Sunday, March 23, 2014

RG2011... Fw: CEO MAS Pendusta, Kata Manggis, Rupanya Lithium Ion

 



Mungkin Lithium Ion Sebabkan Kebakaran MH370, Ia Terhempas Di Dasar Laut Cina Selatan!

greenboc.blogspot.


MH370: Bateri Lithium Hidupkan Semula Spekulasi Pesawat Terbakar

Pendedahan oleh Malaysia Airlines terhadap pesawat MH370 yang hilang itu membawa bateri lithium-ion yang sangat mudah terbakar di dalam kargonya telah menyalakan semula spekulasi bahawa kebakaran mungkin menjadi penyebab kehilangan pesawat tersebut.

Seorang pakar keselamatan penerbangan, Billie Vincent hari ini mengesahkan kepercayaannya sebelum ini bahawa kebakaran bermula pada kargo MH370, memusnahkan sistem komunikasi pesawat, kemudiannya mengisi kabin dengan asap toksik.

Bekas ketua keselamatan Syarikat Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat itu berkata ia akan menenggelami penumpang tetapi mungkin juruterbang berpeluang untuk mengalihkan pesawat untuk pendaratan kecemasan.

"Data yang dikeluarkan setakat ini menunjukkan perkara paling mungkin ialah masalah dengan bahan-bahan yang berbahaya.

"Senario ini bermula dengan letusan bahan-bahan berbahaya di dalam kargo - sama ada dibungkus secara tidak wajar atau dibawa secara tidak sah - atau kedua-duanya sekali," beliau dipetik sebagai berkata di dalam "Pengurusan Trafik Udara" (PTU), sebuah majalah dan laman web yang berdedikasi yang membuat liputan terhadap PTU dan industri komunikasi, navigasi dan pengawasan yang berkaitan.

Vincent telah menegaskan dari awal lagi bahawa daripada menuding juruterbang pesawat Malaysian Airlines MH370 yang hilang itu sebagai pengkhianat, juruterbang mungkin adalah wira yang telah berjuang untuk menyelamatkan pesawat sehingga ditewaskan dengan asap dengan bencana yang disebabkan oleh kebakaran di kargo - atau diburukkan lagi - oleh kargo yang membawa bateri litium yang sangat mudah terbakar.

Vincent menolak kemungkinan bom diletupkan di atas kapal yang menyebabkan badan pesawat ranap, memetik fakta bahawa siri 'ping' menunjukkan bahawa Penerbangan 370 itu telah terbang sehingga tujuh jam lagi.

Vincent berkata kebakaran yang boleh bermula pada kargo yang secara progresif dan sakli gus, telah memusnahkan sistem komunikasi pesawat.

Asap toksik boleh cepat memenuhi kabin penumpang dan kokpit di mana sekurang-kurangnya salah seorang daripada anak-anak kapal penerbangan itu berjaya memakai topeng topeng oksigen yang membolehkan ia untuk menukar haluan pesawat kembali ke Kuala Lumpur atau Langkawi.

Penerbangan 370 dilaporkan telah terbang ke paras 45,000 kaki yang mana Vincent percaya ia boleh disebabkan akibat dari ketidakupayaan anak kapal untuk melihat dengan jelas dan membuat kawalan selanjut untuk kembali.

Rampasan, sabotaj mustahil

Vincent berkata bahawa adalah mungkin pesawat telah dapat dikawal semula dan ia dibawa ke tempat yang lebih rendah kira-kira 23,000 kaki - yang merupakan satu lencongan ketinggian yang ditetapkan oleh pengeluar pesawat bagi mengelakkan api terus marak dan kedua-dua keadaan itu memberikan peluang survival yang lebih baik sementara memperolehi peluang untuk melakukan pendaratan.

"Pesawat itu kemudian terus terbang sehingga tiada lagi bahan bakar dan kemudiannya terhempas - kemungkinan besar ke dalam laut kerana setakat ini tiada sebarang laporan diterima dari mana-mana Pusat Kecemasan Pemancar yang memberi isyarat jika kemalangan itu berlaku di darat ," kata Vincent.

Vincent juga berkata senario lain yang melibatkan rampasan dan sabotaj adalah tidak mungkin.

"Tidak ada sebarang petunjuk yang sama ada juruterbang terlibat dengan jenayah menghilangkan pesawat ini. Malah Malaysia sendiri tidak mengeluarkan apa-apa data mengenai apa-apa yang tidak kena di dalam tapisan keselamatan ke atas penumpang untuk penerbangan ini.


"Persoalan yang dibangkitkan mengenai dua orang penumpang yang menggunakan paspot curi telah dibersihkan yang menunjukkan bahawa mereka telah merancang dengan mendakwa mencari suaka di negara lain, mungkin Jerman," katanya.

Vincent juga merupakan penulis 'Pengebom, Perampas, Pengimbas Badan, dan Golongan Jihad' .

Mengapa radio senyap?

Namun teori Vincent mengenai kebakaran di kapal terbang itu tidak dapat meyakinkan semua orang.

Pengurusan Trafik Udara dipetik oleh beberapa penyiasat kemalangan udara sebagai berkata bahawa masih terdapat beberapa anomali dalam senario seperti radio pesawat yang senyap sepi .

"Dalam setiap kebakaran dalam penerbangan di mana pesawat itu terhempas, keadaan akan merosot dengan pantas, akhirnya menghalang keupayaan pesawat untuk terbang seperti kebakaran bateri lithium ion UPS 747-400 di Dubai, kimia oksigen dalam kargo hadapan Valujet 594, kebakaran sistem elektrik dalam ruang kosong Swissair 111 dan kebakaran kargo Penerbangan Boeing 747 South African Airways pada tahun 1987, " kata seorang pakar.

Dalam setiap kes di atas, beliau berkata anak-anak kapal mempunyai masa yang cukup untuk berkomunikasi dengan kawalan trafik udara sebelum pesawat itu terhempas walaupun api marak dengan pantas dan menyebabkan kebakaran bahan-bahan berdekatan.

Dalam setiap kes kebakaran itu juga menyebabkan pesawat tidak mampu terbang, kecuali Swissair yang tinggal di udara lebih lama apabila anak-anak kapal telah cuba membakar bahan api.

Sebab kedua yang menyebabkan keraguan pada senario kebakaran kargo MH370 ialah, jika juruterbang pesawat berkenaan mengikuti prosedur kecemasan yang betul, kedua-duanya telah menggunakan topeng oksigen kecemasan, yang melindungi mereka daripada gas toksik.

"Ada mikrofon dalam topeng, jadi mereka telah memaklumkan ke pusat kawalan trafik udara terhadap tujuan mereka untuk membuat pusingan kecemasan," katanya.

Akhir sekali, terdapat juga keraguan tentang sama ada - walaupun autopilot masih ada - pesawat itu mampu untuk terbang selama tujuh jam .

"Akhir sekali bencana itu sepatutnya berlaku lebih awal, sekalipun mereka cuba untuk mengurangkan tekanan kabin bagi tujuan mengurangkan kebakaran."

Kenyataan Flip-flop CEO MAS CEO Jauhari

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya mendedahkan bahawa pesawat itu membawa beberapa bateri ion litium , yang dianggap "merbahaya" untuk kargo dan boleh menjadi terlalu panas dan mengakibatkan kebakaran.

Bateri jenis ini telah bertanggungjawab untuk 140 insiden pesawat sejak 23 tahun yang lalu, mengikut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, termasuk satu apabila pesawat kargo UPS yang terhempas semasa pendaratan kecemasan pada tahun 2010.

Tetapi Ahmad Jauhari Yahya berkata, bateri yang biasa digunakan di dalam komputer riba dan telefon bimbit, telah dibungkus dan dibawa mengikut peraturan dan tidak mungkin menimbulkan ancaman.

Menjawab satu soalan pada sidang akhbar semalam, Jauhari berkata: "Kami bawa beberapa bateri litium -ion kecil, ia bukan bateri yang besar dan ia pada dasarnya diluluskan di bawah ICAO ( Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ) di bawah barang-barang berbahaya.

"Ia bukan barang berbahaya, tetapi dari segi ia (menjadi) barangan yang diisytihar dikelaskan sebagai berbahaya di bawah ICAO."

Beliau menegaskan ia telah diperiksa beberapa kali untuk memastikan ia mematuhi garis panduan.

"Syarikat penerbangan lain melakukannya sepanjang masa, bukan sahaja Malaysia Airlines. Ia barang-barang yang diterbangkan oleh banyak syarikat penerbangan kargo, (yang mana) adalah mematuhi ketetapan ICAO , "tambah beliau.

Pendedahan Jauhari mengenai bateri litium muncul empat hari selepas beliau telah menafikan pesawat itu membawa apa-apa barang-barang berbahaya dan hampir dua minggu selepas pesawat hilang.

Apabila ditanya awal minggu ini jika terdapat kargo berbahaya di atas kapal, Jauhari berkata tidak ada, sambil menambah bahawa ia hanya membawa "tiga ke empat ton manggis".

Pendedahan ini telah menghidupkan semula teori bahawa Boeing 777 mungkin telah terlibat dengan kebakara, menyebabkan anak-anak kapal dan penumpang tidak sedarkan diri selepas terhidu asap toksik. -FMT/Terjemahan bebas oleh GB

ULASAN GB

Ada kebenarannya bahawa bateri lithium ion itu punca kebakaran kargp. Ini kerana terdapat laporan sebelum ini bahawa:

Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang seperti laporan di SINI. Petikan:

Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.

Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay.

Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.

Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370.

Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang.

Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur.
Sebelum itu, ada laporan polis dibuat di Terengganu dimana 8 orang pemuda terdengar bunyi kuat seperti dilaporkan oleh Metro.

8 pemuda dengar bunyi kuat

Marang: Lapan pemuda mendakwa terdengar bunyi yang kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas, Marang pada hari kehilangan pesawat MH370.

Kesemua pemuda itu mendakwa terdengar bunyi letupan yang agak luar biasa dan menakutkan ketika berehat di sebuah wakaf di Kampung Pantai Seberang Marang, Marang kira-kira jam 1.20 pagi pada Sabtu lalu.

Alias Salleh, 36, berkata, sebaik mendengar letupan itu, dia bersama tujuh rakannya bergegas ke tepi laut untuk meninjau dan mencari punca letupan berkenaan tetapi tidak menemui sebarang kejadian pelik.

"Dalam keadaan tertanya-tanya, masing-masing mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dan mengabaikan bunyi misteri tersebut.

"Bagaimanapun, saya mula mengesyaki bunyi misteri itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat itu sejurus menerima berita berhubung insiden berkenaan yang disiarkan di dalam media elektronik secara meluas kira-kira jam 11 pagi, hari yang sama sebelum membuat laporan di Balai Polis Marang pada jam 10.28 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung bunyi misteri itu dan menyerahkan laporan itu kepada Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.
Dan ada juga laporan polis di Kelantan:

KOTA BHARU - Polis Kelantan menerima empat laporan daripada orang awam berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, laporan tersebut dibuat dari 9 Mac hingga semalam yang mendakwa mereka ternampak sebuah pesawat melalui beberapa lokasi, disyaki pesawat berkenaan.

"Kita menyiasat kes ini mengikut Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 dan memanggil mereka untuk menunjukkan lokasi, serta membuat beberapa ujian untuk mendapatkan fakta yang boleh menyokong laporan mereka," katanya.
Jadi kemungkinan telah berlaku kebakaran terhadap pesawat 370 tidak dapat ditolak. Kewujudan bateri lithium ion yang diakui oleh CEO MAS memperkukuhkan teori kebakaran tersebut.

Persoalannya jika terbakar dimanakah bangkai pesawat MH370 tersebut?


Teori-teori yang pelik sebelum ini yang menyatakan pesawat itu telah berpatah balik ke Langkawi, Andaman, Kasazhtan dan sebagainya hanya tinggal teori tanpa sebarang fakta yang menyokongnya. Radar TUDM hanya dapat menunjukkan ia membuat U-turn, tetapi tidak menjelaskan ke mana arahnya selepas itu.

Penemuan-penemuan "bangkai pesawat" oleh pakar-pakar IT kononnya ditemui di India, Taiwan dan sebagainya pun tidak ada sandarannya malah ada yang terbukti palsu.

Malah penemuan terbaru oleh Australia dan imej satelit dari China menyatakan ada objek besar ditemui di Lautan Hindi pun tidak dapat disahkan lagi kebenarannya.

Dua objek itu yang masing-masing sepanjang 24 meter dan 5 meter dipercayai berada di kawasan sejauh 2,500km dari barat daya Perth.

Namun beberapa pakar bimbang dua objek tersebut tiada kaitan dengan pesawat MH370.

Seorang pakar penerbangan di Universiti New South Wales, Sydney memberitahu agensi berita Associated Press bahawa dua objek itu mungkin merupakan sebahagian kontena yang terjatuh dari kapal kargo di lautan itu.
-mstar
Jadi dimana sekarang bangkai pesawat itu?

GB berpendapat bahawa pesawat itu telah terbakar dan terhempas ke dasar laut di titik dimana dikatakan ia membuat U-turn. Ada yang bertanya kalau terhempas tentu ada serpihannya dan mengapa satelit tak menemui apa-apa?

Di dalam penerbangan EgyptAir yang terhempas pada 1999, menjelaskan tiada serpihan jika pesawat terhempas ke dalam laut. Kapal terbangnya tidak akan bercerai sebelum impak, dan akan tenggelam dengan cepat.

Satelit tidak menemui apa-apa kerana pesawat telah tenggelam ke dasar laut. Satelit hanya dapat merakam imej objek-objek di pemukaan laut, bukan di dasarnya!

Masalahnya ialah pencarian selama ini di Laut Cina Selatan dilakukan hanya di permukaaan, tidak di dasar laut. Tiada kapalselam yang mencari di dasar laut di titik dimana radar kali terakhir mengesan kedudukan pesawat berkenaan. Tiba-tiba pencarian di Laut Cina Selatan dihentikan. Terbabas penariannya ke tempat lain. Kejap ke sana sekejap sini.

Seandainya ada kapalselam yang mencari pesawat di Laut Cina Selatan berkemungkinan ia sudah ditemui sejak hari pertama ia dilaporkan hilang dan kemungkinan ada nyawa yang dapat diselamatkan. Tetapi lansung tidak dijengah di dasar laut itu.

Selain itu, blog GB juga pernah menedahkan pasangan suami isteri di Bogor yang mendapat petunjuk selepas solat tahajjud yang menyebutkan pesawat berada di titik berikut (Latitud Utara 7 darjah 47'47.90" Longitud Timur 105 darjah 13'39.59" Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh. Bererti imej berkenaan menepati kedudukan yang disebutkannya iaitu di Laut Cina Selatan. Klik SINI

Semuga Allah mempermudahkan urusan penemuan pesawat MH370 yang hilang ini disamping mendedahkan kebenaran apakah yang sebenar-benarnya yang telah berlaku yang menyebabkan pesawat demikian "hilang" secara tiba-tiba.

comments:

Anonymous said...

RASANYA PERNAH TERBACA YANG SALAH SEORANG PENUMPANG TELAH MENELEFON AHLI KELUARGANYA DAN MEMBERITAHU BAHAWA KEADAAN DALAM KABIN SANGAT PANAS TAK LAMA SEBELUM PESAWAT MH 370 HILANG DARI RADAR.

Anonymous said...

ulasan yg cukup akkademis dan mantap. tahniah GB!

Anonymous said...

Dari hari pertama lagi... ramai saksi melihat ada sesuatu yang berlaku di lokasi. Tapi malangnya tak nak jengah pun. Tak nak pegi selam. Sekarang dah cari jauh-jauh, depan mata tak nak cari dulu. Nak kata BODOH DAN SOMBONG kasar sangat lah pulak.

Anonymous said...

adakah setiap pilot yang membawa kapalterbang tau tak apa yang dibawanya selain manusia? Adakah dia diberitahu tentang jenis-jenis barang/consignment yang dibawanya dalam cargo? Jika benar teori ini, kenapa MAS pada awalnya takut sangat nak mengaku kapalterbang membawa bateri lithum-ion yang sangat mudah terbakar? Adakah dari awal lagi mereka dah menghidu punca kapalterbang hilang disebabkan letupan bateri?

Anonymous said...

Malaysia tidak mempunyai aset aset canggih, seperti negara lain, tapi Malaysia ada aset seperti bangunan tertinggi, jambatan terpanjang, gedung terbesar dan bermacam lagi, malangnya aset tersebut tak mampu untuk digerakkan untuk tugas menyelamat.

Anonymous said...

jom tengok cerita MAS di zaman Mahathir dan Tajudin ramli dgn kerugian MAS sebanyak rm 580 juta... dan parahkan oleh idris jala...

http://www.roketkini.com/2012/02/25/siapa-yang-akan-bayar-hutang-rm580-juta-tajudin-ramli/

ada kiatan ker????

Anonymous said...

IATA patut buat law baru.. pilot kena tahu apa barang kargo dia bawak sblm berlepas.

Anonymous said...

Apa yg berlaku sebenarnya arahan orang atasan.

 

CEO MAS Pendusta, Dulu Kata Hanya Manggis, Rupanya Bawa Lithium Ion Yang Merbahaya

greenboc.blogspot.


Selepas mengeluarkan kenyataan Malaysia Airlines pesawat MH370 tidak mempunyai sebarang kargo bahaya dan hanya membawa beberapa tan manggis, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya akhirnya mengaku pesawat itu turut membawa bateri lithium yang mudah terbakar, lapor Mail Online.

Versi online akhbar United Kingdom, Daily Mail itu berkata, pengakuan itu menimbulkan semula spekulasi kehilangannya dua minggu lalu berpunca daripada kebakaran.

Pada 17 Mac, Ahmad Jauhari pada sidang medianya berkata, pesawat MH370 itu membawa antara tiga ke empat tan manggis ke China, dengan menekankan bahawa tidak ada bahan mudah terbakar dalam pesawat itu.


Mail Online melaporkan, bateri litium pernah menyebabkan 140 kejadian di udara dalam tempoh 29 tahun lalu.

Dikelaskan sebagai 'berbahaya' oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), bateri itu biasanya digunakan dalam telefon bimbit dan komputer riba.


Ahmad Jauhari berkata, pihak berkuasa menyiasat kargo berkenaan tetapi tidak menganggap bateri itu sebagai berbahaya kerana ia dibungkus mengikut peraturan keselamatan.

"Kita membawa bateri kecil litium, ia bukan bateri besar dan ia biasanya diluluskan mengikut ICAO di bawah barangan berbahaya," lapor Mail Online yang memetik kenyataannya.

"Bateri itu sendiri tidak bahaya, tetapi mengikut syarat, ia diisytiharkan sebagai barangan berbahaya di bawah ICAO," katanya.

Ahmad Jauhari berkata, bateri litium itu diperiksa beberapa kali untuk memastikan mereka mematuhi garis panduan.

"Syarikat penerbangan selalu melakukannya, bukan saja Malaysia Airlines. Barangan itu diterbangkan oleh banyak syarikat penerbangan sebagai kargo, yang mengikut peraturan ICAO," katanya seperti dilaporkan Mail Online.

Pendedahan itu mengembalikan teori menyatakan Boeing 777 mungkin berdepan dengan masalah kebakaran, menyebabkan anak kapal dan penumpang tidak sedarkan diri selepas menghidu asap beracun, kata laporan Mail Online.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, bateri litium yang dibawa dalam kargo atau bagasi menjadi penyebab kepada lebih 140 kejadian antara Mac 1991 dan 17 Februari tahun ini, seperti dilaporkan oleh Malaysiakini.

Dalam kes terpencil, pesawat musnah dalam kebakaran yang bermula daripada peralatan, walaupun ia adalah pesawat pesawat dalam kedua-dua kejadian, kata Mail Online.

Dalam satu kes, syarikat penerbangan UPS pesawat 6 terhempas dalam cubaan mendarat secara kecemasan pada September 2010 ketika perjalanan ke Dubai dari Cologne di Jerman.

Bekas Ketua Keselamatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS, Billie Vincent, berkata pendedahan MH370 membawa bateri litium menegaskan semula kepercayaannya kebakaran bermula dalam kargo, memusnahkan sistem komunikasi pesawat dan kemudian memenuhi kabin dengan asap beracun,
lapor Mail Online.

Vincent berkata, keadaan itu akan mencemaskan pesawat tetapi mungkin memberi juruterbang peluang untuk mengubah laluan pesawat itu untuk pendaratan kecemasan.

Bateri litium biasa digunakan kerana ia adalah bateri boleh cas semula yang paling bertenaga, kata Mail Online.

Laporan itu berkata, bateri boleh meletus menjadi api, dan walaupun ia bukan sesuatu yang biasa terjadi, tetapi apabila ia menyala ia boleh menyebabkan kebakaran.

Bateri litium itu sangat sensitif dengan suhu tinggi dan panas boleh mendegradasikan bateri lebih cepat daripada biasa.

Jika bateri itu rosak, ada kemungkinan ia meletus menjadi api. Ia boleh mendatangkan bahaya dan keselamatan kebakaran, tidak seperti bateri dicas semula lain, ia mengandungi elektrolit mudah terbakar dan disimpan secara bertekanan,
lapor Mail Online.

Pesawat MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan setakat ini, pasukan mencari dari 26 negara masih belum menemui sebarang petunjuk lokasi pesawat itu.

Susulan daripada petunjuk terbaharu, pesawat dan kapal dihantar ke lautan sekitar 2,500 kilometer ke pantai bandar Perth di Australia untuk cuba mengesan objek yang ditunjukkan imej satelit yang dikatakan penyiasat mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370. -TMI


Missing jet WAS carrying highly flammable lithium batteries: CEO of Malaysian Airlines finally admits to dangerous cargo four days after DENYING it

* asked days ago, he said it was carrying 'tonnes of mangosteens'
* Lithium-ion batteries have caused 140 mid-air incidents in last 20 years
* The devices are commonly used in mobile phones and laptops
* Classed as dangerous by The International Civil Aviation Organisation
* Reignites theory that missing flight may have crashed after on-board fire
* Aviation expert said it re-affirm belief that flames started in cargo hold
* One cargo plane crashed in 2010 after attempting an emergency landing
* Safety report said battery caught fire and filled the flight deck with smoke


The admission by CEO Ahmad Jauhari comes four days after he denied the aircraft was carrying any dangerous items and nearly two weeks after the plane went missing.

He said the authorities were investigating the cargo, but did not regard the batteries as hazardous despite the law dictating they are classed as such - because they were packaged according to safety regulations.

The revelation has thrown the spotlight back on the theory that the Boeing 777 may have been overcome by a fire, rendering the crew and passengers unconscious after inhaling toxic fumes.

Lithium-ion batteries - which are used in mobile phones and laptops - have been responsible for a number of fires on planes and have even brought aircraft down in recent years.

************************************
CHANGING RESPONSES FROM CEO

What Ahmad Jauhari said four days ago:
When asked at a press conference if there was any dangerous cargo on board, he replied: 'We had a load of mangosteens headed to China.

'It was a large quantity - about three to four tonnes of mangosteens,' he said to laughter from the media.

What he said today:

'We carried some lithium-ion small batteries, they are not big batteries and they are basically approved under the ICAO (The International Civil Aviation Organisation) under dangerous goods.'

************************************

According to US-based Federal Aviation Administration, lithium-ion batteries carried in the cargo or baggage have been responsible for more than 140 incidents between March 1991 and February 17 this year, it was reported by Malaysiakini.

In rare cases, aircraft have been destroyed as a result of fires started from the devices, although they have been cargo planes in both incidents.

In one case, UPS Airlines Flight 6 crashed while attempting an emergency landing in September 2010 en route from Dubai to Cologne in Germany.

Flight MH370 disappeared from radar screens two weeks ago on March 8 after taking off from Kuala Lumpur bound for Beijing.

The second day of a new search, concentrating on a desolate area in the southern Indian Ocean, failed to locate two possible pieces of debris from the Malaysia Airlines Boeing 777.

Aircraft and ships scoured the seas around 2,500kilometres off the coast of the Australian city of Perth, for 10 hours before darkness fell. Australian officials have vowed to continue the search tomorrow.

Billie Vincent, the former head of security for the U.S. Federal Aviation Administration, said the revelation re-affirmed his belief that flames started in the cargo hold, destroying the aircraft's communication systems then filling the cabin with toxic fumes.

This, he says, would have overwhelmed the passengers but may have given the pilots a chance to divert the aircraft for an emergency landing.

He told Air Traffic Management: 'The data released thus far most likely points to a problem with hazardous materials.

'This scenario begins with the eruption of hazardous materials within the cargo hold – either improperly packaged or illegally shipped – or both.'

It is thought the missing plane climbed to 45,000ft - a move Mr Vincent believes may have resulted from the pilots not being able to see the controls properly.

Reversal: When asked four days ago if there was any hazardous cargo on aboard, Mr Jauhari said no, adding that it was carrying 'three to four tonnes of mangosteens'

Questioned: Mr Jauhari Yahya (left) and Department Civil Aviation Director General Azharuddin Abdul Rahman update the media on the progress of the investigation

Responding to a question at a press conference in Kuala Lumpur, Mr Jauhari said: 'We carried some lithium-ion small batteries, they are not big batteries and they are basically approved under the ICAO (The International Civil Aviation Organisation) under dangerous goods.

'They (lithium-ion batteries) are not dangerous goods per se, but in terms (of) they are (being) declared as dangerous goods under ICAO.'

He insisted they were checked several times to ensure they complied with the guidelines.

'Airlines do that all the time, it is not just Malaysia Airlines. These goods are being flown by many airlines as cargo anyway, (which) is based on ICAO's ruling,' he added.

When asked earlier this week if there was hazardous cargo on board, Mr Jauhari said no, adding that it was carrying 'three to four tonnes of mangosteens'.

****************************************
IF BATTERY PACKS FAIL THEY ARE PRONE TO BURSTING INTO FLAMES

Lithium-ion batteries are found in everyday items including laptops, mobile phones, iPods and other electrical products.

They are very common, because pound for pound, they are one of the most energetic rechargeable batteries available.

The batteries do have the ability to burst into flames, and while it is uncommon, when they ignite they can cause an extreme fire.

Lithium-ion batteries are very sensitive to high temperatures. Heat can cause the battery packs to degrade much faster than they normally would.

If the battery fails there is a chance the pack could burst into flames.

They can pose a danger and safety hazard since they contain, unlike other rechargeable batteries, a flammable electrolyte and are kept pressurised.

Radar also confirmed the flight later dropped to 23,000ft which, according to Mr Vincent, is a diversion altitude set by manufacturers to limit the spread of the fire.

****************************************


The United Arab Emirates' General Civil Aviation Authority blamed the crash, which killed the crew, on the batteries which it believed may have 'auto-ignited' and filled the flight deck with smoke.

The batteries have also caused problems in the cabin including a flight attendant and two passengers who were burned when they handled a mobile phone and spare battery in September 2012.

Six months earlier, a lithium battery caught fire inside one passenger's personal air purifier.

The incident prompted to the ICAO to introduce a new rule last year stating that any cargo with more than two lithium-ion batteries be packaged under hazardous goods regulations.

Malaysia Airlines has not responded to a call from MailOnline. Today the transcript of the last communication between the flight deck of the missing plane and ground control emerged.

The final 54 minutes of dialogue between Captain Zaharie Ahmad Shah, co-pilot Fariq Abdul Hamid and air traffic controllers is captured from take off until the moment Hamid uttered the last message: 'Alright, good night.'

Two minutes later the plane's transponder was disabled.

The transcript shows the moment the plane took an unexpected turn west, over north Malaysia coincided with the point at which air traffic controllers in Kuala Lumpur handed over to their Vietnamese colleagues in Ho Chi Minh City.

Former British Airways pilot Stephen Buzdygan told The Telegraph, if he was planning to steal an aeroplane, that would be the moment to choose.

He said: 'There might be a bit of dead space between the air traffic controllers … It was the only time during the flight they would maybe not have been able to be seen from the ground.'

From the first sign-in at 12.36am local time, when the plane was on the ground in Kuala Lumpur, co-pilot Hamid gave regular and routine updates, alerting air traffic controllers to the plane's location, ascent and altitude.

'The communication up until the plane went to the changeover [to Vietnam] sounds totally normal,' Mr Mr Buzdygan said. 'I've done it hundreds of times. It is perfectly normal.'

Search planes today scoured a remote patch of the Indian Ocean but came back empty-handed after a 10-hour mission looking for any sign of the missing Malaysia Airlines jet.

Australian officials pledged to continue the search for two large objects spotted by a satellite earlier this week, which had raised hopes that the two-week hunt for the Boeing 777 that disappeared March 8 with 239 people on board was nearing a breakthrough. But Australia's acting prime minister, Warren Truss, tamped down expectations.

'Something that was floating on the sea that long ago may no longer be floating - it may have slipped to the bottom,' he said.

'It's also certain that any debris or other material would have moved a significant distance over that time, potentially hundreds of kilometers.'

Aircraft and ships from China headed to the desolate southern Indian Ocean to join the new search for the Malaysia Airlines flight, which disappeared into the ether two weeks ago.

A satellite spotted two large objects in the area earlier this week, raising hopes of finding the Boeing 777 that vanished on March 8 with 239 passengers and crew on board.

Surveillance planes have been scouring the area - about 2,500 kilometres southwest of the Australian city of Perth - the size of the English Channel.

But after ten hours the second day of the search proved unsuccessful.

Australian officials pledged to continue the effort. even as they tried to tamp down expectations.

'It's about the most inaccessible spot that you could imagine on the face of the Earth, but if there is anything down there, we will find it,' Prime Minister Tony Abbott said at a news conference in Papua New Guinea.

'We owe it to the families and the friends and the loved ones of the almost 240 people on Flight MH370 to do everything we can to try to resolve what is as yet an extraordinary riddle,' he added.

Two Chinese aircraft are expected to arrive in Perth on Saturday to join the search. They will be followed by two Japanese aircraft on Sunday.

In Kuala Lumpur, where the plane took off for Beijing, Malaysian Defense Minister Hishammuddin Hussein thanked the more than two dozen countries involved in the overall search that stretches from

Kazakhstan in Central Asia to the southern Indian Ocean. He called the whole process 'a long haul'.

The search area indicated by the satellite images in the southern Indian Ocean is a four-hour round-trip flight from western Australia, leaving planes with only enough fuel to search for about two hours.

The images were taken March 16, but the search in the area did not start until Thursday because it took time to analyse them.
-Daily Mail

ULASAN GB

Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) telah menkelaskan bateri Lithium Ion sebagai merbahaya, bagaimana MAS boleh "mengandaikan" ia tidak merbahaya walaupun dibungkus dengan macamana hebat sekalipun? Sama seperti bom, bolehkah MAS mengandaikannya tidak merbahaya walau sudah dibungkus dengan rapi?

Sesuatu yang keterlaluan apabila membuat andaian sehingga boleh mengorbankan nyawa manusia.

Itu satu hal. Yang berdusta tu apa kes? Dulu kata hanya manggis? Sekarang baru mengaku bawa barang merbahaya!

Patutlah asih tuding pilot dan co-pilot, rupa-rupanya MAS ingin tutup kelemahan sendiri.

MAS perlu dedahkan siapa penumpang yang bawa bateri itu.

Atau apakah ada RAHSIA BESAR yang tersembunyi dengan percubaan untuk menyembunyikan kebenaran?

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

comments:

zab said...

Patutlah beria2 nak kata pilot bunuh diri. Nak sembunyikan silap sendiri. Dari awal lagi banyak kenyataan Malaysia yang bercanggah.

Anonymous said...

Pembelit punya ceo mas... Melibatkan ratusan nyawa... Penumpang antarabangsa... Penipu.. Letak jawatan wahai ceo ..

kampong lad said...

bagaimana pada kelazimannya bateri jenis ini dihantar dari negara pengeluar ke negara2 pengguna, melalui laut, darat & udara?

Anonymous said...

soalnya bukan bungkus x bungkus ikut spesifikasi, tetapi mengapa perlu berbohong? dulu cuma kata manggis skrg baru mengaku bawa lithium ion!

Anonymous said...

Mengapa harus berbohong..kenyataan demi kenyataan selalu bercanggah..rakyat nak tahu bmana pesawat sebesar itu bleh hilang dan tidak dpt dikesan lansung..

Anonymous said...

haramj....h, dah kutuk kapten baru nak mengaku ada bahan mudah terbakar.....memang g.mp..g

Anonymous said...

bila dr mula ceo mas kata bawa buah manggis aku tertanya tanya juga mana mai manggis byk nie. negeri mana mai manggis nie.......musim buah manggis kah la nie........

Anonymous said...

manggis ngan betri pun da tak kenal mata buta hati hitam anak didik pati dacing keja membohong dan menipu pas tu cari orang jadikan kambing hitam makan gaji kerana pandai menipu dan putaralam bagi anak mini makan... koa bertaubat nangis air mata darah sekalipun nyawa orang dah digadai nak ganti ngan apa.

Anonymous said...

Assalamualaikum, pada pendapat saya selayaknya pihak pemberita bertanya kepada TIGA orang PANEL tu, samaada meraka dah solat ke belum? Kalau mereka solat, mereka akan telus dalam memberikan jawapan.kalau tak solat, sememangnya jawapan Yang diberikan bercelaru.

Anonymous said...

Bertan2 manggis ke bertan2 bateri lithium Ion...
haramjadah Ceo pakat tipu sama kroni depa.. org lain yg hilang nyawa..
Boleh ganti ke nyawa org dng duit yg kau tipu tu...
Itulah kalau berpuluh pakar turun siasat mesti akan dapat klunya.... hang tak payah tipu la..
Mana pengawal mas ni pun kena tanya juga mengapa benda ni boleh lepas atas arahan siapa...

Anonymous said...

Tolong bagi tau daerah mana yg ada musim manggis aekarang?

Anonymous said...

MEREKA INI SEMUA TERMASUK IGP DAN KETUA TURUS ANGKATAN TENTERA ,NAJIB HISHAMUDIN ,ANIFAHN DAN ORANG ORANG YANG BERKHAITAN PERKARA MH370 INI PATUT DITANGKAP DAN DIBICARAKAN DI MAHKAMAH ANTARA BANGSA DI HEAD BELANDA .SENANG ASAJA NAK TAHU KAPAL TERBANG TANGKAP MEREKA I9NI SEMUA DAPAT TAHU LAH DIMANA KAPAL ITU BERADA

Anonymous said...

mungkin memang betul dalam manifest declare manggis...tapi dalam cargo letak bateri....nak elak cukai kata kan....Malaysiakan serba boleh

Anonymous said...

Aku kesian pada juru terbang...difitnah bunuh diri, hijack la, krna kecewa ngn kes anwar tu, simulatornya di siasat,dll takde pun nak hadiah alfatihah pada mereka sedangkan mereka sudah tentu berusaha menyelamatkan mh370 itu..sepatutnya kita mesti simpati pada keluarga mereka kerana difitnah sebegitu...

Anonymous said...

AGAKNYA, KALAULAH KAPTEN ZAHARIE NI PENYOKONG KUAT NAJIB DAN BN, MESTI SIMULATOR DIA TIDAK DISIASAT DAN DI PUN TIDAK DITUDUH MERAMPAS KAPAL TERBANG YANG DIPANDUNYA SENDIRI. AGAK PELIK BILA ADA KENYATAAN YANG MENGATAKAN AHLI KELUARGA KAPTEN ZAHARIE TELAH MENGOSONGKAN KEDIAMAN SEHARI SEBELUM KEJADIAN TETAPI BEBERAPA HARI KEMUDIAN, KETUA POLIS NEGARA MEMBERITAHU BAHAWA SIASATAN PIHAK POLIS DI KEDIAMAN KAPTEN ZAHARIE MENDAPAT KERJASAMA PENUH DARI KELUARGA BELIAU. KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN, INGAT , PERANCANGAN ALLAH LEBIH HEBAT DARIPADA APA YANG KITA RANCANGKAN....

Anonymous said...

Jadi rasanya dah boleh agak siapa pihak tertentu yg mengarahkan pilot yg SEDANG BERCUTI balik bertugas utk menerbangkan pesawat MH370.

Anonymous said...

Atau mungkinkah mereka memang merancang nk membunuh pilot? Kerana beliau dikatakan sdg bercuti tiba-tiba dipanggil balik bertugas? Ini persoalan besar yg wajib dirungkai.

Anonymous said...

Jeng jeng jeng..... dah semakin nak terbongkar dah ooi..
Ceo dah mengaku bawa barang bahaya mudah terbakar dan meletup...
Pakar penerbangan usa pula kata dia yakin asap karbon monoksid masuk dlm kokpit....
Ha.. mana datang asap tu.... dari bhg kargo ke....
Kita tunggu dan lihat mainan manusia ni kalau betul.....
Itulah kekuatan doa dan solat hajat org yg kena zalim.... teruskan doa....
Akan terburai akhirnya....

Anonymous said...

kalau asap/ api dalam kargo kapalterbang, pilot dapat detect dah.. hampir suma kapal ETOPS sistem lebih kurang sama. sistem aircond akan isolate x da asap masuk cabin/ cockpit. kargo fire extinguisher pun dah discharge ada 2 botol boleh padam depan blkg, lepas 1 jam discharge lg 1. procedure padam api x sampai 30 sec pun.. sempat contact tower nak wat turnback.. pilot yg sign cargo declaration ada dangerouds good as long patuh undang icao dgn malaysia makna dia aware, dia ada absolute right nak refuse. sangka baiklah jangan dok belasah je.. tggu la sampai jumpa cvr/fdr a.k.a black box.. nak cerita sistem kapalterbang ngan korang 5 tahun pun x habis.. doa la yg terbaik utk mereka.

Anonymous said...

Kalau pun ada Altantuta , pasti tiada di bagi tahu.....

Ini acuan bahalol Najib aper !

Anonymous said...

Sepatutnya siasatan bermula dari situ. Sebabnya kisah ini perpunca dari kepelikan dan kesengajaan arahan pihak atasan kpd pilot yg bercuti.

Anonymous said...

Kenapa manggis jadi mangsa. Betul ker ada kargo 3 tan manggis. Semasa saya bertugas sebagai penguatkuasa satu masa dulu, ada kes yg sedang disiasat kerana cubaan menyeludup keluar barang yg dilarang ke negara jiran. Yg anehnya barang tersebut dimuatkan dalam kotak gambar manggis. Setelah dirampas, rupa2nya kotak saja gambar manggis tetapi dalam kotak barang lain yg dilarang dieksport tanpa kebenaran.

Jadi, yg 3 tan tu betul2 manggis atau bateri yg bahaya tu.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment