Thursday, March 20, 2014

RG2011... Fw: Prof Itu Kurang Membaca Sebelum Buka Mulut

 



Prof Itu Kurang Membaca Sebelum Buka Mulut Kritik Kartun Saya - Zunar

greenboc.blogspot


Saya pertahan kartun saya dalam Washington Post'

Saya merujuk artikel yang disiar oleh The Star Online hari ini bertajuk "Local cartoonist Zunar slammed over Washington Post comic strip." (Kartunis tempatan dihentam kerana kartun dalam Washington Post).

Artikel ini adalah sebagai respon kepada kartun saya yang disiar oleh Washington Post sehari sebelum itu.

Akhbar Amerika itu menyiarkan kartun saya dalam artikel bertajuk, "Cartoon of the day: Malaysian artist on the lost jet — and his government's 'weak' response to it." (Kartun hari ini: Artis Malaysia komen mengenai kehilangan jet serta kerajaan yang 'lemah'.

Dalam kartun tersebut yang disiar oleh web portal Malaysiakini dan diikuti oleh blog saya (www.zunar.my), saya berpendapat bahawa kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak sangat lemah dalam menangani tragedi yang menimpa kapal terbang MH370.

The Star Online melaporkan kenyataan Ketua Politik, Keselamatan dan Ehwal Antarabangsa Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak bahawa kenyataan saya itu "tidak sensitive dan misleading" serta "hanya spekulasi dan tuduhan liar."

Saya memahami sesetengah ahli akademik kerjanya membela perdana menteri, tetapi Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa nampaknya tidak cukup membaca sebelum dia membuka mulut.

Sebagai makluman, saya membuat kesimpulan yang kemudian diterjemah dalam kartun hasil dari pembacaan serta analisis yang bukan saja diperolehi melalui media perdana tempatan saja, tetapi melalui puluhan media antabangsa lain juga.


Jika Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa menonton dan membaca CNN, Al Jazeera, Washington Post, Jakarta Post, South China Morning Post sebagai contoh, pasti akan terbaca bagaimana China, Amerika dan Vietnam sangat kecewa dengan Malaysia yang didakwa tidak berkongsi maklumat. Semalam Indonesia juga melahirkan kekecewaan yang sama.

Beberapa jam lepas, BBC melaporkan bahawa kaum keluarga penumpang di China mengugut untuk melancarkan mogok lapar sekiranya pihak berkuasa Malaysia gagal untuk memberi mereka sebarang maklumat tepat mengenai MH370.

Saya tidak menyatakan bahawa kita harus percaya segala laporan media luar negara, tetapi pemahaman kita akan menjadi sangat cetek jika kita hanya membaca akhbar arus perdana.

Saya ingin menegaskan sekali lagi kenyataan saya bahawa Najib adalah pemimpin yang "terlalu lemah." Tun Dr Mahathir (ini tidak bererti saya suka kepada beliau) akan memberi komen dan arahan jelas mengenai isu ini hampir setiap hari sekiranya ia berlaku di era beliau.


Tetapi Najib tidak hanya melepaskan tanggungjawab ini kepada seorang lagi menteri "tidak upaya" Hishammuddin Hussein, tetapi mengambil masa tujuh hari sebelum membuka mulut untuk mengadakan sidang akhbar, itu pun tidak berani berhadapan wartawan dengan enggan menjawab sebarang soalan.



Saya pertahan pandangan saya dalam Washington Post bahawa sidang akhbar oleh Najib itu hanya "wayang" untuk mendapat keuntungan politik.

Sikap flip-flop dalam pembatalan di saat akhir satu lagi sidang akhbar yang dijadual tiga jam selepas itu menggambarkan kelemahan pentadbiran beliau.

Sebagai kartunis, tugas saya ialah memberi sudut pandangan yang berbeza supaya pembaca mendapat perspektif yang lebih baik bagi pendebatan yang sihat.

Falsafah kartun "how can I be neutral, even my pen has a stand" menghendaki saya mempunyai etika berkartun dalam menyampaikan mesej dan pandangan. Saya membuat banyak kajian dan mengumpul seberapa banyak maklumat dari perspektif yang berbeza. -mk


CARTOON OF THE DAY: Malaysian artist on the lost jet — and his government's 'weak' response to it

AS THE MYSTERY surrounding the March 8 disappearance of the Malaysian Airlines plane has deepened with far more questions than answers, Comic Riffs decided to seek out the opinion of a commentator from that country.

Zulkiflee Anwar Ulhaque — better known by the nom de toon "Zunar" — has long been critical of the

Malaysian government, which has jailed the political cartoonist for his work.

So what is Zunar's take on MH Flight 370 — the Beijing-bound Boeing that vanished with a reported 239

people aboard — as well as on his nation's response to the confounding event?

"The Malaysian government hid so [much] information about the jet. Now, the government tries to blame the pilot to cover up their own weakness in handling this case," says Zunar, who in 2010 was arrested and briefly charged with sedition over a book of his political cartoons.

"Should the government act fast and [be] ready to share the information with other countries like the U.S. and China, … it will be a different scenario. But the question is: Why hide it?" continues

Zunar, who in 2011 received the Courage in Editorial Cartooning Award from the Cartoonists Rights Network International.

Zunar tells The Post's Comic Riffs that he holds his government accountable for its response at the highest levels.

"Prime Minister Najib [Razak] only opens his mouth on the seventh day," he says, "when he sees an opportunity to blame opposition leader Anwar Ibrahim merely by the fact that the pilot, Zaharie [Ahmad Shah], is [an] Anwar supporter."

Zunar put his opinion to paper in this no-holds-barred artwork, which we spotlight for readers — to weigh and engage, to laud or lambaste — as the Cartoon of the Day:
-washingtonpost


comments:

Anonymous said...

ini prof dari ladang kangkung mana????
malu ler UUM ada prof kangkung mcn nie....menjilat tu...biarler berpada-pada

malu kat org luar tengok minda kangkung ahli akademik malaysia mengampu...

Anonymous said...

UUM mmg ladang kangkung terbesar di malaysia hehehe

Anonymous said...

Kalau prof universiti sudah bahalol kangkong . Apa nak jadi kepada bebudak universiti pulak ?

Benggap otak 47% aje boleh pakai je kot.

Sedih lah.... Masok universiti jadi lebih bahalol.

Anonymous said...

prof yang dilahirkan tiada berseni fikiran nya melainkan dilahirkan utk membodek dan menjilat kerajaan..

Anonymous said...

Prof ni hanya baca fb kot?

jom kuliah said...

Lepas prk kajang jumpa lah kapal terbang tu.... Insyaallah.... Jelajah kuliah kuliah ugama... Pencerahan minda ustaz2 byk menyedarkan saya betapa hebat nya kuasa allah... Kalau kita bercakap soal hilang kapal terbang selepas balik dari konsert konsert mana nak sama dgn jawapan ustaz2... Sudah sampai masanya kita dekatkan diri pada Allah.... Setuju benar dgn katun zunar.... Pemimpin yg baik akan terima teguran dgn baik.... Kalau kita selalu menghina dan membandingkan ekonomi kita dgn negara yg lemah pencapaian ekonomi... Insyaallah kita akan lebih lemah dari mereka.... Lkalau kita membandingkan ekonomi kita dgn negara yg lebih maju..... Insyaallah kita akan lebih maju.... Terima lah hakikat.... Allahuakbar

nick said...

Professor tu sebenarnya bijak. Dia tengok Ezam yang kerjanya hanya membodek Najib dan mengutuk anwar, boleh jadi senator pastu terus dapat jadi Pengarah komunikasi Kem Kewangan dengan gaji berbelas2 ribu tanpa perlu pergi sekolah tinggi2, takkanlah dia Professor denagn Phd (walaupun kangkong) tak boleh! Ye tak? Agak2nya apa masalah komunikasi yang ada kat kem kewangan sehingga memerlukan "kepakaran" Ezam (yang tidak ada pada pegawai2 kementerian yang dah menjawat jawatan berpuluh2 tahun)? Kepakaran berkomunikasi dengan kotak2?

Nick.

antahberantah said...

Bukankah UUM tu kampus umngok? Antara fakulti terkini ialah Fakulti Kangkong......yang dapat melahirkan ramai graduan kangkong termasuklah yang berstatus pHD. KIHKIHKIHKIHKIHKIH.

Anonymous said...

menipu sana sini, fitnah keliling kampong. tujuannya semata2 untuk kuasa. nah! skrg bila dh ada kuasa x tau nk buat kerja, lembap, akal kurang. hishamudin yg dh mmg lembik brrtambah lembik. kalau x mampu mengaku saja, lepaskan jawatan

Anonymous said...

Zunar meman mempunyai kekreatifan yang sanagt luar biasa bisanya.

Anonymous said...

apa nak diherankan. Sejarah pun ada mengkisahkan ulamak dunia...kaki ampu kerajaan...sekarang pun ramai!!!
Inikan pula ahli akademik..

Anonymous said...

Ini Prof kangkong ke kongkang?

Anonymous said...

Layak kah dia jadi Prof, atau lebih sesuai jadi Setiausaha najib? Memang kurang prof di negara kita ni. Syarat jadi Prof...nombor satu, kena jadi ahli UMNO dan/atau sdra dia politikus UMNO. tengok saja di USM...VC dulu ialah abnag kepada Zainal Abidin Osman, Ketua Perhubungan UMNO Penang. Satu contoh saja. Yg lain2 prof, cuba siasat, mesti ada cable kuat.

Anonymous said...

Cerita drp.Zunar sgt berfakta drp cakapan prof.cap ayam seringggit!!!,ok bro.ZUNAR anda terbaiiiik!!!

Anonymous said...

utk nick 7.50 am

kes ezam nie lain cerita....
ini saraf Bn utk prk skrang terutama
dun kajang.
bagi nak offer kpd yg lemah iman dan kurang integrity akan mandpt habuan..

buat pemimpin pembangkang dan pengundi ini adalah cth umpan terbaik

bagaimana surat tawaran kerja utk ezam boleh di edar...

mr. apco is running.........
take care.. money is everything or tepuk dada tanya iman...

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment