Friday, September 19, 2014

RG2014... Fw: Punca Pelajar UiTM Maut Dirempuh Kereta Pensyarah

 



Punca Pelajar UiTM Maut Dirempuh Kereta Pensyarah

telokbakong.blogspot
penpasksgb.blogspot
KELAB GREENBOC

Seorang mahasiswi UiTM Shah Alam maut setelah dirempuh oleh kereta Volkswagen Passat dipandu pensyarah wanita dalam perjalann pulang dari kelas semalam.

Dalam kejadian pukul 5.20 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Fatin Farah Farradia Yusof, 20, dikatakan jatuh dari kawasan berbukit sehingga ke perhentian bas berdekatan.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa bersama dua lagi rakannya sedang bergambar sebelum dirempuh kereta dipandu seorang pensyarah wanita berusia 58 tahun itu, lapor
BERNAMA.


Pelajar tahun dua diploma Sains Sukan dan Rekreasi itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang namun disahkan meninggal dunia pada 7.30 akibat mengalami pendarahan dalaman.

Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Dr Azizul Halim Yahya ketika dihubungi berkata dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa yang baru selesai menghadiri kuliah, dikatakan sedang berjalan bersama rakannya sebelum dilanggar kereta itu, menyebabkannya tercampak.

"Kereta pensyarah itu kemudian melanggar pembahagi jalan manakala mangsa jatuh ke bawah bukit setinggi kira-kira lima meter dan pengsan sebelum dia dikejarkan ke HTAR," katanya.

Menurut Azizul, pensyarah wanita berumur 58 tahun yang memandu kenderaan tersebut difahamkan mengalami sakit kepala sebelum kejadian itu, menyebabkan beliau gagal mengawal kereta tersebut.

"Pensyarah itu kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini untuk pemantauan lanjut daripada
doktor," katanya.

Ada yang mendakwa jalanraya di kawasan itu dikatakan memang berbahaya, Walaubagaimanapun, kejadian ini masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Biodata Ringkas Mangsa

Nama Penuh: Fatin Farah Faraddia Binti Yusof
Umur: 20 Tahun
Asal: Dungun Terengganu
Fakulti: Sains
Bidang: Diploma Sains Sukan
Universiti: UITM Induk Shah Alam
Semester: Tahun Kedua
Punca kematian: Pendarahan
dalaman akibat dirempuh kereta

kredit gambar: tengoktvonline, malvister dan FB.
 
 
----- Original Message -----
 
Sent: Friday, September 19, 2014 12:59 PM
Subject: Fw: PELAJAR UiTM MAUT DILANGGAR PENSYARAH.

PELAJAR UiTM MAUT DILANGGAR DALAM KAMPUS OLEH SEBUAH KERETA YANG DIPANDU OLEH SEORANG PENSYARAH.

omakkau.blogspot
 
.

Seorang pelajar UiTM Shah Alam maut dikatakan dirempuh oleh sebuah kereta Volkswagen Passat ketika dalam perjalanan balik dari kelas petang tadi. Sumber mengatakan kereta tersebut dipandu oleh seorang pensyarah yang dikatakan dipandu agak laju.

Mangsa dikenali sebagai, Fatin Farah Faraddia , merupakan seorang pelajar Fakulti Sukan di Universiti berkenaan.

Kejadian terjadi di berdekatan dengan Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi, UiTM Shah Alam. Dikatakan juga jalan di kawasan tersebut sememangnya sedikit berbahaya.

Al-Fatihah kepada arwah dan kepada semua yang mengenalinya, tabahkan hati anda. Benar kata orang, maut tidak mengenal tempat
.
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Improvements in Yahoo Groups Search
Searching for new groups to join is easier than ever. We've honed our algorithm to bring you better search results based on relevance and activity. Try it today!

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment