Sunday, September 14, 2014

RG2014... Fw: Siasat minyak masak kitar semula dari Taiwan

 



Siasat minyak masak kitar semula dari Taiwan

telokbakong.blogspot
freemalaysiatoday.com

KKM telah mengenakan larangan mengimport ke atas minyak makan yang dikeluarkan oleh syarikat Chang Guann Co. di Taiwan

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata satu siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa di Taiwan untuk mengenalpasti syarikat makanan yang menggunakan minyak masak kitar semula.

KKM telah mengambil maklum skandal minyak masak kitar semula di negara Taiwan dan produk makanan yang diperbuat menggunakan minyak masak tersebut seperti dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan dan luar negara serta laman web sejak 8 September 2014.

"Laporan tersebut adalah berhubung syarikat Chang Guann Co. di Taiwan yang didakwa menghasilkan minyak masak daripada minyak terpakai yang dikitar semula," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, berdasarkan maklumat dari Food Safety Information of Malaysia (FoSIM), tiada pengimportan minyak masak dari syarikat Chang Guann Co. di Taiwan.

"Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah mengenakan larangan mengimport ke atas minyak masak yang dikeluarkan oleh syarikat Chang Guann Co. di Taiwan.

"KKM sedang mendapat maklumat lanjut dari Taiwan Economic and Cultural Office di Malaysia mengenai produk makanan yang diperbuat menggunakan minyak masak tersebut," ujarnya.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Improvements in Yahoo Groups Search
Searching for new groups to join is easier than ever. We've honed our algorithm to bring you better search results based on relevance and activity. Try it today!

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment