Thursday, May 22, 2014

RG2011... MCA tuduh Umno barbarik serbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

 

MCA tuduh Umno barbarik serbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Posted on Thursday, May 22 @ 21:47:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Berita

MCA menyertai musuh politiknya DAP apabila mengecam rakannya dalam Barisan Nasional (BN), Umno selepas ahli parti Melayu itu menyerbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam, dengan memberi amaran, tindakan barbarik (kasar dan kuno) itu akan menjauhkan lagi pengundi daripada parti pemerintah itu.

Dalam kenyataan keras empat paranya, Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng, berkata tindakan ahli Umno itu barbarik, menghina Dewan Udangan Negeri dan tidak menghormati prinsip yang bertamadun.

"Tindakan barbarik dan ganas oleh ahli Umno dan Pemuda Umno hanya akan membuat pengundi menolak BN, selaku ahli komponen parti, MCA dan Gerakan selalu terdedah kepada kerosakan nama baik apabila turut dikecam dan dikrtitik oleh pengundi.

"Bahkan, masih ada pemimpin Umno dan Pemuda Umno masih bertanya mengapa orang Cina tidak menyokong MCA.

"Jika pemimpin Umno masih mahu bertanya kenapa pengundi tidak menyokong BN, mereka harus perhatikan apa yang dibuat oleh ahlinya. Jika Umno mahu kepercayaan pengundi dan menyokong, mereka harus mendisiplinkan dahulu ahlinya," katanya.

BN hilang majoriti dalam dua kali pilihan raya berturut-turut dan yang paling teruk kalah adalah MCA dan Gerakan sedangkan sokongan kepada Umno terus meningkat daripada sokongan pengundi luar bandar.

Tan berkata, Malaysia adalah negara demokratik dan masyarakatnya bertamadun, menyebabkan serbuan ke dewan undangan negeri tidak patut dilakukan.

Katanya, jika ahli Umno tidak berpuas hati dengan kenyataan ahli dewan, masih banyak ruang demokratik dan bertamadun boleh dibuat berbanding dengan perbuatan menyerbu dewan negeri.

Dalam kejadian jam 2.15 petang semalam, kira-kira 60 berjaya memecah masuk pintu pagar automatik dan menyerbu masuk ke dewan undangan negeri di Lebuh Light.

Di dalam dewan mereka menjerit menuntut Adun Seri Delima, R S N Rayer, yang tidak ada dalam dewan pada sesi petang, untuk memohon maaf berikutan kenyataan "Umno celaka" yang dibuatnya sehari sebelum itu.

Dewan sedang berehat ketika mereka memasukinya dan mereka meninggalkan dewan itu kira-kira 10 minit kemudian dengan diiringi keluar oleh unit protokol.

Susulan kejadian itu, polis menahan 12 orang berumur antara 32 hingga 55 tahun. – 22 Mei 2014.

sumber

__._,_.___

Posted by: Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment