Friday, September 19, 2014

RG2014... Fw: CAKAP BESAR BERDEGAR-DEGAR AKHIRNYA KANTOI!

 



NEGERI SEMBILAN YANG CAKAP BESAR BERDEGAR-DEGAR NAK JUAL AIR TERAWAT KEPADA SELANGOR AKHIRNYA KANTOI!!! ... REMBAU DAN TAMPIN DIKENAKAN CATUAN AIR BERMULA 22HB SEPTEMBER 2014 INI.

omakkau.blogspot
 
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan mengumumkan catuan bekalan air akan dilakukan oleh Sains di Daerah Tampin dan Rembau bermula 22 September tahun ini.

Mohon klik dan rujuk NOTIS CATUAN SEPT 2014

Catuan berkala ini terpaksa diaturkan oleh Sains berikutan bekalan air di Empangan Gemencheh berada dalam keadaan kritikal, dalam masa yang sama bagi memulakan Projek Pembinaan Rumah Pam dan Kerja-Kerja Penyambungan Paip dari Sungai Jelai (Kg Geduhom) ke Empangan Gemencheh sejauh 8 kilometer.

Projek bermula pada bulan November 2014 dan dijangka siap pada tahun 2015 dengan perbelanjaan sebanyak RM35 juta.

Menurut Menteri Besar di sidang media mingguannya hari ini di Wisma Negeri, Seremban, catuan air ini akan dilakukan secara berselang seli setiap hari selama 24 jam.

Makluman kepada isi rumah di Daerah Tampin dan Rembau, catuan tidak akan dibuat pada cuti hujung minggu dan pada cuti umum. Ianya akan di buat dalam tempoh dua minggu dan sebulan.

Keputusan mengurangkan kapasiti 7.5 juta galen sehari kepada 3.75 juta galen sehari bertujuan memanjangkan tempoh masa sedia bekalan air di Empangan Gemencheh, Tampin.

Mohon klik dan rujuk p.r catuan SAINS (1)

Namun, pihak Sains akan memberi perkhidmatan bekalan air tangki statik di kawasan terlibat di samping  melalui penghantaran air melalui lori Sains secara berkala.

Catuan bekalan air di Daerah Tampin melibatkan 6,561 akaun dan 8,467 akaun bagi Daerah Rembau.
Mohon klik dan rujuk Taklimat Catuan Kpd Pengguna Tampin Rembau


Imbau kembali cakap besar Mat Hassan yang nak jual air terawat ke Selangor.

SEREMBAN, 16 April 2014 (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan bersedia untuk menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur yang kini menghadapi masalah bekalan air.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan negeri tiada masalah menjual air ke negeri berkenaan jika sekiranya Kerajaan Persekutuan memerlukan bantuan daripada segi itu.

"Dalam waktu terdekat, kita boleh jual air maksimum sebanyak 20 juta gelen (91 juta liter) sehari daripada (menerusi) Loji Rawatan Air (LRA) baharu Ngoi- Ngoi di Pantai, Seremban. Kapasiti LRA Ngoi-Ngoi sekarang ialah 30 juta gelen (136.5 juta liter) sehari untuk bekalan Seremban.

Kita boleh jual 20 juta gelen manakala 10 juta gelen (45.5 juta liter) lagi kita perlukan untuk keperluan sendiri. LRA Ngoi-Ngoi mendapat bekalan air mentah daripada empangan Triang, Jelebu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, Rabu.

Bagaimanapun, katanya untuk rancangan jangka panjang, sebuah lagi LRA baharu perlu dibina untuk membekalkan air terawat ke negeri ini.

Mohamad berkata:"Ini disebabkan LRA Ngoi-Ngoi mempunyai kapasiti 30 juta gelen sehari dan sekarang kita gunakan LRA Ngoi-Ngoi untuk mengimbangi LRA Sungai Terip."

Jika ada usaha untuk membeli air di negeri ini oleh Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan di Selangor dan Lembah Klang maka satu lagi LRA baharu mesti dibina iaitu loji yang lebih besar kapasitinya iaitu sehingga 455 juta liter sehari, katanya.

Loji tambahan ini boleh dibina kerana kerajaan negeri telah memperuntukkan satu kawasan berhampiran LRA Ngoi-Ngoi bagi tujuan itu sebagai rancangan jangka panjang. 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Improvements in Yahoo Groups Search
Searching for new groups to join is easier than ever. We've honed our algorithm to bring you better search results based on relevance and activity. Try it today!

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment