Thursday, May 1, 2014

RG2011... Fw: USTAZ DAN VELLFIRE

 



USTAZ DAN VELLFIRE

telokbakong.blogspot.
yongsukakuning.blogspot
 
Sempena Hari Pekerja yang jatuh pada hari ini 1 Mei 2014, Yong ngomel kisah pekeraja...Opps! Pekerja.


Heboh dalam media social kisah ustaz dan Vellfirenya.

Vellfire itu digunakan sebagai kenderaan untuk memudahkan kerja-kerjanya. Katanya dia seorang pejuang yang menegakkan hukum hudud.

Pada zaman dahulu, seorang pejuang Islam memerlukan seekor kuda yang tangkas untuk berjihad… 

Pada zaman sekarang kuda itu ialah sebuah kereta hebat. Vellfire jadi pilihan.

Berapa harga sebiji Vellfire? Menurut website Toyota, harganya dari RM338,000.00 basic. 

Kenapa tak beli Exora? Paling mahal harganya RM89,000.00++ jer. Exora kan keluaran Proton, kereta Nasional? 

Entah. Hanya ustaz berkenaan yang boleh jawab.

Alahai…Takkan ustaz tak boleh ada Vellfire, sedangkan anak Menteri boleh memiliki Hummer?


Masa Yong kecik, ada seorang ustaz yang kerjanya memberi kuliah di surau-surau kampung. Mula-mula ustaz itu datang naik basikal jer.

Orang kampung edar tong Milo buat kutipan. Tak kisah berapa pun, 10 sen, 20 sen atau 50 sen. Semua kira sen-sen jer, sebab orang kampung hanya bekerja sebagai penoreh getah dan mengambil upah kerja-kerja pembersihan parit, etc.

Tidak lama lepas itu ustaz itu datang naik motorsikal kapcai. Orang kampung tak kisah. Tetap juga datang mendengar kuliah dan edar tong Milo.

Itu cerita dulu, sebelum ada REFORMASI!

Sekarang ustaz datang naik Vellfire. Orang kampung tetap edar tong Milo. Saiz tong Milo dah besar. Takde lagi main sen-sen. Yang datang mendengar ceramahpun boleh masuk puluh ribu.

Tapi orang kampung tetap kerja jadi penoreh getah. Kerja pembersihan parit-parit telah diswastakan kepada syarikat kroni yang mengambil untung atas angin. Pekerjanya Bangla, Myanmar, Indon etc...

Orang kampung juga mendengar cakap kroni yang kata GST membantu memulihkan ekonomi negara. Jadi, sokonglah kerajaan, demi Melayu, demi Islam, bla…bla…bla…

Kononya kumpulan ini sekarang menyokong hudud.

Ada yang dah percaya bulat-bulat.

Ye…tak ye jugak…Bersangka baik kan? Buat apa susah payah? Kalau pergi berjihad dan angkat senjata mempertahankan kaum muslimin yang ditindas, nanti dituduh militan pulak.


Bagi yang masih dibuai mimpi dan ingat UMNO tu ikhlas...dengar semula apa kata Tuan Guru Nik Aziz, Mursidul Am PAS: 

Jangan sebab Vellfire, kita jadi bodoh sampai dipatuk ular dari satu lubang berkali-kali, kerana kita sendiri yang asyik menghulurkan kaki ke lubang itu.


Daripada percaya mulut syaitan yang dikenali, baik kita turut serta beramai-ramai MEMBANTAH GST.

ALLAHUAKBAR!


  1. DeeDee Yong...

    Vellfire takper lagi... takut Hellfire jer.... Hahaha.... (itu gua la.. bukan ostad kat Negara Antah Berantah) ..... Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    1. Ustaz & ustazah le ni tak ramey yang betui betui berani nak cakap kebenaran ilmu Islam... banyaknye pun "play save" aje... a.k.a. player !! Semua jaga periuk nasi/ pengaruh deme aje. Kalau dah janji, dah masuk jadual dia, sekali dia datang ngajor kat surau kampung-kampung pun nak RM50, 60.. bukan dia kira oghang kampung dapat berape oghang, berape boleh collect. Harap duit tabung pun dah Pengerusi, AJK surau berkira le pulak... deme nak organise event yang melibatkan ustaz "yang meletop" aje macam PU Hafiz, ust. Kazim.

      Ingat teman pun nak start hafal ayat & hadith 2,3 kerat pastu nak start jadi "ustaz" pun masyuk jugak...haha...besok-besok kadap ni, teman dapat Hummer sebijik pastu teman "resign" le jadi ustaz.. haha...such is life.

      Bab sensitif seperti hudud langsung tak berani nak sentuh (ngajor oghang / bagi pencerahan umum). Ate bile deme nak reti & paham agama nye, kak yong kalau tak bace & belajo sendiri daripada sumber lain?

    2. Salam C++ dan Hanz

      Persoalan ini sukar dijawab.

      Memang kita harus menyelamatkan umat Islam di negara ini, kalau tidak di dunia. Kerana ini tanggungjawab kita.

      Tetapi kalau kumpulan yang hendak kita selamatkan itu mahu menjerat kita ke dalam kelompoknya yang sering melakukan kemungkaran, bagaimana mungkin kita meneruskan niat kita itu?

      Masakan kita mahu meninggalkan rakan kita demi menyelamatkan kelompok yang amat licik ini?

      Maka kebijaksanaan pemimpin adalah dituntut demi menyelamatkan kumpulan sendiri, dahulu, yang telah bersusahpayah dengan kita...sebelum terjun menyelamatkan musuh yang hampir tenggelam.

  2. Yong, dulu mereka edar tin Milo aja setiap kali ustaz itu datang untuk memberi kuliah agama yang di kira mempunyai isi dan mampu menyedar kan mereka yang hadir. Ia nya merupa kan penelitian saya sejak saya berjinak jinak untuk menghadiri kuliah(kelas Agama) kerana di paksa oleh arwah ibu. Kelas agama yang di sampai kan oleh ustaz ustaz kampong ini terkesan sehingga ke hari ini. Bila sudah dewasa perjuangan mereka yang ingin menegak kan syiar Islam yang menjadi pilihan saya.

    Dengan mengedarkan tin tin Milo tersebut maka mampulah si ustaz memiliki motor cap-cai. Itu di kira O.K juga.

    Kini bukan tin tin Milo yang di edar kan tetapi sesuatu yang menyerupai "PADANG BOLA". Yang di sumbat kedalam nya pun bukan jenis duit syiling tetapi jenis kertas, dah tu pula yang berwarna "BIRU TUA" tak main lah. Warna "HIJAU" "MERAH" DAN "BIRU CERAH" yang menjadi keutamaan. Dalam pada itu ada juga yang "DEMAND". Kalau angka yang di sebut tak kena, maka pelbagai alasan akan di berikan untuk tidak menghadirkan diri. Sudah lah begitu dan pada pengamatan saya isi "SYARAHAN" yang di berikan tidak pun menyentuh soal akidah, jauh sekali untuk meneggur perbuat mungkar yang di laku kan oleh pemerintah. Ada sesetengah ustaz suka melihat audiance ketawa terbahak bahak. Dek kerana ketawa itu lah mereka sudah tidak mengira berapa jumlah "DERMA" yang di sumbang. Akhir nya ustaz yang berkenaan ketawa lebih kuat dari audience sambil memandu kenderaan yang berjenama "VELLFIRE".

    Kini saya sudah tidak menghirau kan ustaz ustaz jenis celeberiti ini. Kalau ada masa lapang saya akan mendengar bari blog "ONE KULIAH" sahaja, ada juga faedah nya.

    1. Salam Saadun

      Sebab itu juga Yong tidak hadir ceramah sedemikian.

      Bukan Yong kedekut.

      Tetapi kalau hendak menderma, biarlah kepada yang berhak menerimanya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Now you can search Photos & Files in your Group !
You can now search not only your archive of conversations, but also photos and files stored in your Yahoo Group. Give it a try!

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment