Sunday, September 21, 2014

RG2014... Fw: Tak sangka Sony Xperia E3

 



Tak sangka Sony Xperia E3

Mahukan telefon murah. Mungkin anda patut mencuba telefon pintar Sony Xperia E3. Ia diperkenalkan untuk telefon pintar yang berprestasi pada harga yang lebih murah (berkemungkinan besar RM636 saja).

Ia mengekalkan rekabentuk seperti Z3, yang ringan dan nipis, agar mudah untuk kegunaan sebelah tangan. Kerangkanya yang lengkuk direka agar lebih tahan jika terjatuh atau terhentak. Butang kuasa daripada aluminium menunjukkan tanda kualiti peranti keluaran Sony.

Skrin IPS Xperia E3 sebesar 4.5-inci, memberikan paparan berkualiti tinggi dari mana-mana sudut. Kameranya mempunyai resolusi 5MP dengan kebolehan HDR. E3 mempunyai satu fungsi unik, iaitu 'shake to start'. Pengguna E3 boleh melancarkan apa-apa aplikasi pilihan hanya dengan menggerakkan telefon.

Ia menggunakan CPU Qualcomm Snapdragon 400 4-teras berkelajuan 1.2GHz serta dilengkapi modem 4G-LTE untuk kelajuan internet terpantas. Disertakan sekali RAM sebesar 1GB dan memori dalaman 4GB. Slot mikro-SD tersedia untuk memori tambahan. Baterinya pula berkapasiti 2330 mAH dan mempunyai mod STAMINA untuk jangka hayat yang lebih panjang, apabila situasi memerlukannya.

Sony Xperia E3 akan mula berada di pasaran Malaysia pada Oktober 2014 dan harganya akhirnya akan diumumkan kelak. Ia akan dijual dalam 4 warna iaitu putih, hitam, kuprum tembaga dan kuning.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Improvements in Yahoo Groups Search
Searching for new groups to join is easier than ever. We've honed our algorithm to bring you better search results based on relevance and activity. Try it today!

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment