Sunday, September 14, 2014

RG2014... Fw: Punca ekonomi merosot didedahkan oleh Gabenor Bank Negara

 



Punca ekonomi merosot didedahkan oleh Gabenor Bank Negara

kedahlanie.info
 
Ketidaksamaan punca pertumbuhan ekonomi merosot

 
MESKIPUN kestabilan dan pertumbuhan semakin pulih di banyak negara di dunia, pertumbuhan ekonomi akan mula merosot apabila berlaku ketidaksamaan dan jurang pendapatan yang melebar, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata pengalaman menunjukkan bahawa krisis kewangan dan kemelesetan ekonomi meningkatkan kitaran kemiskinan dan isi rumah miskin dianggarkan kehilangan lebih 10 kali pendapatan mereka berbanding isi rumah purata.

"Justeru itu peranan keterangkuman kewangan menjadi semakin besar sebagai kaedah untuk menambah baik kehidupan dan sebagai kaedah untuk mengukuhkan daya tahan kewangan daripada kelemahan," kata Zeti dalam ucap tama beliau di Forum Dasar Global Perikatan bagi Rangkuman Kewangan (AFI) 2014 di Trinidad and Tobago pada 9-11 Sept yang bertemakan "Global Partnerships, National Goals, Empowering People."

Teks ucapan beliau dikeluarkan kepada Bernama oleh Bank Negara Malaysia hari ini.

Keterangkuman kewangan menyediakan peluang untuk menabung bagi masa depan, melabur dan menjana pendapatan dan sebagai perlindungan daripada keadaan yang sukar, katanya.

"Kestabilan dan keadaan global yang bertambah baik menyediakan peluang kepada kita untuk mempercepatkan agenda keterangkuman kewangan sebagai satu elemen penting global," kata Zeti.

Beliau berkata langkah penting telahpun diambil untuk menambah baik akses kepada perkhidmatan kewangan.

Dalam tempoh tiga tahun yang singkat, beliau berkata AFI telah memainkan peranan penting dalam merangsang komitmen dari negara-negara ahli bagi mengukuhkan dasar keterangkuman kewangan.

Langkah itu telah membantu 20 juta yang tidak memiliki akaun bank untuk mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan.

"Namun, kami harap dapat mencapai lebih daripada hanya akses," kata Zeti sambil menambah akses perlu dilengkapkan dengan perkhidmatan kewangan berkualiti.

Beliau berkata ramai daripada yang dipinggirkan mungkin mendapati perkhidmatan kewangan di sediakan kepada mereka, tetapi ia mungkin bukan pada keadaan diperlukan atau kualiti yang boleh menyediakan janji sebenar peningkatan ekonomi.

"Terdapat keperluan besar untuk menyediakan ciri-ciri yang responsif kepada kekangan dihadapi oleh mereka yang telah dipinggirkan.

"Pembiayaan mikro fleksibel bagi sektor pertanian, sebagai contoh, menangani ketidakpadanan aliran tunai antara pembayaran semula tetap kepada bank dan aliran pendapatan tidak teratur petani disebabkan oleh tanaman bermusim," katanya.

Inovasi seterusnya juga melibatkan pewujudan platform bagi penyimpan sepadan dengan mereka yang memerlukan pembiayaan, kata Zeti. - Bernama
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Improvements in Yahoo Groups Search
Searching for new groups to join is easier than ever. We've honed our algorithm to bring you better search results based on relevance and activity. Try it today!

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment