Thursday, March 20, 2014

RG2011... Fw: Australia pulak dakwa jumpa objek bersaiz kapal jumbo

 



 

MH370 : Depa kata mungkin kokpit terbakaq!

kedahlanie.info

MH370: Kebakaran kokpit mungkin punca?

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN

SELEPAS pihak berkuasa mengumumkan kehilangan MH370 turut disiasat, kemungkinan akibat perbuatan manusia seperti rampasan ataupun sabotaj, pelbagai teori berkumandang daripada pakar-pakar dan mereka berpengalaman dalam bidang berkaitan di seluruh dunia.

Chris Goodfellow yang ada pengalaman 20 tahun sebagai juruterbang berkata, isu kehilangan MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan," katanya.

Menurut Goodfellow, apabila melihat pusingan kiri dibuat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mahu menuju ke lapangan terbang.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat," kata Goodfellow.

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong pusingan U untuk ke lapangan terbang terdekat di Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi termasuk kesan radar munasabah jika berlaku kebakaran kokpit.

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang," katanya.

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh guna masa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit," katanya yang yakin pesawat itu boleh ditemui di sepanjang laluan terakhir yang ditetapkan juruterbang.

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Langkawi.

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus," katanya.

Jika berlaku rampasan, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke kiri dan menuju ke arah Langkawi.

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow, dan ramai lagi pakar di seluruh dunia, kekal menjadi spekulasi selagi MH370 tidak ditemui.

 

kedahlanie.info
 
 
Kapal terbang P8 Poseidon milik tentera Laut Amerika Syarikat ini adalah antara yang tercanggih di dunia turut dikerah dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370. - Gambar Reuters.

Kapal terbang penyiasat canggih milik Tentera Laut Amerika Syarikat, P-8 Poseidon tidak menemui apa-apa di kawasan yang dikatakan ada kelihatan objek pada radar Australia.

Menurut NBC News, kapal terbang pengintip itu selesai melalui kawasan itu namun tidak menemui apa-apa objek.

Namun begitu, kapal terbang lain dalam perjalanan ke kawasan yang sama.

Sebelum ini, Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) memaklumkan pihaknya mengesan dua imej oleh satelit Australia kemungkinan besar adalah serpihan pesawat MH370 yang hilang, namun ia kurang jelas dengan objek yang besarnya berukuran 24 meter.

"Ia adalah objek yang saiznya wajar dan kemungkinan ditolak oleh air dengan tenggelam timbul di permukaan laut," kata John Young, Pengurus Besar kepada Divisyen Tindakan Kecemasan, satu unit di bawah AMSA memberitahu sidang media hari ini.

Australia menghantar empat buah kapal terbang dan dua kapal laut ke kawasan pencarian di Lautan Hindi itu untuk mengenalpasti objek yang dikesan oleh satelit itu.

Air di kawasan itu adalah 'dalam beberapa ribu meter' dan penglihatan yang kabur akan menyukarkan pencarian, walaupun cuaca adalah sederhana, kata Young.

Imej satelit itu kabur namun saiznya sesuai sekali dengan serpihan kapal terbang, lapor Reuters.

MH 370 Australia pulak dakwa jumpa objek bersaiz kapal jumbo

lusuka.com
 
Australian Maritime Safety Authority (AMSA) memerlukan imej-imej satelit yang lebih jelas serta analisis pakar sebelum dapat mengesahkan dua objek yang ditemui pada imej satelit sebelum ini mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.

Pengurus Besar Jabatan Respon Kecemasan AMSA, John Young berkata, objek terbesar yang dikesan menerusi imej satelit tersebut berukuran kira-kira 24 meter panjang, cukup untuk pasukan pencari dan penyelamat (SAR) mengubah arah pencarian ke kawasan tersebut.

Empat pesawat telah dikerahkan untuk mencari lokasi objek berkenaan walaupun AMSA menyedari ia sebuah misi yang sukar dan mungkin tidak mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu.

"Penemuan tersebut merupakan satu petunjuk baharu dan ia mungkin merupakan petunjuk terbaik yang kita pernah temui setakat ini.

Tetapi kita masih perlu ke sana, temui objek tersebut dan melakukan kajian terhadapnya. "Objek-objek tersebut mungkin sangat sukar untuk ditemui dan ia mungkin tidak mempunyai kaitan dengan pesawat berkenaan tetapi nasihat pakar-pakar menyebut bahawa imej tersebut adalah kredibel.

"Jadi saya menasihatkan AMSA untuk melakukan yang terbaik bagi mencari sesiapa sahaja yang mungkin terselamat," katanya semasa sidang media khas di Cranberra, Australia hari ini.
Young berkata, objek tersebut dikesan 2,500 kilometer di barat daya Perth dan sebuah pesawat Orion Royal Australian Air Force telah tiba di kawasan tersebut pada jam 1.50 petang waktu tempatan kemudian tiga lagi pesawat telah dikerahkan ke sana.

Pesawat tentera laut Amerika Syarikat, P8 Poseidon dijangka tiba pada 3 petang manakala pesawat Orion kedua milik Australia dijangka tiba pada jam 6 petang. Pesawat Orion New Zealand dijangka berlepas pada 8 malam.
- MalaysiaGazette
 
 
 
 
greenboc.blogspot


Bogor - Sudah lebih dari seminggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang hubungan pada Sabtu (8/3/2014) lalu. Pencarian pun terus dilakukan, namun sampai dengan saat ini belum ada titik terang dimana kedudukan pesawat yang membawa 239 penumpang dan kru pesawat itu.

Pasangan suami isteri Fajar Sahri (58) dan Winarti (52)di Bogor, Indonesia turut mengikuti perkembangan proses pencarian pesawat yang juga berpenumpang warga negara Indonesia tersebut. Keduanya, yang mengaku diberi anugerah mampu berkomunikasi dengan alam ghaib, merasa prihatin dengan musibah tersebut dan bermaksud membantu dengan cara yang mereka dapat.

"Ya kita hanya memberikan maklumat, sebagai sesama harus saling membantu. Kami tidak mengharapkan apa-apa," ujar Fajar saat ditemui Tribun di kediamannya di Jalan Batara Nombor 93, Kampung Parikolot, Ciluar, Bogor, Ahad (16/3/2014).

Menurut Fajar maklumat yang mereka peroleh menyebutkan pesawat berada di titik berikut (Latitud Utara 7 darjah 47'47.90" Longitud Timur 105 darjah 13'39.59" Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh.

Keduanya kemudian menuturkan bagaimana proses mereka mendapatkan maklumat terkait kedudukan pesawat sampai dengan titik koordinatnya. Menurut Fajar, sang isteri mengetahui lokasi pesawat setelah melakukan komunikasi dengan kru pesawat nahas tersebut.

Winarti menyatakan memang memiliki kemampuan khusus untuk berkomunikasi dengan hal-hal ghaib dan sudah beberapa kali terjadi dan terbukti.

Fajar menuturkan, pada hari Khamis (13/3/2014) siang, selesai melaksanakan solat Zuhur, Winarti memohon doa agar dapat diberi petunjuk mengenai kedudukan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370.

Tiba-tiba muncul sosok seorang lelaki dengan pakaian layaknya seorang kru pesawat datang dan berkomunikasi dengan Winarti. "Mungkin co-pilot atau siapa, yang jelas pakai seragam," tuturnya.

Lelaki itu kemudian menuturkan kepada Winarti bagaimana pesawat tersebut tiba-tiba mati seluruh perangkatnya ketika melintas di Laut China Selatan, tepatnya sebelah selatan Vietnam.

Pesawat yang tiba-tiba kehilangan kuasa secara total itu kemudian jatuh dan tenggelam ke dasar laut, lengkap dengan para penumpang dan kru kapal di dalamnya. Jeritan teriakan takbir pun terdengar ketika pesawat mula jatuh ke laut.

"Pesawatnya utuh, tidak meledak, tidak ada serpihan apa-apa. Penumpang masih duduk di kerusi masing-masing dengan tali pinggang keselamatan terpasang," ujar Winarti yang mengaku sempat diberi penglihatan keadaan pesawat di dasar laut.

Winarti menuturkan semua penumpang sudah dalam keadaan meninggal dunia di kerusi masing-masing, dengan tali pinggang masih terpasang. Ia mengaku ketika diberi penglihatan itu tak sanggup menahan air matanya yang tumpah melihat pemandangan memilukan tersebut, apalagi Winarti sempat melihat dua orang anak kecil di antara penumpang yang terbunuh.

Terlebih lagi si lelaki berpakaian awak kapal itu kemudian sempat menitipkan pesanan kepadanya untuk disampaikan kepada anak perempuannya yang masih kecil.

"Dia kirim salam buat anakku sambil tersenyum. Anaknya itu rambutnya keriting-keriting, anak perempuan sekitar umur 7-9 tahun," tambahnya.

Menurut Winarti, pada saat berkomunikasi yang pertama itu, ia tidak sempat mendapatkan lokasi jatuhnya pesawat. Titik koordinat lokasi baru ia dapatkan pada Jumaat dinihari, ketika ia kembali melakukan komunikasi dengan awak kapal Malaysia Airlines itu setelah melakukan solat Tahajud.

Winarti meyatakan, komunikasi yang kedua ia lakukan bukan dengan orang yang sama ketika melakukan komunikasi pertama. Pada saat komunikasi kedua itu, lelaki berbeza yang kemudian ia tahu adalah pilot pesawat Zahari Ahmad Shah.

Dari Zahari inilah kemudian Winarti dan Fajar memperoleh koordinat yang mereka duga adalah lokasi jatuhnya pesawat nahas tersebut. Ia juga menuturkan bagaimana pesawat yang awalnya mengarah ke utara sempat berbelok ke arah barat sebelum kemudian berputar ke arah timur dan terjatuh.

"Makanya badan pesawat itu menghadap timur," ujar Fajar.

Arah pesawat yang goyang dan kemudian terjatuh, menurut Fajar kemungkinan diakibatkan arus magnet yang kuat di dasar laut di sekitar lokasi jatuhnya pesawat. Pesawat itu kemudian tiba-tiba mati total dan jatuh tenggelam ke dalam laut.

Zahari juga mengatakan kepada Winarti bahwa dunia itu penuh keajaiban, entah apa maksudya Winarti sendiri tidak tahu.

"Ya mungkin maksudnya, apa yang tidak mungkin jadi mungkin, yang penting cari dulu. Saya juga tidak tahu artinya," ujarnya Sempat Melapor ke Danlanud

Fajar mengaku hanya berniat membantu proses pencarian pesawat yang telah memakan waktu lebih dari seminggu itu. Ia menyebut dirinya tidak memiliki maksud apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat diketemukan dan keluarga korban boleh lebih lega dan ikhlas menerima kenyataan.

Untuk itu, Fajar menyebut dirinya sudah melaporkan maklumat yang ia dapat itu ke beberapa pihak yang ia anggap memiliki akses untuk menggunakan maklumat tersebut untuk menemukan pesawat tersebut.

"Saya sudah hubungi Komandan Lanud Soewondo Kolonel SM Handoko serta duta besar di Vietnam Bambang Tarsanto (Konsult Jenderal di Ho Chi Minh City) melalui sms," katanya.

Selain itu ia juga sempat melaporkan kesebuah stesyen television swasta (TvOne) dan diberitahu akan diberi kesempatan tampil live setelah menunggu persetujuan salah seorang penanggung jawab program. Namun setelah menunggu lama, justeru yang ditunggu itu pulang dan ia tidak diberi tahu apa-apa.

Fajar mengatakan dirinya sama sekali tidak mengharapkan apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat segera ditemukan.

Mengenai kemampuan berkomunikasi dengan hal-hal ghaib, Fajar mengaku tidak menjalani ritual apapun, ia dan isterinya hanya diberi tanggung jawab oleh tuhan untuk bersama-sama membantu.

"Saya pernah bantu teman cari anak perempuannya yang hilang, dan hasil maklumat yang didapat itu benar. Saya dan isteri juga pernah mendapat maklumat soal kedudukan mata air di Banyuwangi, dan ternyata benar-benar terbukti,"ujarnya.
-alihbahasa dari tribunnews oleh GB

ULASAN GB

Jika benar seperti yang dinyakan, maka kita meminta semua pihak terutama ahli keluarga mangsa yang terlibat agar redha menerimanya.

p/s.
sekurang-kurangnya "cara"nya lebih baik dan lebih mulia dari cara Raja Bomoh di Malaysia. Dia tidak menggunakan apa-apa ritual, hanya berbekalkan solat tahajjud. Tidak menggunakan teropong dan bubu, tidak menggunakan buah kelapa, tidak juga tikar terbang.... pun bomoh tuh belum dapat bagitahu apa-apa hasil dari "ritual"nya itu.

Hanya satu persoalan jika apa yang disampaikan itu benar iaitu: kuasa pesawat itu dikatakan tiba-tiba mati total!


Wallahu 'alam.

comments:

aNa143 said...

Allahuakbar...baca berita ni pn dah meremang bulu roma....

Yong Intan Noor said...

Salam Greenboc

Bomoh Malaysiapun kita tak percaya. Nak percaya bomoh Indon pulak?

greenboc said...

salam Yong

Adakah anda mengkategorikan orang yang solat tahajjud, yang memohon petunjuk dari Allah sebagai "bomoh"?

ismad said...

GB hanya memperkongsikan laporan tu untuk pembaca-pembaca di malaysia lah yong...

takkan bab tu pon jadi hal?

Anonymous said...

Dia hanya solat hajat dan tahajjud ..seterusnya bertawakkal pd Allah..mmg betul lah cara dia cik yong

Anonymous said...

Tidak ada yg mustahil akan hal ini... dunia penuh keajaiban.. benar kata Kapten Norudin.. dimana sains berakhir disitu kudrat Allah S.W.T bermula... hal ini paling diterima akal berbanding teori2 perampasan...

Anonymous said...

kalau begitu benarlah seperti yang dikatakan oleh Kapten Norudin dari awal hari tu...yg pesawat tu hilang...noktah...wallahuallam

Anonymous said...

bila usaha canggih manusia sudah gagal maka kita terimalah keajaiban apa yg berlaku.

bermuda triangle dh byk hilangkan kapal2 maka mcm2 boleh berlaku yg masih luar pengetahuan manusia. tk mustahil.

sedangkan beng hock dan sharani pun dikatakan mati tidak bunuh diri dan tidak dibunuh.. mati mengejut.

altantuya pun rasanya tidak diletupkan dan tidak meletupkan diri sendiri... meletup tiba2.

begitu juga anwar yg tidak liwat, tiada penetrasi tapi kena penjara dituduh meliwat.

ayat2 Quran boleh hilang dr mushaf. masjid2 terselamat dpd tsunami. masjid di malang terbina penuh misteri. dll.

memang dunia byk keajaiban. cuma logik juga kalau mangsa sudah tidak ada lg didunia ini berdasarkan jangkawaktu yg lama hilang.

Anonymous said...

Bkn nk PERCAYA tp berusaha untuk mngesahkan maklumat mcm ni lbih relevan krna lokasi diberikan..bkn nya lokasi yg TERAPUNG2 mcm hari tu. Hantar 1 kapal pngesan pn dh ckup. Jika benar spt maklumat td..hntar kapal dr sluruh dunia pn takpa dh. Hope never end..

Anonymous said...

mungkin ada kebenaran

lokasi itu kelihatan berdekatan dengan lokasi yang pernah disebut oleh seorang pekerja pelantar minyak vietnam dan juga mungkin benar seperti yang dilihat ada objek terbakar oleh nelayan2 kelantan kerana ia berhampiran dengan kedudukan di pantai negeri itu...

matpenang said...

At least cuba la pi selam. No harm trying.

zizy said...

Ya Allah...mohon dipermudahkan segalanya. Tamatkan penantian yang tak terjawab sehingga kini...

Haiza Abd Wahid said...

Subhanallah.. setelah membaca berita ini, meremang bulu roma saya. Pada jam lebih kurang 3 pagi ahad lalu, saya di kejutkan oleh igauan suami yang melaungkan kalimah Allahuakbar. Pabila saya buka mata, terus terlihat susuk tubuh lelaki berpakaian seragam putih dan rupanya seakan co pilot mh370. Saya terkejut dan ketakutan terus membaca doa pelindung syaitan dan ayat kursi. Bila saya buka mata semula orang itu hilang. Tapi saya masih terasa kehadiran lembaga berkenaan. Inilah pertama kali pengalaman saya melihat dengan jelas makhluk yang menyerupai manusia. Dan saya sedar saya bulan di alam mimpi ketika itu. Saya pun tak tahu apa petunjuk atas kejadian ini.

Anonymous said...

Semoga itu memang petunjuk dari Allah.
Macam kes 3 beradik perempuan yg mati dibunuh di A/setar, 2-3 bln lepas. Dikatakan, bapa mereka mendapat gambaran 'pembunuh' setelah solat & berdoa kpd Allah, kemudian dimaklumkan kpd polis.
Allah Maha Besar.

Anonymous said...

Allahu akbar. . Moga apa yg diceritakn mbawa kbnaran utk mudah mcari mgsa yg hilang. Allahu Akbar. .

BaDiN said...

Banyak cara boleh dilakukan dalam usaha mencari barang yg hilang.Solat Hajat sudah dibuat TAPI Solat TAHAJUD belum lagi.Mungkin cara demikian adalah antara salah satu jalannya.Percaya kpd alam Ghaib adalah ciri2 org beriman TAPI Awas Akidah pun kena jaga juga.Jika benar dgn penemuan tersebut jangan berlengah ,ayuh terus ketempat itu dgn segera utk ditimbulkan dan dibawa pulang.

Anonymous said...

bayangkan jika pesawat itu "mati" secara total (fungsi2 logam/alat2 elektronik itu tiada langsung)... amat sukar utk dikesan oleh radar didasar laut...

Anonymous said...

Selagi pesawat belum ditemui semuanya hanya sekadar teori sahaja. Sseungguhnya hanya Allah SWT saja yang mengetahui kebenarannya

Anonymous said...

Ni baru bolih di terima...sholat hajat...bukan bwk teropong buloh...dayung tak ketahuan...

Starr said...

Allahuakbar....
Meremang bulu roma..

Anonymous said...

Cerita Pasangan suami isteri dari Bogor ini sama seperti statement yg dikeluarkan oleh seorang professor dari UUM sebelum ini, cuma prof itu memberi pandangan secara ilmiah dan pengalaman. Masaallah....

abdul hamid mudrikah said...

yong intan nor..
jage tu mulut...!!!

Anonymous said...

bila baca artikel ni terasa saya sndri nak g jengah dasar laut tu...tapi apa lan daya.. kalaulah ada peralatan lengkap tentu saja saya sudah sampai..

Anonymous said...

Pada firasat saya. Pesawat tak akan mati total gitu aja. Pasti ada sesuatu di sebalik nya. Kemungkinan dirampas dan mereka bergolek dan lost control. Boeing 777 is a good plane, dah di maintain dan ingat..pilotnya proffesional.

Anonymous said...

Ibu bapa tawanan MH370 hendaklah mengikut saranan Nabi Muhammad dalam kisah Salim bin Auf ditawan musuh iaitu bertaqwa, bersabar serta membaca La hawla wala quwwata illa biLlah banyak-banyak

Anonymous said...

in response to Salam Greenboc Bomoh Malaysiapun kita tak percaya. Nak percaya bomoh Indon pulak? by Yong Intan Noor

Boleh bezakan bomoh dgn org solat tahajud....dangkalnya kamu Ni

Anonymous said...

in response to Semoga itu memang petunjuk dari Allah. Macam kes 3 beradik perempuan yg mati dibunuh di A/setar, 2-3 bln lepas. Dikatakan, bapa mereka mendapat gambaran 'pembunuh' setelah solat & berdoa kpd Allah, kemudian dimaklumkan kpd polis. Allah Maha Besar.,

Saya setuju. Yg mempersendakan pertunjuk dari Allah kerana Allah telah mencipta segalanya dlm alam maya ni. All are posisble pada Allah.

abd wahab said...

Sepatutnya kerajaan arahkan rakyatnya bersolat Istikharah dan solat hajat

mohd zaharin Abdullah said...

Salam GB saya tidak berniat nak maki hamun sesiapa, atau nak sindir mana mana pihak, hanya nak menyuarakan pendapat peribadi, dengan nama akaun fb peribadi saya sendiri :

Okey lah kita ambil jalan mudah . . . begini . . . nak percaya tidak nak tolak langsung cerita ini pun tidak . . semua terletak pada ketulinan punca berita yang GB telah perolehi ini. Saya nak syorkan GB kalau ada akses terus dengan PM Najib tolong sampaikan berita / cerita ini kepada beliau untuk tindakan sewajarnya. Negara Malaysia ada Scorpene. Walaupun tak dilengkapi peralatan SAR, apa salahnya gunakan untuk misi mencari di kordinate tersebut sekadar untuk mengesahkan berita ini? Bila dah jumpa nanti ambil gambar sebagainya pergilah cari mana2 negara yang sanggup bantu rescue, atau bawa naik MH370 ka permukaan laut untuk kerja2 keselamatan seterusnya. Atau beliau boleh minta bantuan Singapura gunakan kapal selam SAR negara berkenaan pergi lah cari di lokasi koordinate yang tersebut dalam cerita GB itu. Dengan kehendak Allah SWT akan bertemu kebenaran berita ini. Wallahualam.

Anonymous said...

cuba usulkan perkara ini ke phak yang berkenaan.. mungkin ini satu petunjuk dr Allah swt

The Healing Touch said...

Ramai yg mempertikaikan yg agak mustahil kapal terbang boleh hilang kuasa letrik begitu sahaja sbb ada banyak back up. Kalau kena EMP, back up pun x guna sbb semua letrik dan elektronik x akan berfungsi. Mungkinkah satu senjata baru, EMP generator yg cukup besar untuk melumpuhkan sebuah kapal terbang? Kalau kita lihat pada rakaman radar sejurus sebelum MH370 hilang, ada satu lagi kapal terbang di sebelah kirinya yg hilang dari radar dahulu. Mungkinkah ini kapal terbang yg telah "menyerang" MH370 dgn EMP? Dan kapal terbang misteri inilah yg telah terbang kemudian ke barat merentasi semenanjung dan kelihatan dalam radar di Pulau Perak. Apa2 pun, ini ialah salah satu kemungkinan dan lojinya pun ada. Apa yg sebenarnya terjadi? Kita mungkin tidak akan tahu sampai bila2 pun. Cuma harapan kita ketemulah akan kita pada mangsa yg terbabit baik hidup atau pun mati. Dan pihak yg berkewajipan sepatutnya pergilah ke koordinat tersebut.

Anonymous said...

begitulah penilaian dari seseorang yang terlalu jahil. tak dapat nak bezakan antara solat hajat, tahajjud, munajat mohon pertolongan dari Allah dengan ritual karut dari bomoh.

kalau tak tahu nak bezakan, jangan beri komen, menambahkan dan memperlihatkan kebodohan diri.

Anonymous said...

Ya... Allah selamatkanlah mereka semua...

Anonymous said...

Hei yong,kamu jangan menghina indonesia,udh sukur dia mau membantu dgn syariatnya,wlaupun malaysia sering mndzolimi indon tapi msih boleh peduli,,kau aja carikan pesawat yg hilang bisa tak?,stupid

Anonymous said...

mengapa tidak diselidiki d tmpt yg tlh dnyatakn d atas......mungkin ada kbnarannya.......mungkin ini adalh petunjuk yg tlh Allah berikn.......

Anonymous said...

Klu benar itu alamat yg diberi haruslah mencarinya dengan kadar segera dengan itu sesi penyelamatan dapat dilakukan dengan cepat dan tidak lagi menyiksa penumpang serta anak kapal dlm penyiksaan yg begitu lama.. In sha ALLAH

Anonymous said...

apa slah nya kita cb dlu cri di kordinat yg di berik olh mkcik td.mna lah kta tahu klau di izin kn maha kuasa mmg btul kpal 2 ada dkwsan yg di nyatakn kta syukur.jgn lah nk hina2.dh ckp org tlg kta btrima ksih lah.bdoa sj yg pnting apa yg mklumat yg dberik ada bnr.

Anonymous said...

setuju 100% pendapat makcik ini..Mereka semua berada di situ .. Pada pendapat saya mungkin pasukan penyelamat sengaja melengah2kan operasi mencari ke kawasan itu kerana al maklumlah semua kat dalam itu telah pun mati dan jasad mereka tentu rosak,Sukar untuk diuruskan.

onet awir said...

Ada kebenarannya...kwsn kuasa medan magnet yg kuat akn sbbkan kapal terbng hilang arah....dn sukar dpt di kesan...tubuh kita juga boleh ditmbah tenaga trtntu dgn cara prnafasan dan zikir..wallahu alam....

Anonymous said...

Dipaham kan hnya kapal selam malaysia je yg boleh turun ke dasar kot lokasi tersebut..khabar angin mengatakan sehari sebelum mengundi d kajang kapalterbang akan d jumpai..

Anonymous said...

in response to bila usaha canggih manusia sudah gagal maka kita terimalah keajaiban apa yg berlaku. bermuda triangle dh byk hilangkan kapal2 maka mcm2 boleh berlaku yg masih luar pengetahuan manusia. tk mustahil. sedangkan beng hock dan sharani pun dikatakan mati tidak bunuh diri dan tidak dibunuh.. mati mengejut. altantuya pun rasanya tidak diletupkan dan tidak meletupkan diri sendiri... meletup tiba2. begitu juga anwar yg tidak liwat, tiada penetrasi tapi kena penjara dituduh meliwat. ayat2 Quran boleh hilang dr mushaf. masjid2 terselamat dpd tsunami. masjid di malang terbina penuh misteri. dll. memang dunia byk keajaiban. cuma logik juga kalau mangsa sudah tidak ada lg didunia ini berdasarkan jangkawaktu yg lama hilang...

mantap...wa sokong

pejasetiu said...

Bce dl bru komen...jgn bce tjuk sje trs komen...maaf ye..salam

pejasetiu said...

Bce smpai hbs bru komen...jgn bce tjuk sje trs komen...maaf ye...salam

pejasetiu said...

Kebodohan mu terpamer jua...(yong..huhu)

Anonymous said...

in response to bila usaha canggih manusia sudah gagal maka kita terimalah keajaiban apa yg berlaku. bermuda triangle dh byk hilangkan kapal2 maka mcm2 boleh berlaku yg masih luar pengetahuan manusia. tk mustahil. sedangkan beng hock dan sharani pun dikatakan mati tidak bunuh diri dan tidak dibunuh.. mati mengejut. altantuya pun rasanya tidak diletupkan dan tidak meletupkan diri sendiri... meletup tiba2. begitu juga anwar yg tidak liwat, tiada penetrasi tapi kena penjara dituduh meliwat. ayat2 Quran boleh hilang dr mushaf. masjid2 terselamat dpd tsunami. masjid di malang terbina penuh misteri. dll. memang dunia byk keajaiban. cuma logik juga kalau mangsa sudah tidak ada lg didunia ini berdasarkan jangkawaktu yg lama hilang.

mantap...wa sokong!

Anonymous said...

Nothing Impossible in this World

Nurafidah Haron said...

Allah mberi petunjuk pd org2 yg layak. Jika benar, pcarian perlu dibuat d lokasi tsebut. Sekurang2nya ade petunjuk

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment