Rakaman Video Pegawai Kastam Ambil Rasuah Secara Terang-Terangan di KLIA
Kakitangan beruniform yang ditempatkan di lapangan terbang adalah barisan pertahanan hadapan sesebuah negara, tetapi apabila mereka didapati mengambil rasuah untuk "buat-buat tidak nampak", ia adalah tanda masalah yang lebih besar sedang melanda masyarakat - rasuah. Dan ini turut mengundang satu lagi isu yang serius - keselamatan negara.
Sebuah rakaman video sedang tersebar di Internet, yang memaparkan beberapa orang pegawai kastam yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menerima rasuah daripada penumpang yang telah membawa bagasi lebih had yang dibenarkan.
Rakaman CCTV hampir 10 minit ini dikeluarkan oleh pemantau jenayah, MyWatch dan menjadi 'viral' di Facebook. Rakaman ini telah dilakukan oleh pegawai kastam juga, atau seseorang yang mengendalikan CCTV itu, yang jelas jijik dengan tingkah laku pegawai-pegawai penyangak ini.
Video ini menunjukkan beberapa orang pegawai mengumpulkan penumpang di karusel bagasi. Salah seorang daripada mereka, seorang pegawai lelaki yang beruniform lengkap, mengambil bagasi besar milik seorang penumpang wanita dan menggeladahnya.
Difahamkan bahawa penumpang ini adalah warga tempatan yang pulang dengan lebih bagasi daripada apa yang dibenarkan.
Dalam kes pertama, pegawai itu dilihat memeriksa kandungan bagasi yang kelihatan seperti mengandungi telefon bimbit dan beberapa barangan lain. Tidak berpuas hati dengan penemuan ini, pegawai itu kemudian bergerak ke troli bagasi yang sebelum itu ditolak wanita itu.
Pegawai itu menjumpai sebuah bungkusan yang mengandungi minuman keras mahal dan beberapa barangan lain. Selepas itu, dia kembali kepada wanita itu dan "berunding" syarat untuk melepaskannya, walaupun barangan yang dibawanya tidak pernah diisytiharkan.
Di pertengahan video, wanita itu dilihat mengeluarkan beberapa keping wang kertas daripada dompetnya dan memberikannya kepada pegawai penyangak itu, yang dengan serta-merta menyimpannya, sambil tersenyum lebar. Wanita itu kemudian mengumpul bagasinya semula dengan cepat dan berlalu dari tempat kejadian, seolah-olah tiada apa yang telah berlaku .
Kira-kira dua minit kemudian, rakaman itu juga merekod tindakan seorang pegawai lain mengambil rasuah daripada penumpang yang lain. Pegawai ini, yang berpakaian kemeja lengan pendek dengan jaket, sebelum itu menahan beberapa orang pelancong dengan beberapa bagasi yang besar, termasuklah beberapa batang raket badminton.
Pegawai yang berkaca mata ini kemudiannya dilihat secara sorok-sorok mengambil sesuatu yang diberikan penumpang itu dan memasukkannya ke dalam poket seluar. Sekali pandang, ia kelihatan hanyalah seperti berjabat tangan, tetapi helah mereka tidak dapat disembunyikan dari kamera.
Penumpang kedua ini juga menutup bagasinya dan segera berjalan pergi selepas itu. Kedua-dua pegawai dan seorang lelaki ketiga, juga berpakaian seragam, kemudiannya dilihat berkumpul dan membincangkan sesuatu, mungkin mengenai 'hasil kutipan' masing-masing pada hari tersebut. Mereka kemudiannya bergerak ke penumpang lain, sebelum rakaman ini berakhir.
Bagi saya, mereka kelihatan seperti sekawanan burung pembangkai yang mengelilingi mangsanya. Ini merupakan satu keadaan semasa yang menyedihkan.
Rakaman ini menunjukkan tahap rasuah yang melanda negara pada hari ini. Setiap orang, dari rakyat kebanyakan sehinggalah mereka yang berkuasa, mahu mendapatkan "bahagian" supaya mereka dapat terus hidup – tanpa mempedulikan akibatnya dan etika.
Pengarah MyWatch, R Sri Sanjeevan telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara itu tetapi setakat ini masih tidak ada sebarang tindak balas daripada mereka, ataupun Jabatan Kastam.
Adalah menggusarkan yang pegawai-pegawai ini, yang diamanahkan untuk menjaga "pintu masuk" negara, boleh dibeli dengan harga hanya beberapa ratus ringgit, ataupun kurang. Bayangkan apa yang akan berlaku jika mereka "buat tidak nampak" selepas menerima sogokan daripada pihak yang berbahaya, seperti pengganas yang membawa masuk senjata kimia ke negara kita.
Adakah kita bersedia untuk menanggung risiko ini?
Saksikan aksi jijik pegawai-pegawai penyangak kastam yang diamanahkan untuk menjaga "pintu masuk" negara
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment