Seorang Lagi Suspek Militan Ditahan Jadi 11 Orang.
bloglist-malaysia.blogspot ibnuhasyim.com
Seorang lagi suspek yang terlibat dalam aktiviti militan ditahan sepasukan polis di ibu negara petang semalam menjadikan jumlah tangkapan setakat ini 11 orang. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata individu yang ditahan itu didapati cuba melarikan diri ke sebuah negara jiran.
"Jumlah itu (11 orang) bukan jumlah muktamad, kami sedang jejaki dan memburu saki-baki militan yang terdapat dalam senarai Polis Diraja Malaysia (PDRM), kumpulan militan ini mula khuatir dan takut atas tindakan polis," katanya dalam persidangan akhbar di ibunegara hari ini.
Pada 28 April lepas, sembilan individu dipercayai terlibat dengan kegiatan militan ditahan Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman. Mereka berumur antara 22 dan 55 tahun termasuk seorang wanita. Tiga ditahan di Kedah dan enam di Selangor, manakala seorang lagi ditahan di Kuala Lumpur keesokan harinya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan tangkapan seorang individu semalam namun enggan mengulas lanjut. Kesemua ditahan mengikut Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan dan Kanun Keseksaan serta disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Ahmad Zahid berkata kerajaan tidak akan membenarkan Malaysia dijadikan sebagai pusat untuk mengembangkan kegiatan pengganas di rantau Asia Tenggara mahupun di seluruh dunia.
"Kita tidak boleh mengizinkan perkara ini berlaku dan PDRM bertindak melakukan pembanterasan dan bertegas kerana tidak mahu Malaysia menjadi sarang latihan pengganas," katanya.
Beliau berkata polis ingin menyekat kumpulan militan ini daripada merekrut lebih ramai anggota sama ada melalui media sosial, organisasi mahupun individu kerana dikhuatiri ia akan melibatkan kestabilan politik di negara ini jika tidak dibendung dari awal.
"Jihad itu satu istilah yang baik, tetapi disalahertikan dan ini memburukkan imej Islam, kami ingin tekankan bahawa kumpulan militan ini hanya bertopengkan Islam dan Islam tidak pernah menggalakkan (aktiviti) kumpulan militan," katanya.
Beliau berkata ada juga organisasi yang menggunakan asas misi kemanusiaan untuk melatih anggota kumpulan militan ini di luar negara.
"Kita galakkan misi kemanusiaan ke luar negara, tetapi kita tidak akan izinkan sekiranya mereka menggunakan misi itu untuk melatih anggotanya untuk kegiatan militan dan apabila balik ke sini akan membuat perkara di luar batas dan norma manusia," katanya.
Ditanya sama ada kumpulan militan ini turut berselindung di bawah parti politik, Ahmad Zahid berkata setakat ini tidak ada parti politik di negara ini yang terlibat dengan kegiatan militan, bagaimanapun polis akan terus melakukan pemantauan.
- Bernama

Semua Militan Yang Ditahan Zahid Hamidi Bercadang Untuk Berjihad Di Syiria
bloglist-malaysia.blogspot
Sepuluh militan yang ditahan polis awal minggu ini di Kedah dan Selangor merancang ke Syria untuk menyertai perang yang berlarutan sejak tiga tahun lalu, kata pihak keselamatan Malaysia.
Katanya kepada The Malaysian Insider, lapan lelaki dan dua wanita itu dipengaruhi penganiayaan yang berlaku terhadap puak Sunnah di Syria dan mahu berjuang bersama pemberontak yang menentang presiden Bashar Al-Assad.
"Lebih daripada 20 rakyat Malaysia lain dikesan memasuki Syria dan berjuang menentang tentera negara itu.
"Sebab utama rakyat Malaysia berjuang menentang Bashar kerana tidak sanggup melihat penganiayaan dan penindasan terhadap puak Sunnah oleh presiden Syria itu sendiri.
"Bashar dilihat sebagai pengikut Syiah dan disokong oleh Iran sementara pemberontak disokong oleh majoriti negara Sunnah," kata sumber itu.
Enggan mendedahkan identiti, pihak keselamatan berkata kepada The Malaysian Insider, 10 militan yang ditahan di Kedah dan Selangor pada Isnin dan Selasa berusia di antara 20 dan 50 tahun serta tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Katanya, minat rakyat Malaysia menyertai perang Syria tercetus tahun lalu apabila bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat dituduh mencetuskan keganasan mengancam keselamatan awam di Syria.
Sama seperti 10 militan itu, Yazid, Halimah Hussein dan Mohd Hilmi Hasim ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
"Sejak penangkapan dan pertuduhan ke atas Yazid, minat terhadap perang Syria mula bercambah yang mana sebelum itu tidak dikesan polis.
"Pengambilan dilakukan melalui media sosial seperti Facebook," menurut sumber itu yang mendakwa satu kumpulan lagi ditubuhkan dan merancang untuk ke luar negara.
"Laluan penerbangan yang biasa dipilih dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Istanbul, Turki.
"Dari sana mereka yang 'berjihad' itu akan menemui orang tengah untuk dibawa ke Syria menggunakan jalan khas."
The Malaysian Insider juga difahamkan, pejuang jihad di sana hanya mengambil wang tunai dari militan itu dari Malaysia dan menggunakannya untuk membeli senjata sebaik tiba si Syria.
"Senapang AK-47 buatan Rusia biasa dijual pada harga US$500 (RM1,645) bersama peluru," katanya.
Dasar penentangan keras Putrajaya terhadap Syiah disedari Iran apabila rakyat mereka di negara itu mula memboikot barangan Malaysia sejak Mac tahun lalu.
Kedutaan Iran di Kuala Lumpur melaporkan perdagangan di antara Malaysia dan Iran mencatatkan penurunan dua bulan pertama tahun ini. - tmi
__._,_.___
| Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
Now you can search Photos & Files in your Group !
You can now search for photos and files in your Yahoo Group, in addition to searching for messages in your Group archive
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___

No comments:
Post a Comment