Wednesday, September 3, 2014

RG2011... Fw: Walau sakit, terpaksa terus bekerja akibat kemiskinan..?

 



Benarkah : Walau sakit, sesetengah rakyat Malaysia terpaksa terus bekerja akibat kemiskinan..?

kedahlanie.info
 
Meneruskan siri kos sara hidup kami, The Malaysian Insider melihat kehidupan keluarga berpendapatan rendah yang turut mempunyai masalah kesihatan. Mereka hampir tidak ada simpanan dan tidak boleh berhenti bekerja kerana mempunyai tanggungan dan ubat-ubatan untuk dibeli.
Eswari Raghavan mungkin akan pitam selepas menyapu lantai, memasak, atau mengikat kalungan bunga untuk dijual demi mencari sesuap nasi bagi keluarga dan 2 anak perempuannya.
Namun ibu tunggal berusia 38 tahun itu terpaksa meneruskannya walaupun doktor memberi amaran jantungnya tidak lagi mampu menampung tekanan dan sebarang aktiviti berat bakal mengancam nyawanya.
Ini adalah perjuangan untuk mereka seperti Eswari yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan di Malaysia. Mereka yang diakui sendiri oleh kerajaan membentuk sejumlah 80% tenaga kerja di negara ini.
Disebabkan kenaikan kos barangan keperluan rumah dan makanan, mereka merisikokan kesihatan untuk bekerja melebihi masa semata-mata untuk menampung kehidupan.
Berikutan mempunyai simpanan yang sedikit atau pun langsung tiada simpanan, keluarga ini bakal terjerumus dalam kancah kemiskinan sekiranya mereka sakit dan tidak mampu bekerja.
Walaupun mempunyai saudara mara yang akan sesekali menghulur bantuan, keluarga ini juga memerlukan pendapatan bagi menampung keperluan anak mereka.
Meskipun menerima bantuan kerajaan, Eswari merasakan ia tidak mencukupi untuk golongan sepertinya.

Dia hanya memperolehi RM820 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan RM80 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM juga membayar separuh kos 2 pembedahannya di Hospital Universiti.
"Hospital itu kini mendesak saya menyelesaikan separuh baki kos rawatan. Saya tidak mampu bayar kerana perlukan duit bagi pendidikan anak," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di kediamannya di Flat Abdullah Hukum, Kuala Lumpur.
Jiran Eswari, Norasah Bachik mempunyai penyakitnya sendiri yang tidak membolehkannya membantu suami.
Warga emas berusia 60 tahun itu mempunyai masalah berjalan kerana sakit lutut tetapi kehidupan perlu diteruskan menyebabkan beliau terpaksa berniaga menjual nasi lemak dan kuih muih pada waktu pagi.
Suaminya, Othman Simin, 64, menjalani pembedahan jantung dan tidak mampu melakukan tugas berat.
"Memang susah tetapi saya perlu kuatkan diri saya bekerja bagi mendapatkan pendapatan lebih," kata Norasah, yang menjual nasi lemak 5 hari seminggu selepas suaminya jatuh sakit.
Sebelum itu, dia hanya menjual kuih.
Dua anaknya yang tinggal bersama, Yazid dan Rafi, masing-masing hanya berpendapatan RM1,500 sebulan turut membantu keluarganya.
Yazid mula menjual kuih samosa di sebelah malam di gerai ibunya bagi memperolehi pendapatan tambahan.
"Saya perlu memulakan kerja ini kerana pendapatan saya tidak cukup untuk kami. Hidup kami memang susah kerana harga barang semua mahal sekarang," katanya.
Di sebuah flat di Taman Sri Sentosa, Petaling Jaya, Yee Seng Yean menceritakan bagaimana dia dan isterinya berusia 78 tahun masih lagi melakukan tugas buruh di kejiranan mereka untuk membolehkan mereka membeli makanan dan ubat-ubatan.
"Dulu saya tukang kayu di Kampung Petaling Tin. Sekarang saya pekerja rencam. Bolehlah dapat RM60 hingga RM70 sehari daripada kerja mengecat," katanya.
Isterinya, Yong Yok Moi, yang bongkok tua dan menghadapi kesukaran berjalan, membasuh pinggan mangkuk di restoran berhampiran dengan bayaran RM20 sehari.
Mereka berada dalam keadaan sihat buat masa ini yang menyebabkan mereka boleh terus bekerja, tetapi Yee mengakui yang sekiranya mereka jatuh sakit waktu ini, kehidupan mereka akan jadi begitu sukar.
"Kami berdua mampu mendapat sekitar RM1,500 sebulan, tetapi semua itu bergantung kepada sama ada kami mampu bekerja atau tidak bulan itu," kata Tee.
"Jika kekurangan wang, saya minta daripada anak, tapi mereka pun hidup susah juga," kata Yee.
Namun, mereka beruntung kerana jiran lama mereka dari Kampung Petaling Tin, M Sugumaran dan adik beradiknya sering melawat dan mengambil berat keadaan mereka.
"Kami ada memohon bantuan JKM, namun masih belum menerima sebarang jawapan," katanya.
Dalam kes lain, setengah ketua keluarga mengalami kecederaan akibat kerja teruk yang dibuat untuk sekadar bayaran yang sedikit dan masa yang panjang dihabiskan untuk bekerja.
Michael De Cruz memandu lori 8 jam sehari diikuti bekerja sebagai pemandu teksi 8 jam berikutnya.
Kedua-duanya kenderaan manual dan memandu dalam masa yang panjang memberikan kesan kepada otot sekitar lutut kaki kirinya yang akan berasa sakit di penghujung hari.
"Nasib baik saya boleh minta isteri urutkan," katanya, sambil tersenyum ketika ditemuramah di flat Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Dia hanya berehat sehari dalam masa sebulan kerana RM50 yang diterimanya setiap hari hasil memandu teksi digunakan untuk keperluan rumah dan makanan.
"Jika dia tidak membawa teksi selama dua hari, tiada duit lagi untuk beli barang keperluan," kata isterinya, M Rathyaga.
De Cruz juga enggan berhenti kerja kerana manfaat perubatan yang diterimanya agak baik dan turut melindungi isteri dan anak-anaknya.
"Mudah-mudahan saya dapat bertahan 2 tahun lagi dan boleh membeli teksi dengan tranmisi automatik. Jadi, tidaklah teruk sangat," katanya.3 September, 2014.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment