MB S'gor: Dulu RM10 juta bina 1 masjid tapi sekarang dapat 2 masjid
Posted on Saturday, May 03 @ 15:37:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

KUALA SELANGOR 3 MEI: Amalan tender terbuka dalam setiap projek pembangunan membolehkan Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai projek pembangunan pada harga lebih menjimatkan bagi projek mempunyai spesifikasi projek sama.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini termasuk kos projek membina masjid dengan Kerajaan Negeri ketika ini mampu membina dua buah masjid pada kos RM10 juta berbanding sebelum ini hanya sebuah masjid.
"Projek ini diadakan tender terbuka dan dimenangi oleh syarikat yang memberikan harga terendah. Kita tidak memilih orang yang kita kenal tetapi kita memilih orang yang boleh memberikan harga yang rendah dengan kos sebanyak RM5,399,729.57 bagi projek Masjid Darul Ibadah ini.
"Jadi, sebab itu saya jaga setiap sen duit rakyat, tetapi ada orang marah pula," kata Abul Khalid selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Siap Masjid Darul Ibadah di Kampung Harmoni, Simpang Tiga Ijok di sini, semalam.
Ketika menyentuh pembinaan Masjid Darul Ibadah, Abdul Khalid berkata masjid yang mampu menampung 1,500 jemaah pada satu masa itu berjaya disiapkan dengan mengikut jadual bagi menggantikan masjid lama yang agak uzur.
Projek itu diluluskan Kerajaan Negeri pada 2012 dan dibina oleh syarikat pembinaan Santun Tegas Sdn Bhd dengan pengawasan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.
Abdul Khalid turut berharap agar penduduk Kampung Harmoni dan kampung berhampiran dapat mengimarahkan Masjid Darul Ibadah itu.
"Berhubung dengan bangunan Masjid yang didirikan, Nabi Muhammad S.A.W lantas memberikan pencerahan terhadap firman Allah S.W.T dalam Surah At-Taubah, ayat 107 dan 108 itu supaya umat Islam mendirikan solat di Masjid yang dibina kerana takwa kepada Allah bukan kerana masjid dibina itu untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah.
"Sabda Nabi Muhammad S.A.W , riwayat Muslim; sesiapa yang mendirikan masjid kerana Allah, nescaya Allah binakan untuknya rumah di syurga," kata Abdul Khalid lagi.
sumber

__._,_.___
| Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
Now you can search Photos & Files in your Group !
You can now search for photos and files in your Yahoo Group, in addition to searching for messages in your Group archive
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment