Sunday, March 23, 2014

RG2011... Fw: Pakar forensik tidak temui bukti mencurigakan

 



 

Pakar forensik tidak temui bukti mencurigakan dalam simulator

kedahlanie.info
 
Ketika pencarian pesawat MH370 memasuki minggu ketiga, para pakar forensik yang memeriksa simulator penerbangan yang diambil dari kediaman juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Zaharie Ahmad Shah, tidak menjumpai sebarang bukti mencurigakan, The Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan.

Simulator itu menjadi salah satu fokus utama para penyiasat bagi menyelesaikan misteri kehilangan pesawat berkenaan.

Penyiasat curiga apabila mendapati Zaharie, 53, memadam log pada komputer yang dihubungkan dengan simulator pada 3 Februari, hampir lima minggu sebelum Boeing 777 dengan 239 penumpang hilang daripada radar semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Dilaporkan bahawa pemacu keras komputer itu dihantar kepada pakar FBI di Amerika Syarikat bagi kajian lanjut memandangkan penyiasat mengambil kemungkinan pesawat itu dirampas.

Zaharie dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27, menjadi tumpuan utama siasatan selepas pihak berkuasa Malaysia berkata mereka percaya terdapat "tindakan yang disengajakan" oleh seseorang di atas pesawat yang menyebabkan ia kehilangan komunikasi dan kemudian beralih daripada laluan penerbangan yang dijadualkan. .

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment