Sunday, October 28, 2012

RG2011... Fw: Orang Berkejar2 Nak Masuk Syurga.....

 



 

Artis Bertudung Perdalami Ilmu Islam Melalui Usrah Fitrah

Sejak awal tahun ini, ramai artis yang sudah mengenakan hijab.

Malah bukan golongan wanita saja yang menjurus ke arah itu, artis lelaki turut sama menuju ke jalan yang sama.

Melihat kepada perkembangan positif itu Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari telah mengilhamkan pergerakan yang dinamakan sebagai Usrah Fitrah buat selebriti yang ingin mendalami ilmu agama.

Antara selebriti yang mengikuti program ini adah Irma Hasmie dan Yatt Hamzah.
Irma, 30, berkata, dia terharu apabila usaha mengumpulkan golongan artis dalam mendalami ilmu agama semakin mendapat sambutan.

"Pada awalnya kumpulan ini hanya terdiri daripada 4 orang pelakar dan 5 orang tenaga pengajar sahaja tetapi usaha murni ini telah berkembang dan sekarang mempunyai lebih 30 orang ahli dari berbagai bidang serta 7 orang guru.

"Ia bukan sahaja disertai oleh golongan selebriti yang ingin mendalami ilmu agama tetapi juga mendapat perhatian daripada individu daripada profesion lain," katanya yang dipetik menerusi MStarOnline, baru-baru ini.

Antara artis yang aktif lain yang bergiat dalam Usrah Fitrah antaranya Heliza Helmi, Diana Amir, Farah Asyikin, Siti Nordiana, Iqram Dinzly, Zoey Rahman dan Enot.

Sementara itu, Yatt memberitahu antara guru yang mengajar mereka adalah Ustaz Azhar Idrus.

Namun dia mengaku bukan ahli PAS, tetapi hanya menyokong perjuangan Islam.

Yatt turut menambah, Usrah Fitrah turut mendapat pelbagai undangan daripada pihak penganjur untuk menjayakan program yang dianjurkan mereka.

"Sebagai contoh, bulan November ini kami (Usrah Fitrah) akan terlibat dengan Festival Hijab yang akan dijayakan bersama-sama selebriti yang lain," katanya.

-mynewshub

comments:

Amuraria said...

Alhamdulillah kerja baik kejalan yang diredhai Allah,bukan kejalan maksiat anjuran parti sekutu apco arus jahiliah ,Allahu Akhbar ,ABU !

Anonymous said...

Umno still goyng punggung...

 

Orang Berkejar-kejar Nak Masuk Syurga.....Artis Sibuk Nak Masuk.....

nizar-coretanku.blogspot

Artis hina nabi.
MARANG - Walaupun ramai orang-orang yang dilahirkan sebagai seorang Islam dan dididik dengan agama Islam, namun apabila negara tidak dipimpin mengikut garis panduan Islam, kehidupan Islam itu tidak dapat dilihat dengan jelas dan manusia hidup hanya mengikut 'arus semasa'.

"saya tahu banyak perkara yang halal dan haram tapi kerana saya leka dengan dunia saya, dunia hiburan jadi saya tak ambil berat (tentang hahal dan haram),

"kalau dulu saya tahu memang setiap yang hidup akan mati, tetapi saya tidak merasa takut kepada mati, saya (hanya) rasa kalau mati...matilah, macam tu je..."luah Abby Abadi.

Oleh itu, katanya, apabila beliau mendapat hidayah dan mula 'berhijrah' beliau telah dipanggil oleh pihak PAS untuk bekongsi pengalaman bagaimana beliau menukar haluan hidupnya.

Namun begitu, katanya, beliau tidak mahu dan menolak kerana takut tidak dapat menerima sebarang tawaran untuk 'masuk TV' sekiranya bersama dengan 'pembangkang'.

"Bila saya balik ke Malaysia dari menunaikan umrah selepas penghijrahan, tiba-tiba saya mendapat panggilan daripada pihak PAS suruh kongsikan pengalaman penghijrahan itu,

"mula-mula saya tak nak, sebab kalau berlakun dan bernyanyi, kalau artis bersama pembangkang memang dah tak boleh masuk TV....orang berkejar-kejar nak masuk syurga, saya (artis) sibuk nak masuk TV,"kata Abby lagi.

Beliau berkata demikian ketika 'berceloteh santai di khalayak' bersama orang ramai di Madrasah Darul Ihsan, Titian Baru Bukit Payong dekat sini pada Sabtu 20 Oktober.

Menurutnya, banyak perkara yang beliau tidak sedar dan tidak tahu pada waktu dahulu, tetapi mengetahui dan memahaminya apabila menyertai PAS dan menjalani tarbiyah dalam PAS.

Antaranya adalah, kata beliau, politik dan agama yang dipisahkan dan tanggapan umum yang mengatakan bahawa PAS adalah parti yang sesat.

"Saya rasa sesuatu yang sangat rugi (kerana) sekarang baru saya tahu apa yang PAS perjuangkan, selepas berhijrah Allah aturkan saya untuk bersama jamaah PAS,

"Allah punya kuasa, apabila saya nak dengan agama Allah, saya (jadi) faham banyak benda (dan) saya faham apa erti perjuangan yang sebenarnya (dan) apa yang PAS perjuangkan,"jelasnya.

Justeru itu, kerana Allah, Abby yang nama sebenarnya adalah Arbaiyah Abdul Manan, mengakui bahkan beliau mahu semua orang tahu bahawa, PAS adalah satu-satunya parti dalam negara Malaysia yang memperjuangan agama Allah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.-BO /hanyzan30
 

Tanda-tanda kecil kiamat apabila artis berani memberi statement menghina nabi..

btmmari.blogspot
Written By canang
Tanda-tanda kecil kiamat apabila artis berani memberi statement menghina nabi..
Artis2 melayu merupakan hasil ternakan umno sjk dulu lagi. Setia menurut perintah
 
tuannya demi seketul tulang yg dicampak ke arah mereka.klik utk video disini

PAUTAN
 
 

Kontroversi Berapi!! Pelakon Tasha Shilla Peragakan Pakaian Lambang Salib di Anugerah Skrin 2012.. Jom Terjah!!!


Minggu lepas, berlangsungnya majlis pelancaran tema pakaian 'fairy tale' untuk Anugerah Skrin 2012. Sempena majlis ini, beberapa orang selebriti wanita iaitu Erra Fazira, Anzalna Nasir termasuklah Tasha Shilla telah memperagakan baju dari pereka fesyen masing-masing.

Namun, timbul isu tak diingini apabila baju rekaan Hazwani Osman yang diperagakan oleh Tasha Shilla dikatakan mempunyai simbol salib. Para peminat yang melihat rekaan ini mengakui bahawa pereka fesyen tidak sensitif dan ia menimbulkan ketidak-puashatian terhadap mereka.

 

Sebentar tadi,  berjaya menghubungi Tasha Shilla dan selebriti ini agak terkejut apabila diajukan pertanyaan mengenai simbol 'salib' tersebut.

'Hah?? Memang tak perasan pun dan bagi Tasha memang tak ada apa-apa simbol pun pada baju yang diperagakan Tasha," tegas Tasha ketika ditanya.

Ditanya samada Tasha terlepas pandang mengenai perkara ini, pantas dia menjawab, "Sebagai model, Tasha hanya peragakan baju tersebut dan bukannya terlepas pandang. Pereka fesyen juga ada ketika Tasha memakai baju itu."

Tasha yang sangat terkejut dengan isu ini memberitahu bahawa ia tidak sepatutnya timbul dan menyerahkan pada pereka fesyen untuk menjelaskan mengenai perkara ini.

"Bagi Tasha, pemikiran sesetengah orang yang terlalu negatif dan Tasha berfikiran positif ketika memperagakan baju tersebut. Isu ini tak patut timbul dan Tasha tak mahu komen banyak-banyak," ujar Tasha.

Pereka baju tersebut, Hazwani Osman, ketika dihubungi menjelaskan bahawa ia sememangnya bukanlah simbol salib dan tak terlintas langsung apa-apa niat untuk mereka baju seperti itu.

Hazwani menjelaskan bahawa itu cumalah tali reben yang mengikat 'hood' dan gaun yang dipakai Tasha pula mempunyai garis melintang merah didalam. Secara kebetulan, tali ikatan 'hood' menjulur kebawah dan ia cuma menghasilkan simbol 't' dan bukannya salib.

"Saya memang tak ada niat langsung dan tak pernah terlintas difikiran saya mengenai simbol tersebut," jelas Hazwani.

Ditanya adakah dia akan menukar rekaannya selepas kontroversi ini, Hazwani menjawab, "Sebagai pereka, saya memang menitikberatkan segala rekaan saya dan setiap rekaan saya, saya akan ambil respon dari orang ramai."

Hazwani turut memberitahu bahawa dia akan lebih berhati-hati dalam rekaannya selepas ini.

 





"Saya akan lebih berhati-hati lepas ini. Apa boleh buat, pemikiran orang lain-lain. Kalau mereka fikir negatif, maka negatif lah yang mereka nampak," tambah Hazwani lagi.

"Saya masih berpegang kuat pada agama dan isu ini tak pernah ada dalam niat saya," jelas Hazwani mengakhiri perbualan.


| ohbulan

##################################

Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik. 

Ini turut diakui oleh penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot pada baru-baru ini. Beliau berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik. Beliau turut berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain. 

Pandangan beliau turut disokong oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah. Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam. Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir [1].

Dengan kembali bermulanya liga-liga eropah dalam sedikit masa lagi, diharap sekarang kita lebih berprihatin dalam soal ini. Janganlah terlampau bersifat taksub dalam menyokong pasukan kegemaran sehingga mengabaikan hukum halal haramnya. Saling mengingatlah antara rakan-rakan. Mudah-mudahan kita tidak terjatuh ke dalam syirik, suatu dosa yang tidak diampunkan Allah.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment