Sunday, September 14, 2014

RG2014... Fw: BETUL KE PERAK SUDAH TIDAK ADA LAGI WARGA MISKIN?

 



BETUL KE PERAK SUDAH TIDAK ADA LAGI WARGA YANG MISKIN SEBAB SUDAH TERIMA ANUGERAH BERJAYA BASMI KEMISKINAN?????

omakkau.blogspot
 

IPOH 10 Sept. - Usaha kerajaan negeri membasmi kemiskinan mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Forum Kewangan Islam Global 2014.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Perak menerima anugerah itu berdasarkan pembentangan yang pernah beliau lakukan beberapa tahun dahulu berhubung model Yayasan Bina Upaya (YBU) yang dirangka bertujuan membangunkan ekonomi sosial rakyat.

Katanya, anugerah tersebut akan disampaikan kepada kerajaan negeri pada forum berkenaan yang dijangka berlangsung pada 27 Oktober depan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

"Saya menerima e-mel pagi tadi memaklumkan kerajaan negeri Perak telah menerima anugerah khas ini.

"Anugerah ini menandakan pengiktirafan pihak antarabangsa terhadap usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan pembangunan sosial ekonomi serta membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Bayaran Bagi Pendapatan Terkumpul oleh Felcra Berhad (Felcra) kepada kerajaan negeri Perak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Felcra, Datuk Bung Moktar Radin.

YANG INI LAIN PULA NADA CERITANYA.................
Negeri Perak mencatatkan kadar kemiskinan dan miskin tegar tertinggi di Semenanjung Malaysia selepas Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar berkata, kedudukan itu amat mendukacitakan memandangkan Perak bukan sebuah negeri miskin.

"Mengikut rekod yang diberi Parlimen Malaysia, terdapat seramai 908 bilangan isi rumah miskin tegar di Perak pada 2012.

"Pada tahun yang sama jumlah isi rumah miskin di Perak ialah 8,600. Jumlah ini adalah sangat tinggi dan membimbangkan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Siva, perbandingan jumlah isi rumah miskin tegar di Malaysia Barat menunjukkan Perak merangkumi satu nilai yang memeranjatkan iaitu 16.36 peratus.

"Begitu juga dengan jumlah isi rumah miskin di negeri Perak dengan mencatat 16.22 peratus daripada jumlah yang direkodkan untuk keseluruhan Semenanjung Malaysia.

"Jumlah ini amat tinggi berbanding negeri lain di Semenanjung Malaysia," katanya.

Negeri yang mempunyai bilangan isi rumah miskin tegar dan miskin yang paling ramai di Semenanjung Malaysia ialah Kelantan yang mencatat 1,048 dan 8,800 masing-masing.

Bagi kategori miskin tegar, Perak menduduki tempat kedua iaitu 908 isi rumah diikuti Pahang (720) dan Kedah (644) isi rumah.

vsivakumar"Negeri Perak juga menjadi naib johan bagi kategori miskin dengan mencatatkan 8,600 isi rumah diikuti Kedah dengan 7,400 isi rumah dan Johor 7,000 isi rumah.

"Statistik yang dibekal Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri membuktikan Negeri Perak tidak mempunyai pencapaian atau prestasi yang baik dalam menangani masalah kemiskinan," ujar beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak.

Justeru itu, Siva berkata, kerajaan Perak seharusnya malu kerana gagal mengembalikan zaman kegemilangan ekonomi yang pernah dicapai suatu ketika dulu.

"Perak pernah menjadi negeri terkaya dan termasyhur dan kini menjadi naib johan jumlah isi rumah miskin dan miskin tegar," katanya.

Namun, dalam keadaan uzur seperti ini, Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir masih lagi boros melaksanakan projek yang tidak berfaedah kepada rakyat.

"Kerajaan Perak harus mengambil langkah sewajarnya untuk mencapai 'miskin sifar' dalam tempoh lima tahun akan datang," kata beliau lagi.

YANG MANA SATU BETUL NI??? .. YANG MANA FAKTA YANG MANA AUTA?????
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Improvements in Yahoo Groups Search
Searching for new groups to join is easier than ever. We've honed our algorithm to bring you better search results based on relevance and activity. Try it today!

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment