ALOR GAJAH, 24 Okt (Bernama) -- Seorang pelajar sekolah maut dipercayai ditumbuk dua lagi pelajar dalam satu pergaduhan disaksikan kira-kira 30 pelajar lain di perhentian bas Pulau Sebang di sini, hari ini.
Mangsa, K. Saravanan, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang sebelum itu dipercayai berperang mulut dan cabar mencabar dengan dua pelajar sekolah berhampiran ketika berada di dalam bas sebelum persekolahan sesi pagi bermula.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata pergaduhan berkenaan berlarutan selepas sesi persekolahan berakhir kira-kira 2.30 petang ketika kesemua pelajar sedang menunggu bas di tingkat satu perhentian bas tersebut.
"Mangsa kemudian ditumbuk oleh seorang pelajar terbabit sebelum seorang lagi turut melakukan tindakan sama menyebabkan mangsa jatuh dan pengsan," katanya dalam sidang akhbar di sini.
Katanya kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor Shah berusia 14 tahun terbabit yang melihat mangsa tidak sedarkan diri kemudian menghubungi ambulans.
Bagaimanapun Raja Shahrom berkata orang awam yang berada di kawasan tersebut bertindak membawa mangsa ke Hospital Tampin dekat sini sebelum ambulans tiba.
Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital. Katanya kedua-dua pelajar yang terbabit dalam kejadian itu ditahan polis ketika sedang bermain bola di Taman Sebang Gemilang di sini pada 6 petang bagi membantu siasatan.
Lima lagi pelajar yang menyaksikan kejadian tersebut turut ditahan bagi membantu siasatan, katanya.
Sehubungan itu, Raja Shahrom mengingatkan orang ramai khususnya keluarga pelajar terlibat agar tidak mengambil tindakan di luar undang-undang dan menyerahkan siasatan kepada polis.
PEMUDA MAUT DITIKAM SELEPAS KEJADIAN EJEK-MENGEJEK DI KEDAI MAKAN
manakala adiknya cedera parah dipukul dalam satu pergaduhan di sebuah kedai
makan di Jalan Sungai Jati, Taman Sentosa, Klang malam tadi.
Mangsa G. Yogeswaran, 26, dan adiknya G. Navindran, 25, sebelum itu
dipercayai saling ejek-mengejek dan berperang mulut dengan empat lagi rakan
mereka ketika masing-masing sedang minum di kedai berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusop berkata pergaduhan
berkenaan berlaku kira-kira pukul 11 malam di mana pada waktu
itu mangsa dan suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk.
"Kejadian itu bermula dengan perbuatan ejek-mengejek dan ia berlarutan
dengan pergaduhan. Ekoran daripada itu Yogeswaran ditikam dengan botol kaca
di bahagian perut sementara adiknya cedera di badan akibat dipukul dengan
kayu," katanya.
Melihat kecederaan yang dialami dua beradik itu, rakan-rakan mereka
kemudiannya bertindak melarikan diri.
--LAGI
POLIS-BUNUH 2 (AKHIR) SHAH ALAM
"Orang awam yang melihat kejadian itu telah menghubungi pihak hospital dan
kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk
menerima rawatan," tambahnya.
Mohamad berkata Yogeswaran bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba
di hospital.
"Susulan itu, pihak hospital kemudian memaklumkan kejadian ini kepada polis
kira-kira pukul 1 pagi tadi dan sejurus menerima laporan, anggota kita telah
bertindak memberkas dua lelaki berusia 47 dan 25 yang disyaki terbabit dalam kes
ini.
"Kedua-dua suspek ditahan di sekitar lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan
awal, polis mendapati suspek yang berusia 47 itu mempunyai rekod jenayah lampau
membabitkan kes samun," katanya.
Beliau berkata kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan polis
masih mengesan dua lagi rakan mereka yang turut terlibat dalam kes yang sama.
Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.
-- BERNAMA
NMR LES HM
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment