Sunday, October 28, 2012

RG2011... Bagaimanakah anda menilai pekerjaan anda?

 

Adakah anda mendapat kepuasan bekerja yang setimpal dengan usaha yang anda berikan?

 

    Sebagaimana yang kita ketahui, seseorang itu tentunya akan meletakkan keutamaan masing-masing apabila memilih pekerjaan. Untuk mengetahui sama ada pekerjaan atau kepuasan yang diperoleh daripada pekerjaan yang penting kepada anda, sila buat latihan yang telah disediakan di bawah. Latihan di bawah HANYA memberikan anda gambaran kasar tentang kepentingan pekerjaan anda dan kepuasan yang anda kecapi daripada pekerjaan anda itu.

 

Baca setiap soalan dengan teliti dan tandakan (/) untuk jawapan ya atau (X) untuk tidak.

 

Bagaimanakah Anda Menilai Pekerjaan Anda?

1.   Mahukah anda membatalkan cuti anda jika anda mendapat peluang untuk kenaikan pangkat pada waktu yang sama?

2.   Adakah anda menaruh harapan untuk hidup seperti seorang bintang filem pada satu hari nanti?

3.   Pernahkah anda idamkan untuk membeli sebuah rumah yang lebih besar pada masa hadapan?

4.   Adakah anda bekerja dengan harapan untuk membuka perniagaan anda sendiri pada satu hari nanti?

5.   Apabila tiba masanya untuk membuat sesuatu keputusan, adakah mudah bagi anda untuk melakukannya?

6.   Adakah anda mempunyai nilai-nilai diri yang boleh membuatkan anda berjaya dalam kerjaya anda?

7.   Adakah menjadi terkenal itu menarik perhatian anda?

8.   Adakah anda seorang yang sanggup menerima pujian daripada kerja yang telah dilakukan oleh rakan sekerja anda?

9.   Adakah anda seorang yang suka memberi arahan kepada orang lain?

10. Bolehkah anda bekerja dengan orang yang anda tidak suka jika keadaan ini dapat meningkatkan lagi kedudukan anda di pejabat/syarikat itu?

11. Mahukah anda menerima tawaran pekerjaan yang lebih baik walaupun pekerjaan itu akan memisahkan anda daripada keluarga anda?

12. Adakah anda berasa yang anda lebih berkebolehan daripada orang lain?

13. Adakah anda akan menghadiri majlis atau perjumpaan yang diadakan oleh ketua/majikan anda daripada menghadiri majlis yang diadakan oleh rakan-rakan anda?

14. Adakah anda berasa bosan jika anda mengambil bahagian dalam permainan yang tidak mendapat perhatian ketua anda?

15. Pernahkah anda memikirkan bagaimana anda hendak meraikan kejayaan anda sebagai seorang jutawan?

 

Bagaimanakah kedudukan anda?

 

Setelah melakukan latihan yang diberikan, anda dikehendaki mengira jumlah markah yang anda peroleh. Untuk setiap jawapan Ya, berikan diri anda 1 markah.

 

         Jika markah anda di antara 9 hingga 15, anda seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai azam yang kuat. Anda menggunakan pekerjaan anda untuk mendapatkan kejayaan dan kekayaan. Anda mungkin kecapi kepuasan bekerja tetapi kepuasan bekerja itu tidak memainkan peranan yang penting dalam hidup anda.

         Markah di antara 5 hingga 8 menunjukkan bahawa anda bekerja hanya untuk mendapatkan wang dan tidak lebih daripada itu. Hal ini bukan bermakna anda tidak ada peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, tetapi anda masih belum bersedia untuk melakukan pengorbanan yang diperlukan dalam pekerjaan itu nanti. Pada banyak ketika, anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan. 

         Jika markah anda ialah 4 dan ke bawah, anda seorang yang tidak mementingkan darjat atau gaji yang lumayan. Anda lebih suka memilih pekerjaan yang memberikan anda masa lapang. Anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.

 

 

Artikel di atas dipetik daripada buku MENILAI POTENSI ANDA. Untuk lain-lain artikel kerjaya, sila lawati www.books.perintis.com.my atau sila hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303.

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment