Takbur penyakit hati perlu diperangi
kedahlanie.info
Perbaiki kualiti solat bagi menyedarkan betapa kerdil manusia di sisi Tuhan
Realiti zaman ini, ramai manusia yang bersolat tetapi akhlak dan jiwa mereka umpama manusia tidak beragama. Hanya takwa sebagai jalan penyelesaian utama bagi masalah ini. Oleh itu, tingkatkanlah kualiti takwa dan iman kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh serta hati yang ikhlas.
Takbur adalah sifat mazmumah yang ada dalam hati manusia. Ia juga dikenali sebagai sifat sombong yang banyak berjangkit kepada manusia di zaman kini, tidak kira golongan yang jahil atau daripada kalangan cerdik pandai, malah alim ulama sekalipun.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang yang sombong takbur." (Surah an-Nahl, ayat 23)
Perlu diingatkan, takbur ibu bagi segala sifat mazmumah kerana orang yang takbur akan merasakan dirinya lebih baik dan mulia berbanding orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya (sifat) takbur (walaupun) sebesar zarah. Lalu seorang lelaki bertanya: (Bagaimana dengan) orang yang suka berpakaian dan berkasut cantik? Maka jawab Baginda: Sesungguhnya Allah itu sifat-Nya cantik, Dia suka kepada kecantikan. Adapun takbur ialah menolak kebenaran dan merendahkan manusia lain."
Tiga ciri orang takbur
Ulama memberi penjelasan, ada tiga ciri utama orang yang takbur iaitu merasa dirinya lebih baik. Orang takbur akan menganggap dirinya lebih baik, mulia dan sempurna berbanding orang lain.
Kedua, menghina orang lain, pada masa sama dia memandang orang lain adalah begitu hina, daif dan penuh dengan cacat cela.
Ketiga, menolak kebenaran kerana menganggap dirinya terlalu hebat.
Menurut Imam al-Ghazali, takbur itu terbahagi kepada dua bentuk iaitu takbur dalam urusan agama yang merangkumi takbur kerana ilmu dan amal, manakala yang kedua adalah takbur dalam urusan dunia disebabkan keturunan, kecantikan, kekuatan fizikal, kuasa dan kekayaan.
Mari kita ambil pengajaran daripada kisah iblis yang enggan sujud hormat kepada Nabi Adam disebabkan takbur. Iblis merasakan dirinya lebih mulia daripada Nabi Adam kerana dia diciptakan daripada api sedangkan Adam daripada tanah.
Lihat pula kisah Firaun yang berasa kagum dengan dirinya kerana hidup dalam kesihatan yang baik dan kemewahan melimpah ruah. Lantaran itu dia menganggap dirinya sebagai tuhan dan mula melakukan kezaliman.
Mati dalam kufur
Begitu juga kisah ulama besar pada zaman dahulu bernama Bal'am bin Ba'ura. Wujud sifat takbur dengan ilmu dan amalannya, akhirnya dia sendiri dihina oleh Allah SWT dan mati dalam keadaan kufur.
Banyak lagi kisah berkenaan orang yang takbur dan akhirnya mendapat kehinaan, kemurkaan dan kebinasaan oleh Allah SWT seperti kisah Haman, Qarun, Abu Lahab, Namrud serta lain-lain.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang yang sombong takbur." (Surah an-Nahl, ayat 23)
Ingatlah, Allah SWT mewajibkan kita memerangi rasa takbur yang ada dalam diri kerana ia akan membawa kerosakan yang amat dahsyat di dunia dan akhirat. Antara cara yang berkesan melebur takbur adalah dengan solat.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Surah al-'Ankabut, ayat 45)
Hilang khusyuk dalam solat
Persoalannya, walaupun selama ini kita telah mendirikan solat namun mengapa sifat takbur masih menebal dalam diri. Ia sebenarnya berpunca kerana hilangnya khusyuk dalam solat. Solat yang khusyuk dapat memberi kesan pada jiwa. Oleh itu kita perlu memperbaiki solat menjadi lebih baik.
Solat adalah ikrar atau janji kita kepada Allah SWT bahawa kita menyerah dan menghina diri kepada Allah SWT sebagai makhluk kerdil ciptaan-Nya. Rukun dalam solat melambangkan betapa hebat dan Agungnya Allah sebagai Tuhan dan hina serta daifnya kita sebagai hamba-Nya.
Muhasabah kembali adakah kita termasuk dalam golongan manusia yang takbur? Adakah kerana kita memiliki ilmu agama, kita menganggap orang lain semuanya salah, kita menolak sebarang nasihat, teguran dan menolak salam persahabatan daripada orang dianggap kurang ilmu agamanya.
Orang yang takbur akan dibenci oleh Allah SWT dan manusia serta mendapat azab seksaan yang berat di akhirat kelak. Kita wajib berusaha bersungguh-sungguh untuk membuang sifat takbur yang ada dalam diri salah satu dengan menjaga solat serta memperbaiki kualiti solat.
Khutbah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
__._,_.___
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
Now you can search Photos & Files in your Group !
You can now search not only your archive of conversations, but also photos and files stored in your Yahoo Group. Give it a try!
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment