Friday, September 19, 2014

RG2014... Fw: Setanding Ilmu Agama Tapi Stail Jauh Berlainan

 



Sedarkah?: Nik Aziz dan Hadi Mungkin Setanding Segi Ilmu Agama Tapi Stail Mereka Jauh Berlainan

telokbakong.blogspot
mountdweller.blogspot
 
Itulah sebabnya kerajaan PAS Kelantan berjaya kekal sehingga kini
Tapi selepas Nik Aziz bersara kegoyahannya sudah nampak......
Dalam PRU14 nanti......belum tentu!

Jangan pukul selepas lambung ulama
OLEH RADZUAN HASSAN DI BATU PAHAT - 19 SEP 2014 (1 HOUR AGO)

Wakil Dewan Ulama Pas Pusat, Mokhtar Senik membidas golongan dalam parti yang percaya ada jalan lain lebih pantas mencapai kemenangan selain mengikut jalan agama.
Menurutnya, ahli-ahli parti mesti istiqamah dengan dasar Pas iaitu al-Quran, hadis, ijmak dan qias.
"Kalau perlu tunggu 1,000 tahun lagi untuk capai kemenangan kita sanggup tunggu demi pertahankan akidah," ujarnya semasa membahaskan ucapan dasar presiden di sini hari ini.
Menurut Mokhtar, ada kata-kata mendakwa ulama tidak mampu memimpin namun tidak menyedari bagaimana kehebatan Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kelantan dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Terengganu.
Mengenai tahaluf siyasi, Dewan Ulama tetap berpegang teguh kepada pendirian untuk menjunjung kerjasama itu seperti yang diterjemahkan dalam ucapan dasar Presiden.
Katanya, ulama akan sentiasa beristiqamah dalam melaksanakan perkara itu dan akan menjadikannya sebagai realiti dalam perjuangan.
"Sebelum ini kita digembar-gemburkan kononnya ulamak ini ada yang mahu menghancurkan tahaluf. Tetapi, dengan adanya ucapan dasar presiden ini tahaluf akan didokong dan dijunjung oleh Pas.
"Ulamaklah yang akan terus istiqamah dalam menjunjung tahaluf ini dan tidak akan berganjak daripada melaksanakannya.
"Sejarah di dalam Islam pernah menunjukkan tahaluf dengan orang kafir dan puak yahudi selagi mana mereka mematuhi apa yang patut dipersetujui ia tidak terbatal," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau menyarankan kepada semua ahli Pas supaya turut bersetuju dengan tindakan presiden yang telah menyerahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan menteri besar Selangor yang baharu.
Katanya, langkah itu adalah sebagai menunjukkan ketaatan ahli Pas terhadap keputusan yang dibuat oleh presiden parti.
"Hari ini kita berpegang kepada ucapan presiden dan kita harus terjemahkannya dengan kasih sayang melalui tindakan yang sepatutnya.
"Kita menghormati perbezaan pendapat tetapi jangan perbezaan itu menjadi api yang boleh membakar segalanya," ujarnya.
Mokhtar juga kecewa dengan sikap sesetengah ahli parti yang menghina ulama dengan mengatakan ulama tidak turun padang.
"Ulama sentiasa turun padang. Dari demonstrasi, Bersih malah turun hantar jenazah pun ulama buat.
"Jangan lambung-lambung ulama pada awal ucapan namun selepas itu pukul pula ulama," ujarnya merujuk kepada perbahasan seorang perwakilan muktamar hari ini.--MalaysiaGazette

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Improvements in Yahoo Groups Search
Searching for new groups to join is easier than ever. We've honed our algorithm to bring you better search results based on relevance and activity. Try it today!

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment