Saturday, October 27, 2012

RG2011... Re: PAS SUDAH JUMPA DALIL TENTANG HARUSNYA BERTAHALUF SIYASI

 

Negara berkebajikan tentulah PAS yang cadangkan ..tentulah dari perspektif Islam tentulah fitrah dan tentulah sesuai dgn manusia..tentulah DAP setuju...dah kalau PAS bertahaluf siyasi kenapa nak jadi isu lagi kalau UMNO dan buat dulu...sudahlah....yg penting sekarang kalahkan BN..

2012/10/28 amri el wahab <amriwahab@yahoo.com>
 

PAS PERNAH MENGUTUK HABIS HABISAN APABILA UMNO BERTAHALUF SIYASI BERSAMA MCA, MIC DAN GERAKAN.

Kalau dilihat kepada tahaluf siyasi Pas dan tahaluf siyasi Umno, sebenarnya Umno telah mendahului Pas jika dilihat dari sudut MCA, MIC, dan juga Gerakan.

Jika kita lihat, Pas apabila melakukan tahaluf siyasi bersama-sama dengan Dap dan juga Pkr, di mana jika kita boleh terjemahkan dengan bahasa yang mudah; tahaluf siyasi ialah pembahagian kerusi di dalam politik.

Dalil yang digunakan oleh Pas adalah peristiwa Hilful Fudhul iaitu perjanjian yang Nabi SAW buat bersama-sama dengan Arab Jahiliyah. Juga mereka gunakan dalil perjanjian Hudaibiyah dan Piagam Madinah.

Itu adalah perjanjian-perjanjian yang Nabi SAW meteraikan dengan golongan non-muslim di zaman baginda SAW. Perjanjian-perjanjian tersebut meletakkan syarat-syaratnya.

Sekarang ini ada dua persoalan yang besar. Pada zaman Nabi SAW, persepakatan itu termetrai antara Muslim dan non-Muslim, dan tidak ada perpecahan sesama Muslim. Orang Islam pada ketika itu bersatu-padu, berbeza dengan kita pada hari ini.

Umno dan Pas adalah parti yang berbeza dan mempunyai kecenderungan yang berbeza. Mereka tidak bersatu, jadi mana mungkin masing-masing ingin menggunakan dalil Hilful Fudhul, Perjanjian Hudaibiyah, Piagam Madinah untuk mengatakan keharusan bersama-sama dengan non-Muslim. Sedangkan kita dituntut mendahulukan kebersamaan dan perpaduan sesama Islam.

Maka mengapa untuk bersatu dengan Umno kita menggunakan dalil tidak boleh,

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang zalim yang mengakibatkan kalian disentuh oleh api neraka." (surah Hûd: 113)

Tetapi apabila bersama dengan Dap atau Pkr atau kelompok-kelompok selain Umno mereka mencari dalil yang mengatakan boleh pula. Begitu juga dengan Umno yang memberikan dalil untuk bekerjasama dengan MCA dan MIC.

Saya bawakan contoh ini agar kita semua berfikir tentang perpaduan sesama Melayu dan Islam yang lebih perlu kita utamakan dan dahulukan.

Kita pada hari ini sibuk mencari dalil untuk bersama-sama dengan golongan yang benci kepada Islam sedangkan dalil yang banyak berupa arahan dan perintah agar kita bersatu padu, bersaudara, dan berkasih sayang kita abaikan dan tidak manfaatkannya.

Yang kedua, dulu Pas pernah mengkritik Umno habis-habisan apabila Umno melakukan tahaluf siyasi bersama-sama dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional. Kemudian apabila Pas melakukan hal yang sama, mereka mengharuskan tindakan mereka dengan mengeluarkan terminologi atau istilah tahaluf siyasi.

Orang awam yang mendengarnya, perkataan bahasa arab jadi mereka anggap tindakan itu dibolehkan dan selari dengan Islam. Tetapi maksud sebenarnya cumalah pembahagian kerusi sahaja. Jadi kalau hendak dilihat dari sudut yang mendahului tahaluf siyasi sebenarnya Umno lebih awal mendahuluinya berbanding Pas.

Cuma sekarang ini, kedua-dua pihak harus meneliti, tahaluf siyasi bukan hanya pada perkataan, tetapi juga pada syarat-syarat dalam perjanjian.

Sekiranya syarat-syarat tahaluf siyasi dengan jelas dan terang menggambarkan bahawasanya kita ini (Islam) tidak dominan, kita hanya jadi kuda tunggangan, maka perjanjian tersebut akan menjadi satu perjanjian yang sia-sia.

Memang Nabi SAW pernah melakukan perjanjian Hudaibiyah bersama Arab Jahiliyah di mana perjanjian itu merupakan perjanjian yang berat sebelah kepada golongan kuffar sehingga sahabat-sahabat baginda sendiri tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut. Namun harus kita ingat, pada ketika itu umat Islam bersatu.

Nabi melakukan perjanjian itu kerana kemudharatan dan kemaslahatan. Sekarang ini umat Islam berpecah. Jadi mana mungkin kita menggunakan dalil Nabi SAW di mana baginda pada ketika itu dalam keadaan mudharat bertembung dengan golongan yang benci dan anti-Islam, sedangkan pada hari kita ada umat Islam yang ramai tetapi tidak mahu bersatu sesama umat Islam lalu mencari orang yang anti-Islam untuk bersatu dengan mereka.

Ini merupakan satu keganjilan yang perlu diteliti. Sebab itu saya kira, syarat-syarat perjanjian adalah perkara yang besar untuk diambil kira dan diteliti.

Sebagai contoh, dalam manifesto buku jingga, ditulis secara jelas Negara Berkebajikan. Kita boleh menerima Negara berkebajikan, tetapi adakah sama tafsiran Negara berkebajikan yang diinginkan Dap dan tafsiran Pas?

Ustaz Nashruddin Tantawi menjelaskan tentang negara berkebajikan, sangat baik cerita dan ciri-ciri tentangnya. Tetapi, adakah ianya sama dengan negara berkebajikan yang diterjemahkan dan dikehendaki Dap?

Dap memaksudkan negara berkebajikan itu adalah negara sekular. Pas memaksudkan negara berkebajikan itu adalah Negara Islam. Berlaku kontradiksi yang sangat jelas. Sebab itu kalau hendak membuat tahaluf siyasi pun tidak kena dengan cara begini. Ia tidak akan memberi penyelesaian bahkan akan menambahkan masalah yang besar.

Jadi kita cadangkan seluruh umat Islam; Umno dan Pas ini bersatu. Bersatu dalam erti kata kita mencari titik pertemuan, dahulukan perpaduan dan kasih sayang sesama Islam, bersangka baik sesama Islam sebelum kita bersama-sama dengan golongan yang benci dan anti kepada Islam.

Wallahua'lam.


===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.




--
Xstream-BOP

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment