proton semakin lama semakin kurang dan tidak mustahil jumlah penjualan kereta proton pada tahun 2014 ini akan turun lebih banyak lagi.

Betulkah rakyat tak bantu proton

Penurunan hasil jualan kereta proton samada di dalam dan juga di luar negara di lihat sebagai akibat daripada sikap rakyat yang tak support kereta nasional. Selain daripada itu, persaingan daripada kenderaan luar negara yang membanjiri negara juga dilihat sebagai satu lagi sebab penjualan kereta proton menurun.

Logiknya memang ada, kalau kerajaan membenarkan apa saja jenis kenderaan dari luar negara masuk ke negara kita, ia menjadi satu bebanan kepada Proton kerana rakyat mempunyai lebih banyak pilihan selain daripada kereta proton.

Tambahan pula jika harga yang ditawarkan oleh kenderaan buatan luar negara lebih kurang sama saja berbanding kereta proton, ataupun lebih tinggi sedikit. Harga yang lebih mahal jika diikuti oleh kualiti yang amat berbaloi mempunyai dorongan kuat untuk rakyat melupakan kereta Proton.

Namun begitu, jumlah penguasaan pasaran yang melebihi 20% daripada keseluruhan pasaran kenderaan di negara kita sebenarnya amat tinggi. Kalau nak dikatakan rakyat tak bantu support kereta proton, rasanya agak tersasar. Apatah lagi nak salahkan rakyat tak bantu support proton apabila hasil jualan kereta proton menurun, rasanya memang tak patut sangat.

Bukan rakyat tak bantu support kereta proton, lalu tak membelinya. Malah rakyat rata-rata menggunakan kereta proton di mana-mana saja pelusuk negara kita. Jumlah kereta proton memang banyak di atas jalan raya dan tutup sebelah matapun kita boleh lihat fenomena itu sebab modelnya macam itu juga tak ada perubahan besar yang berlaku.

Cumanya sebahagian besar rakyat sokong untuk beli kereta proton secara terpaksa akibat kekangan masalah kewangan. Kereta protonlah saja yang mampu mereka beli kalau nak merasa kereta baru. Jadi ramailah yang menggunakan kereta proton.

Mensia-siakan sokongan rakyat selama ini

Sejak daripada tahun 1983, rakyat memang bantu support kereta proton. Sokongan rakyat dari dulu sampai sekarang memang ada. Kalau tidak tak ada kereta proton yang begitu banyak di jalan raya dan juga yang tersadai di sebelah jalan raya.

Malangnya proton nampaknya macam tak ambil kesempatan untuk mempamerkan kualiti yang diharapkan oleh rakyat yang telah menggunakannya sejak sekian lama. Takkan nak kata rakyat penipu, pengguna sendiri yang menyebarkan pengalaman mereka di seluruh negara bagaimana pengalaman mereka menggunakan kereta proton.

Bayangkan kesempatan diambil untuk membuktikan bahawa kereta buatan negara mereka bernilai tinggi daripada harga yang ditawarkan kepada pengguna yang selama ini menggunakannya. Sudah tentu rakyat akan sebarkan pengalaman menarik dan membanggakan terhadap kereta negaranya sendiri.

Maknanya Proton telah mensia-siakan peluang puluhan tahun selama ini yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap mereka. Wang yang proton kumpulkan berbillion-billion sampai boleh bina kilang plant mereka sendiri di Tanjung Malim. Dari mana datangnya wang sebanyak itu?.

Malah Proton juga membazirkan wang begitu saja membeli teknologi pembuatan motosikal untuk dijual kemudiannya dengan hara yang amat merugikan negara. Dari mana datangnya semua jumlah wang yang dikumpulkan tersebut kalau bukan daripada sokongan rakyat?

Tun Mahathir juga menyampah pada rakyat yang tak sokong Proton.Katanya proton buat kenderaan dari A sampai Z berbanding Perodua yang hanya buat aktiviti pemasangan kenderaan dari Jepun dan dijual semula pada rakyat. Perodua, kata Tun Mahathir adalah salah satu punca yang membuatkan Proton merosot.

Patutlah Protonpun melakukan cara yang sama macam Perodua. Ambil kereta Honda Accord, tukar logo di depannya dengan lambang bulan bintang, dan di namakan sebagai Perdana atau lebih tepat lagi Pronda (Gabungan antara Proton dan Honda).

Memang panjang kalau nak dituliskan pasal Proton ni. Satu bukupun mungkin tak cukup. Apa kata anda pula berikan pendapat tentang tuduhan yang kononnya rakyat tak bantu kereta proton.
comments:
  1. Anonymous

    'support' tu apa eh? 'menyokong' ke dalam bahasa melayu? Entahlah...mungkin pokok kut...tapi 'plant' tu? Aha...yg itu pasti pokok .....hehehe

    1. support tu orang kampung saya panggil sokong. Plant pulak pekerja kilang kat kampung saya panggil untuk kilang...haha

  2. Anonymous

    Jika kualiti dan ciri2 keselamatan kereta proton adalah setanding BMW, berapa harga Proton nak jual keretanya kepada rakyat Malaysia?

    1. Tentu dengan harga BMW tanpa cukai merapu...atau lebih murah sebab kualiti sebegitu boleh masuk seluruh pasaran dunia, jadi ada volume permintaan yang banyak dan dapat jimatkan kos pengeluaran...bla-bla...

  3. Anonymous

    Tokey kek raub kata : 2+2=5 Hehehe.

  4. Formula

    Kalo tak suka kereta Proton, sila keluar dari negara ini!!

    1. Melawak kot tu...?

  5. This comment has been removed by the author.

  6. Anonymous

    Kesian Formula, jawapan yang kurang matang dan mengulangi skrip menteri :-) yang tidak mempunyai hujah yang bernas

    1. Mungkin dia perli menteri tu...!

  7. Anonymous

    1st car saya Nissan Livina...sebelum tu Toyota... Skrg beli Saga sbg 2nd car... Saya tetap sokong Proton. Tapi bab kualiti dan keselamatan Saya pilih Nissan dan Toyota...

    1. ramai lagi yang sokong proton sebenarnya...samada secara terpaksa atau rela

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Now you can search Photos & Files in your Group !
You can now search for photos and files in your Yahoo Group, in addition to searching for messages in your Group archive

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment