Monday, September 1, 2014

RG2011... Fw: Perbandingan 4x4

 



Perbandingan 4x4 antara Hilux, Navara, Triton dan Ranger

bloglist-malaysia.blogspot
pendapatanda.com

Berikut dikongsikan maklumat perbandingan antara 4x4 kegemaran rakyat Malaysia sekarang. 4x4 yang dimaksudkan adalah, Toyota Hilux, Nissan Navara, Mitsubishi Triton dan Ford Ranger. Keempat-empat jenis 4x4 ini ada banyak di atas jalanraya sekarang.

Ada yang beli untuk aktiviti lasak masuk dan keluar hutan. Ada yang beli untuk kerja lasak isi dan angkat barangan kasar. Ada juga yang beli 4x4 untuk di make-up begitu cantik sekali berkilat-kilat hebat, nampak lasak tapi debupun tak ada melekat pada badan kereta.

Itu semua adalah hak masing-masing yang empunya badan yang membelinya. Berdasarkan pilihan dan kegunaan masing-masing, maka tentu ada yang nak tahu bagaimana prestasi kesemua 4x4 pilihan rakyat Malaysia tersebut di atas, kita baca maklumatnya di bawah.

Ringkasan prestasi Hilux, Navara, Triton dan Ranger

Maklumat yang saya paparkan di sini adalah kiriman seorang pembaca yang bekerja dalam keselamatan negara. Berikut apa yang dia kata...

Untuk maklumat semua, saya bekerja dalam bidang keselamatan dalam negara. Tahun 2012-2013, adalah tahun paling hardcore untuk aku dan team. Dari Perlis sampai ke Sabah kami redah udara, darat, dan laut (dlm laut belum lagi keh keh!)

Ni saya nak bandingkan 3 jenis kereta 4x4 pilihan rakyat Malaysia. 4 bulan saya dan team redah kawasan bandar, kampung, hutan dan persisiran Sabah.

Kami diberikan 4 jenis 4x4 yang kebetulan mahu diuji ketahan, lasak, selesa, jimat dan sebagainya, macam yang selalu dibandingkan dalam internet ni la!. Lagipun, kerajaan sedang memilih mana satu yang akan dibeli untuk seluruh pasukan. Kami lanyak cukup-cukup keempat-empat kereta tersebut iaiitu, Hilux,Navara,Triton dan juga Ranger.

Peminat D-Max, minta maaf, kerajaan dah tolak awal-awal untuk termasuk dalam senarai pilihan. Kalau saya dan team sahaja mungkin kerajaan akan berikan Landrover atau Pajero tukun!!

Pendapat saya, persamaan kereta-kereta ini dengan para artis bolehlah disamakan seperti berikut, Hilux-The Rock, Navara-Vin Diesel, Triton-Rain (Jung Ji-Hoon), Ranger-Bear Grylls

Kereta 4x4 Toyota Hilux

Pernah tengok filem "Ace Ventura"? Jalan tar pun melantun-lantun. Entah berapa kali berhenti untuk buang "hajat"!!

Lemau saja kelajuannya, selamba saja kereta kancil standard potong, aduhai...!

Dalaman memang luas, tempat duduk belakang juga selesa

Body, memang tough, rasa hencem je bila bawak.


Kereta 4x4 Nissan Navara

Atas jalanraya, kelajuan atau speed memang terbaik!!

Kalau di tempat yang softcore offroad masih boleh pecut lagi!

Tempat duduk belakang tegak, kalau terlelap, kompom sakit badan bila bangun zzzz!!!

Ground clearance rendah, habis batu, tanah, bonggol, kayu dan lain-lain disagatnye

Dari segi minyak, memang terjimat antara semua


Kereta 4x4 Mitsubishi Triton

Nampak macam gagah dan hensem, tetapi hakikat sebenarnya... alahai!. K-Pop sungguh walaupun kereta Nipon!!

On road boleh kejar mengejar dengan Navara

Hardcore offroad ke laut!! hampeh!! phuiii!!!

Dalaman memang selesa

Penggunaan minyak boleh tahan jimat


Kereta 4x4 Ford Ranger

Memang serba boleh, sama macam motto team saya!

Dari segi speed dan pickup, memang 50/50

Softcore / hardcore offroad langsung x heran beb!!! Selamba je!!

Dalaman pula selesa dan luas, cuma kecik sikit dari navara

Luaran dan dalaman memang tough, superb!!

Rumusan perbandingan 4x4

Pendek kata, kalau anda nak guna di kawasan bandar, anda boleh gunakan Navara, Ranger atau Triton.

Tetapi kalau nak digunakan untuk Offroad, pilihlah samada Hilux atau Ranger.

Walau bagaimanapun, pilihan terbaik adalah Ford Ranger (Model Baru). Tak perlu fikirkan pasal resale, serba boleh boleh dan cun!!

Sebab habis je misi redah Sabah, parking kat area Kota Kinabalu, hanya Ford Ranger saja yang langsung tak ada masalah. Sedangkan yang lain macam-macam berlaku, dari suspension sampailah bodykit tercabut!.

Paling teruk adalah Triton, dah macam baru timbul dari laut!!

Secara peribadinya, saya lebih suka Pajero V model, Landcruiser. Lasak dan tahan lama. Tak pening kepala dan dipercayai turun menurun.

Tahu tak?, Pajero (A) 2.8 1997 yang sama model dengan kereta saya sekarang dijual dengan harga 50K++ kat mudah.my!!

Korang nilaikan lah sendiri. Chaloo!!

4 comments:

  1. Anonymous

    rocky says: ok la lu try 4 jenis je; wa lagi suka kalo boley tambah jenis lain macam tata, fortuner, mahendra dll. Tapi dalam sume tu paling besh ialah SUZUKI JIMNY ha ha ha ha

  2. Anonymous

    kenapa d-max tak termasuk dlm senarai eh....atau d-max lebih teruk dari triton?

  3. Anonymous

    Bagi saya isuzu Dmax.. is the best... saya memandu isuzu dmax 3.0.. memang best.. sesuai utk semua keadaan.. bajaran titiwangsa isuzu dmax seperti raja...membelah belantara di timur barat.. amat selesa.. walaupun bawa barang berat still power... minyak memang menjimatkan... :-)

  4. Anonymous

    boss, lu bawa 4x4 yang empat jenis tu spec yang mana satu? detail la skit....ranger lu tibai 3.2. ka yang 2.2. manual ka auto..triton plak yang vgt atau bukan vgt? hilux? navara? kasi detail la spec...jangan banding jenama sahaja...kalo untuk keselamatan negara apsal korang tak amik humvee ka landrover ka range rover ka. jeep ka..tak pun cuba la try russia punya model. pendapat gua.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment